CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, July 31, 2011

hati ini tersenyum..:)

Assalamualaikum..

Sebenarnya aku malu nak buat entry ni. Ye laa, da lamee kottt.. Takde laa lame sangat, tapi mcm da nak setahun okey.. Aku nak cite sal kisah pertunangan aku..haha! Ehhh, ni diari aku kann.. bia laa aku nak tulis pongg.. Korang anggap laa ni diari yang xperlu sorok sorok kisah di dalamnya. Bukan bermakna aku nak show off, tapi aku nak blog ni jadi kenangan. Bukan untuk aku sorang, tapi untuk aku dengan korang..=)

Okies, aku bertunang pada 12092010, raya ketiga tahun lepas, kiteorang buat majlis lepas asar. Dan majlis ni di buat dirumah kakak aku. Kat Kelantan jugeksss! Tema aku harus lah pink kan.. Dari aku utk 'si dia' tema pink, dari 'si dia' untuk aku, tema hijau ( gedikss nak 'si dia' bagai kannn )haha!

Pic tak banyak okeyyy sebab aku tak tau mana laki aku simpan pic tunang kiteorang lam lappy aku or lappy die. So, aku upload pic yang ade lam fon aku jek laa ye. Cukup lahh tu!



dalam bilik, masa aku tnuggu orang panggil aku keluar. time ni, debar cammm hape ntah. sumpah aku nervous. tapi saat ni laa indah sebenarnya bila cinta kami di restui, cinta kami bersatu walaupon baru bertunang.


majlis da bermula masa ni. dalam ati aku masa ni, lambatnyeee kawin..haha!


sarung cincin, ni nenek die yang sarungkan. Katenya, orang tua yang sarungkan lagi afdhal.

ni masa kakak aku yang sarung cincin. Aku memang nak kakak aku yang ni sarungkan.

oh yeahh, ni laa mak mentua aiii..:)

asben, me and his cik sue.

ni girlfren aku, eimy and yah. comel kan bff aku :)

kalau tunang or kawin mesti nak kena amek pic ngan bunga. motif?

ilove the bunga tangan.haha!

mak su aku ngan anak die, asben, aku, kakak aku n ank buah aku.

last is, senyuman bahagia. banyak sgt camera sampai xtau nak pandang mana..huhu!
 Tu jek laa dulu. Banyak pic lam lappy laki aku kottt. Pernah tak korang rase cam, nak ulang lagi sekali tunang, nak ulang lagi sekali kawin. Bukan sebab nak pilihan lain, tapi sebab nak rase lagi sekali debaran tu kan.hehe! Macam tunang, aku sukeee sebab sume family aku ade. Bagi sokongan, tolong meriahkan majlis aku, memang seronok!

Masa kawin, yes part akad nikah lah yang ko tak kan rase da lagi perasaan yang tak leh nak describe tu. Memang akan nangis, ni bukan nangis tak rela kawen ke hape. Ni nangis terharu, nangis gembira, nangis syukur sebab tak sangka lelaki yang selalu di sisi sebelum ni, sekarang da halal menjadi suami. Bakal membimbing kita, menemani seluruh hidup kita dan menjadi orang penting dalam hidup kita.

Berjumpa, berkawan, bercinta, bertunang dan sekarang berkahwin, next year insyaAallah menjadi ibu bapa untuk cahaya mata kami. Semua peristiwa ini melengkapkan hidup aku. Aku bersyukur sebab Allah mempermudahkan jalan hidup dan jalan cerita aku dengan suami. ( entry terharu ). Suami juga melengkapkan hidup aku.:) sebab die selalu tahannnn kalau bini die marah marah ( bini die ngade )

Ehh, macam da panjang plaksss kan. Kompem korang muak kalau aku taip lebih panjanggg lagi.hehe

Till then, bubye!

4 comments:

  1. wahh,, tahniah!! selamat berpuasa!! ^^

    ReplyDelete
  2. cantiknyaa kaler pink..eh pink ke? haihh bila la aku nak kawen ni...

    ReplyDelete
  3. hihi~ nice...pic sayep pn ade ek...kikikii

    ReplyDelete