CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label new year. Show all posts
Showing posts with label new year. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Selamat Datang 2013.

Assalamualaikum..:)

Holohh holohh korang ni sweet sangat lah. Tunggu makcik hapdet ye? kikikiki..Bile aku tengok kat overview ni..macam ade orang masuk jek tengok blog iolss. Tertunggu tunggu letteww. Alhamdulillah, terima kasih sebab setia menjengah. Da dekat sebulan lebih aku tak hapdet. Banyak alasannya ni. Kisah bersambung sambung. Aku balek kampong almost seminggu, pastu cbuk layan adam hawa sampai episod sekarang. Al maklumlah, sudah ketinggalan. Tak payah nak bagitahu, kang aku tak hapdet kanggg. Then, anak demam. Lepastu cuti lagi 5 hari. Cuti ni kat KL jek, spend time yang betol betol berkualiti with hubby n son..:)

Oh, lupa plak. Selamat Tahun Baru. Sama sama kita hargai 2012 dan kita mensyukuri kesempatan yang diberi untuk bersama sama di tahun 2013. Asal tahun baru jek mesti nak tanya azam kan? Hmm..aku ni tak de azam. Dan rasanya tak perlu berazam kot. Cukuplah aku berdoa agar hari hari mendatang membawa kebahagiaan dalam hidup aku, suami dan anak kami serta bakal bakal bakal anak kami. Hahahaha..ade niat tu! Berdoa di beri kesihatan yang baik dan hidup kami di lindungi Allah dari perkara yang tidak baik.

Macam mana dengan tahun 2012 korang? Biasa laa..setiap tahun ade perkara manis, ade juga kenangan pahit yang dah kita lalui. Tapi percayalah, kalau korang masih kuat dan bertahan sehingga hari ini Maknanya, untuk hari hari akan datang, kita akan jadi lebih kuat. Kebahagiaan dan kesedihan, bagi aku dua dua adalah cabaran. Ye, di beri kebahagiaan untuk menguji sejauh mana kita mampu bawa bahagia. Di beri kesedihan juga untuk di uji sejauh mana kekuatan kita. Biar lah, kerana di situ lah terletak pahala kita.

Eh, da macam penceramah ala ala suam suku jek aku menulis malam ni ye.Huihuihui. Same goes to me, tahun 2012 lah aku di kurniakan anak sebagai pelengkap rumah tangga. Bahagia, tersangat bahagia. Sepertinya status seorang wanita sudah lengkap. And becoz of dat, 2012 sangat bermakna untuk aku. Moga moga duaributigabelas juga yang terbaik utk kita!

With Love,
Ct yaya.

Tuesday, January 3, 2012

selamat tahun baru..

Assalamualaikum..:)

Ni festaim ok aku wat entry malam buta..haha.. Ini sebab xde keje namanya, pastu plak mata tak ngantok sebab da tido balek keje tadi. Ok, fine ttp cerita tido..huhu..:P

Aku mmg lembsss ckit bab hapdet blog, aku sedar tu. Sebab tu lah aku create jgk entry just nk wish Selamat tahun Baru utk korang yang aku sayang.  Betul ni, betul sayang sebab sudi godek blog aku yang xberapa nak pink sgt laa..!

Apa azam korang tahun ni? Ade list tak? over laa nau mintak list. Aku xpernah berazam..teruk kan..? Tapi aku sentiasa mendoakan supaya kehadiran tahun baru membawa makna dan memberi yang terbaik dari tahun sebelum ini..

~ Aku doakan kebahagiaan rumah tangga aku di berkati sebab perjalanan aku dgn suami masih jauh.
~ Aku doakan aku selamat melahirkan cahaya mata pertama dan suami aku d sisi masa tuuuuu..:)
~ Aku menjadi isteri, anak, ibu ( insyaAllah ) dan adik yang baek utk family.

eh macam tipkal jek kn.. masing masing punya niat / doa / azam masing masing. yang penting kita berusaha untuk tunaikan itu sume.



Penutup entry, wajah bahagia. Alhamdulillah. biarlah 2012 juga mengiringi. bukan saja tahun ini. Malahan untuk selama lama. hingga hjg nyawa.

:) Terima kasih sudi baca.