CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, March 26, 2013

mari main masak masak.

Assalamualaikum..:)

Hari ni saya tak keje. Jadi, masa saya lebih ckit arini. Sementara tunggu chinta hati balek makan, kite hapdet laju laju. Nampak tajuk kat atas? Jangan tanjat tanjat ye. Korang ingat aku tau bukak fb, bukak blog, baca novel je ke? Iolss tau masak jugak ok. *sambil libas rambut macam ella*

Jangan nak buat muka tak percaya bagai. Ni haa..


Hahahaha.. segan plak bila tunjuk masakan sendiri. Baik lah, aku mengaku.. ak tak pandai sangat. Tapi sentiasa mencuba. Tomyam tu, ak pakai paste yang da ciap je. Kuasa aku nak buat perencah sendiri. Janji layannn.. Masa asben aku makan, die cakap. 'boleh lah kalo awak nak jadik pembantu kedai tomyam depan umah ni'.. Arghh, tekanan guwe. What do you mean by pembantu? Kalo chef tu kan lebih sedap di dengar.


Miahahha.. jangan di tanya ini ape. Sebenarnya ni sup sayur ok! Aku buat ni utk Aqil makan sekali. Jadik, no bawang banyak banyak, no minyak banyak banyak, no lada n no ikan bilis. Sayur n ayam beserta fish cake. Jadik laa, abis jugak.


Ok, kalo korang tak tau ni ape. Ini ialah daging goreng. Amemeyyy laa hitam sebab aku letak kicap. Ini makcik aku yang ajar letak kicap, plus asben aku memang suka kalo letak kicap. Bukan di gaul dengan kicap ye, masa daging da masak..agak agak ko da boleh angkat da. Ko letak ckit kicap tu. Ckit je. Eh..terbagi resipi plak. Ke korang dah tau. hahahah..


Yang ni kalo sape taktahu, ciap lah die. Memang nak kena. Ni bukan utk makan malam ke hape. Ni minum petang masa saya tunggu asben balek keje. Auwwww, solehah sungguh die. Hahahah..* pitam



Rupa sebenar bukan lah begini. Tapi di sebabkan oleh camera buruk, makan jadik begini. Harap memahami.  Janji sodap. ok, aku dah mula puji masakan sendiri. Maaf. :)

Sudah cukup sudah.

Thanks reading kawan =,=


Saturday, March 23, 2013

kisah semalam.

Assalamualaikum..:)

Memang betul ni, kisah yang terjadi semalam.

Aku keje pagi semalam, jadi waktu keje sampai pkul3. Dah keluar ofis tu baru teringat nak tgk fon. Lorr, abis betri rupenya. Jadik, kite on balek. Ade mesej misscalled dari abah. Sambil beli tiket lrt, aku pon call abah. satu deringan, dua deringan.. Ok, abah dah angkat call.

(Perbualan anak dan abah berterusan)..
'Abah sihat tak ni? Dah makan?
'Abah dah makan, tak sihat sangat, abah macam takleh jalan, sakit lutut.
( Fineeee, kalo dengar abah cakap macam ni memang suara sendiri akan bergetar)
'Abah jangan laa buat keje sangat. ( itu je aku mampu cakap)
'Kalo abah tak buat, sape lagi nak buat'..
'Abah, nanti call lagi eh..tren da sampai'..

Titik.

Memang manusia yang bernama ct yaya ni cengeng.

Tren belum sampai, aku terpaksa cakap macam tu sbb sedih. Sedih memikirkan keadaan abah di kampong. Laju laju mesej suami..

' Sedih.. tadi call abah, abah cakap xsihat xleh jln sgt.. lutut abah sakit..'

Dan suami aku takbalas mesej sampai aku balek umah selepas amek aqil dari umah bby sitter. Argghhh..die mmg bizi laa tu, aku fikir sendiri. Tapi kenapa tak reply. Tunggu sampai petang takde sebarang mesej dari die. Fineeee..

Ct yaya, awak boleh start merajuk sekarang. heh!

Dan cintahati balek keje lambat. Selepas aku siap sembahyang maghrib, die baru balek. Aku keluar saje dari bilik, die bersuara..

'Minggu depan amek cuti, kite balek tengok abah ye..'

Okeyyyy, simpan laa merajuk kau dalam poket seluar ct yaya! Hati aku tersenyummmmmm.. Dalam hati, terima kasih suami. :) Die memang begini, takreply mesej bukan bermakna die tak amek tau. =,=

Inilah kisah semalam aku bersama dua lelaki kesayangan.

Abah tu kuat semangat, dah dekat 4tahun lebih duduk kat umah tanpa anak anak selepas aku mencari rezeki kat sini. Yang menemani die, anak buah aku laa. Nasib baik ade dorang. Kuranglah sikit sunyi, dan abah takboleh dengar anak anak cakap nak balek kampong. Die akan call bertanya benda yang sama. Salah satu sebab dia call aku semalam, sebab tu lah.

Suami aku memang begitu. Taksuka mesej. Suka terus call. Kalo tanya, kenapa takreply mesej.. jawapan die meeting. Dan jawapan aku.. meeting, meeting, meeting! Takboleh cite banyak pasal die, sebab die baca blog aku secara senyappp.. aku malu dan malu. Bile aku tengok die baca, die nak cover kantoi tu die cakap ' gambar saya pon ade dalam ni'.. heh! Sape suruh jadik suami.


Anak saya dah boleh jalan. Da dekat seminggu lebih. Die suke sangat berjalan menuju ke rak tv. Salah satu sebabnya, sebab boleh memanjat.


Betul lah tu, memang mama die tengah tengok primadona. Jadi, cerita semalam adelah kisah aku bersama tiga lelaki kesayangan. Abah. Suami. Anak. Terima kasih kerana menjadikan aku seorang anak. isteri. mama.

Doakan abah aku sihat ye kawan..:)

Thanks reading.


Friday, March 15, 2013

Aqill 11 bulan

Assalamualaikum..=)

Hari ni nak bercerita pasal bujang kesayangan. Sudah 11bulan. Maka, selepas ni kalo ade entry pasal Aqil pon, da abis umur bulan bulan ni. Kita masuk fasa tahun tahun pulak. Haaa..kan boleh feeling anak da besar kalo tulis tajuk ' Aqil sudah setahun'.. Amboiiii, mama sapa laa over ni..

Banyak akal die sekarang. Kalo tido, nak berpeluk ajeee. Ikot sape laa masa mengandungkan die ni. Hahaha.. Nak tidokan die tak payah susah susah nak menyumbangkan lagu. Peluk jer. Terus tido. Dengan ayah die lagi laa senang tido. Kadang tu, kalo aku nak tidokan die boleh bangun meniarap sana sini. Sekali ayah die datang, tak sampai soploh minit dah tido. Aqil ni pilih kasih sungguh.


Tengah baca buku pon boleh senyum posing lagi. hehehe.. Makan pon semakin banyak. Aku masih bagi bubur nasi. Ajar jugak nasi biase. Tapi kadang kadang. Selagi Aqil masih nak makan bubur nasi, selagi tu aku akan sediakan bubur nasi. Kalo kita tengah makan pon die nak, padahal baru lepas makan. Selagi ko tak bagi, selagi tu die ade kat tepi ko tunggu ko suap.

Aqil belum boleh berjalan. Aku risau jugak, kenapa anak? Kenapa tak nak berjalan lagi? Sekarang ajar die pegang tangan sebelah je. Harap harap cepat ye. At least before besday awak. Hehehe..

Sudah pandai bermain. Maksud aku, kalo dulu kite bagikan die mainan. Die tau masukkan dalam mulut je. Sekarang ni, cikit cikit die teroka. Macam kalo kereta mainan tu, die pusing2 tayar. Ok, itu pon sudah cukup utk perkembangan otak baby ye.

Panjat rak tv. Baik lah, ini yang aku tak berkenan sangat. Die panjat rak tv sebab nak amek dekoder astro. Hai laa anak, kenapa dalam banyak banyak benda, itu jugak yang awak suka. Lepastu, kalo aku lipat kain, die sepahkan. Kalo sepahkan yang belum lipat tak ape, ni sepahkan yang sudah lipat. Jadik keje laa aku nak susun balik. heeeee.


Mari pupuk budaya membaca.


Amboihh, khusyuk tu. Kalo esok esok tak baca buku sekolah khusyuk macam ni, ciap awak.



Sudah pandai lihat camera dan bagi posing yang baekkk punye. Hehehe.

Aqil ni kadang time die nak ketawa, ko tak payah agah lebih lebih. Ko nganga mulot buat buat terkejut tengok die pon, die boleh ketawa terbahak bahak. Tapi, datang mood die taknak gelak, die nak senyummm je.. ko buat laa cane pon, die senyum je la. Pernah tu aku agah sampa buat jatuh, melompat bagai..die senyum jekk.. Naseb anak..


Lego adalah bukan untuk di makan wahai anak.


Sape sape boleh bagitahu aku ni posing jenis ape yang sedang Aqil lakukan? Jangan cakap ni genetik mama die sudahhh..


Mencapai usia setahun, buat aku terharu..:) Aku cuba sedaya upaya untuk memberikan die yang terbaik. Sakit demam, sihat walafiaat, susah senang, aku cuma nak lihat die membesar depan mata.
Setiap malam, sebelum tido, aku berusaha utk membisikan ' mama sayang adik'.

Ini utk Aqil,

Hanya satu pintaku untukmu dan hidupmu, baik baik sayang ada mama untukmu.
Hanya satu pintaku, di siang dan malam mu..baik baik sayang..ada mama untukmu.

Pendek kata, mama sentiasa ade untuk adik, ayah pon same same ade dgn kita..:)

Tacing lah pulakkkk.. Heh!

Thanks reading kawan..=)

Saturday, March 9, 2013

Port Dickson.

Assalamualaikum..=)

Malam malam jugak yang aku nak hapdet. Anaknda sedang dibuai mimpi indah, kekanda suami pula ke gelanggang badminton. Jadinya, aku ke gelanggang blog laa jawabnye. Hehehe..

Ok, minggu lepas. After attend wedding farah and saufi kat seremban. Kteorang, aku n family with kak wana  ( ofismate ) and family g pd. Sajer..untuk percutian yang makan masa tak sampai satu hari.. hehehe.. Plan nak g pd ni dah lama, tapi aku dan kak wana jek laa yang plan. Laki masing masing folloow we olls jek la. Menurut arahan sungguh. Gerak dari seremban pkul2 lebih kot. Sampai dalam pkul3. Carik port yang best nak berkumpul sambil mandi manda. Bersemangat sebab bawak tikar sekali.

Ini adalah pengalaman pertama Aqil. Aku plak yang teruja nak kenalkan die pada pantai. Sampaikan masa die tido,  aku nak kejutkan die bangun tengok ombak. Ehem ombak rindu. Tapi sayang sekali, anak aku takut tengok ombak. Hahahah.. bile air datang jek macam nak nangis. Nangis plak, nangis manja.. Apakah? Jangan aqil feeling ombak rindu sudah.


Masa baru sampai, tengok die punye excited. Tak pernah rasa angin pantai kennn.. bile sepoi sepoi bahasa kena kat muka sambil berkibaran rambut die.sukeww letteww..


Ni duk depan pantai sambil makan buah. Memang pic aqil jek yang banyak.


Die lagiiiiii.. konon tak nak pandang camera. Baek laah, kalo gitu mama letak pic kita berdua plak. hehehe..


Aqil, sile jelaskan stail posing ape yang awak buat ni? hehehehe..buat lah macam mana pon, comel jek kat mata mama mu ini..


Ini dua orang puteri kak wana. Damia n Danisya.. Yang si Damia tu, mulut die..cerdik sungguh. Masa kteorg mandi pantai, die suruh tendang air.. maksud die, bile die tendang, ombak pantai tak datang laa kat kite.. Hahaha.. Yang nak tergelak time air pantai masuk mulot die.. kahkahkha..


Comey nye laa anak perempuan kan..:) Danisya ni pemalu ckit. Lama lama baru die nak sembang dengan aku..


Aku ngan kak wana dah siap gi tukar baju nak mandi. Asben kak wana da selamat mandi dah pon ngan Damia kat pantai. Baru jek 10minit aku main air, basah takat kaki jek. Hujan turunnnnn.. Alangkah kuciwaa aku sebab kalo aku sorang, aku mandi jek. ini bersama Aqil..takut anak demam. Naek lah kami ke tempat berteduh. Asben aku tengok hujan, terus die takmo tukar baju. Baek, kalo taknak tukar baju..jaga Aqil ye. Hehehe.. Jadik, aku pon tidokan Aqil dalam stroller die. Elok aqil tdo, hujan pon benti. Yahoooo.. moh kite berendam.



Ayah tengok awak ye. Mama enjoy kat pantai kejap ok! :) Act, hujan takdelah betul betul berhenti. Still rintik rintik. Tapi gian nak mandi pantai punye pasal, aku ngan kak wana di temani Damia mandi lah sepuasnya. Danisya plas asben kak wana jaga. Haaaa..elok lah suami jaga anak kejap. kikikikiki..




Ini bile Aqil da bangun. Amek die kejap wat main main air di temani Damia. Asben tukang snap pic..ehehe.. Damia ni sporting giler, ko cakap jek jom Mia kite g pantai..terus die follow. :)
Aqil takut, bile letak je die takmo. Ko agak gak dukung die, ok laa jugak.


Ini lah gaya ibu beranak dua. Hahahaha.. Eh kejap, sebenarnya ni gaya seorang kakak melayan adik adiknya.. muahahaha..


Ngeh3.. Kalo laa tak hujan, malam kot baru naik tukar baju n balek.. hihihi

Di sebabkan tak puas mandi pantai, aku rase kena buat perjanjian lagi sekali ngan asben ni. Harus aku pengaruh die suruh bawak lagi sekali g pantai. Boleh berendam tiga beranak.. hahaha.. Dan akan ku pastikan Aqil sudah tidak takut sama air waktu itu.. hekhekhek.. Pkul7 gerak balek dan aku telah mengambil langkah bijak dengan meminta asben ke Seremban. Ehem ehem. hihiihi..:)


Senyum.. Semoga Allah berkati perjalanan hidup kami..:)

Itu saja cerita aku.. Thanks reading kawan.

p/s: entry ini adalah di tulis semalam, tetapi publish hari ni. =)

Thursday, March 7, 2013

Jodoh hak Allah.

Assalamualaikum.. =)

Aku ni kalo free sikit, buka lah fesbuk tu. Tapi kadang kalo malam, ak on jek fesbuk..tapi aku layan tv. Takpon, ak baca blog, paling paling takpon..ak hapdet blog. Itu jek laa. Sambil sambil tengok tb baca blog dan hapdet blog tu, ak intai jugak fesbuk kot kot ade notification baru. hihihihi. Tapi kadang tu, laki aku yang online fesbuk aku. Grrr.. Tapi aku pon kadang online fesbuk die jugek.. ekeke

Ok, lari tajuk ni. Terpaksa lah korang baca mukaddimah di atas. Hehehe. Tadi masa jengah fesbuk. Aku terbaca satu quotes yang best. Mendalam maknanya,



Kadang kadang kalau kita nak mencintai orang, kita hanya pilih yang perfect je. Nak yang sedap mata memandang, nak yang baik, sopan santun, hormat orang tua dan sifat yang elok elok je. Takde manusia sempurna kawan. Takde. Macam mana kita lihat diri kita, macam tu lah juga orang lain. Kecuali lah kalau ko rase diri sendiri dah cukup sempurna. Itu ko rase je kan, orang laen belum tentu rase macam tu. Jadi, merendah diri dan bersederhana lebih baik =)

Cuba kalau kita cari dan pilih orang yang mencintai diri kita. Cari dan pilih orang yang menyayangi kita. Rasenya macam mana? Bahagia bukan? Daripada kita mengejar kesempurnaan pada orang yang belum tentu sepenuh hati mencintai, lebih baik pilih yang sepenuhnya meletak kita di tempat istimewa dalam hati dia.

Aku pernah baca satu ayat ni,

Jodoh hak Allah. Memilih hak kita. Tapi, pilihlah untuk mencintai jodoh yang Allah tetapkan.

Sibuk pulak aku buat ulasan pasal jodoh. Mentang mentang dah kawen kann.. #hai suami..:)

Sebenarnya, bila kita terima kekurangan orang lain, kita tak rugi sedikit pon. Lengkapkanlah kelebihan kita dengan kekurangan orang lain. Lengkapkan juga kekurangan kita dengan kelebihan orang lain. Faham semua? Ok kalo da faham pegi bagitahu mak ayah korang nak kawen. hehehe..

Jangan salah anggap dengan tulisan aku ye, aku menulis ikut hati je. Bukan semata mata berdasarkan pengalaman. Bukan juga sebab aku nak tunjuk aku bahagia sangaaaat. Tidak. Hanya tulisan. Tulisan dari hati. Pendapat seorang insan. Korang anggap yang baik baik je yeah.

Thanks reading kawan..:)

Majlis bertandang #wedding

Assalamualaikum..=)

Ye, korang tak silap langsung baca tajuk. Memang aku nak cerita pasal majlis bertandang aku pon. hehehe. Giler lame kan. Tapi itulah hakikatnya, bulan Jun ni cukuplah dua tahun kenangan tercipta. Begini, majlis bertandang ni kiteorang tak hired photoghrapher pon. Membe suami den yang bermurah hati dan berbaik budi nak ambik pic kiteorang. Jadi sudah jimat di situ.

Untuk pengetahuan korang, gambar gambar ni sume aku baru dapat bulan nov tahun lepas. Ye, sekali lagi korang tak salah baca. Aku kawen Jun 2011, dapat album majlis bertandang Nov 2012. Terbaekk sangat. Hehehehe.. Membe laki aku ni cikgu, mengajar pulak nun jauh di Sabah. Jadi, kena lah tunggu cuti sekolah baru balek Kelantan. Nak pulak die balek kg, time aku tak balek kg. Acaner nak jumpe utk amek pic? Heh. Tapi, sabar tu separuh daripada iman kan. Walaupon lambat dpt tengok, tapi puas hati. Alhamdulillah..:)


Kita mulakan dengan gambar ini ya. Haaa..inilah meja makan beradab. Masih terbayang lagi aku makan malu malu di sini sambil menonton silat di depan mata.


Ini da duduk dalam bilik penganti dah pon. Bilik ini adalah hasil tangan sendiri oleh jiran tetangga. Sepakat sungguh dorang tolong menolong. No need butik pengantin.


Aku masih malu segan dan kekok nak bergambar. hewhewhew..:)


Less is more, simple is better. Baju sendiri, cuma mekup sahaja yang di andam oleh mak andam secara free. hehehe..=)


Baju cinta hati juga adalah sendirian berhad. Tiada penaja yang sudi menaja. hahaha


Wit kazen sista. Adik sepupu saya.


Ini adalah maksu saya with his doter. Adik aisa yang sihat.


Masa outdoor photoshoot.







Jangan tengok lama lama pic ni yeah. Saya malu. 




Lokasi photoshoot adalah saya tidak pasti. Lokasi pertama di air terjun ape entah. Dan lokasi kedua di restoren terapung.

Takpelah walaupon lambat dapat tengok pic majlis bertandang ni kan, sebabnya aku puas hati dengan kerja membe laki aku ni. Okey jugak kan. Lagi 4bulan, cukup dua tahun hidup bersama. Ini pon bile tengok gambar, rase macam baru semalam jek jadi. Tapi itulah realiti. Masa semakin pantas berlalu, sebab tu lah kita kena menghargai setiap saat yang berlaku. Pahit manis, hitam putih kehiduan di tangan kita. Kita juga boleh tentukan hidup kita. Buatlah pilihan yang terbaik. Pilihlah pasangan yang baik juga..:)

Ingat ya, jodoh di tangan Allah. Bersyukur dengan jodoh kita. 

Untuk suamiku, kita saling melengkapi. ehehe (malu giler nak tulis ayat jiwang kat sini) ngeg ngeh ngeh.

oK bai. Thanks reading kawan.

Tuesday, March 5, 2013

Selamat pengantin baru farah & saufi.

Assalamualaikum..:)

Seronoknya tengok farah dan saufi sanding. Farah ni bff a.k.a makcik sayang saya. Saya pernah cite pasal die lam blog ni. Dulu keje sama sama. Pegi mana sama sama. Shopim pas balek keje sama sama. Carik baju raya sama sama. Pegi bazar ramadhan sama sama. Redah hujan semata mata nak gi jom heboh sama sama. Pakai baju kaler sama. Sume sama.

Lepas tu die benti keje sebab dapat offer kat seremban. Dekat ngan umah parets die. Maka, de tinggalkan saya keje kat sini. Die ingat saya tak sedih? sedih tauk! tapi sebab cool da sebati dalam hati saya, jadi saya rilek je. Hehehe.. Ok, die akad ikah 01032013. Sanding 03032013. Saya pegi sana dengan ofismate = kak wana..:)


On the way, gerak lambat ckit dalam pkul12. Biasalah ade anak kecik ni macam macam kena prepare susu pampers baju segala bagai.


Dan anaknda telah memudahkan tugas ibunda dengan tidur sepanjang jalan. Bagus! :)

Kami dua buah keta jek dengan kak wana, sampai lam pkul1 lebih. Meriah sangat kenduri Farah & Saufi ni. Teratur dan terancang. Pelamin dan penganting yang gojes. Dua pasangan diraikan. Farah dan adik die snding sekali. Farah dan saufi ni bercinta bertahun tahun. 8tahun rasanya. Setia sungguh kan.


Homeyyy ohh. Tetibe terbayang diri sendiri n asben bersanding. Hahaha..


Haa, itu yang baju panten pink tu laa makcik sayang saya. Farah n saufi.


Lawoo kan. Pandai makcik pilih baju panten. Ade riben kat leher, kelas kau!


Another newlyweds, ni adek die. Juga homeyyy..:)


They oll tengah bersanding. Senyum jek atas pelamin. Yang mana nak rase tu, sile cepat2kan majlis anda ye.


Dari jarak dekat. Tak sempat nak amek pic ngan makcik masa ni kan..

Ok dah, tu je gambarnye. Gambar iolss takde ye anak anak. Kang korang jemu asek tepek gambar aku je..hehehe!

Lepas ciap bersanding dan tepung tawar, dorang santap kat meja pengantin. Masa tu lah aku g jumpa farah salam salam. Tak sempat nak muah muah. Takpe, nanti ade masa makcik datang ofis yeah. Lepas abis kenduri farah, kami ( read : aku n k.wana with family ) menghabiskan masa kat Pd. Yang tu laen entry ye.

Untuk Farah,

Makcik, congratulation and celebration.. na na na na
Tahniah sebab da selesai satu bab yang indah dalam hidup makcik.
Tahniah sebab makcik cntik, homeyy n gojes sangat masa tu.
Semoga ikatan rumah tangga makcik dan saufi bahagia dan berkekalan hingga ke Jannah. In shaa Allah.
Hope makcik suka hadiah yang ct n kak wana bagi ye. ahahhaha..
Be a good wifey.. kalau kita tak mampu jadik sempurna depan mata orang laen. Cukuplah kita sempurna utk suami kita.

Tahniah makcik and lotoflove for u.

Ok bai. :)

Farah ade blog jugak www.farahanna.blogspot.com .. hkhikhik