CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, October 22, 2012

Rambut gugur

Assalamualaikum..:)

Korang pernah alami rambut gugur tak? Kalau ye, sila kongsi tips dgn saya. Begini, rambut aku memang gugur. Tapi tidaklah melampau. Maksudnya, masih terkawal. Orang tua tua cakap, masa baby tengah membesar memang rambut si ibu akan cepat gugur. Tambah lagi kalau baby ko air liurnya mencurah curah.

Haaa..baby aku macam tu lah masa umo die 3,4 bulan. Dan masa tu rambut aku pong gugur dengan jayanya. Bile ngadu kat kakak aku, die advic potong kasik pendek ckit. Ade laa perubahan ckit. Dan sekarang, bile rambut gugur da berkurangan..aku macam lag bersemangat nak kasik die betul betul tak gugur. Aku pernah terbaca satu artikel, kalau rambut perempuan gugur dalam 100helai 1hari itu adalah normal ye. Tapi cer ko bayang kalau rambut ko gugur 100hari selama berpuluh puluh hari. Eeeee..seram mak hencik nak bayangkan. hehehehe..

Jadi, mari lah kite cari penyelesaian. Firstly, syampu. Ok, rejoice, sunsilk, head n shoulders, loreal, pantene, dove..sume mak hencik da cuba! Paling aku tak tahan bau dove..pening, tersangat pening. Then, aku cuba syampu safi. Ok, not bad. Rambut gugur jugak, tapi BERKURANGAN. This is what i want. Tapi, ade membe suruh aku cuba syampu herba himalaya. Maka, meh laa kite beli..


aku cuba, memang laa nak dptkan sesuatu yg bagus kena mencuba kan.

Aku pon ade jugak cuba hair treatment by Catalyst. Baru pakai 2x kot sebab memang kena pakai dalam 2x seminngu. Yang ni aku cuba sebab bersangkut paut ngan minyak kelapa kan. Sume org pon tau minyak kelapa sgt elok untuk pertumbuhan rambut. Jadi, apa salahnya kita cuba.




ini lah die, kecik cinonet jek, tapi boleh tahan!
 Aku syak dua dua produk ni guna bahan yang hampir sama, sebab bau die sama uolss. Tapi hair treatment ni macam minyak laa, dats why die mintak ko sapu kat kulit kepala before syampu rambut. Aku ade jugak cuba bli produk LeMaire, da lamaaaaa..sekarang baru gedik gedik nak pakai. Gedik gedik disiplinkan diri, macam mana malas pon..cuba rawat rambut sendiri.. Tapi kite tengok la berkesan ke idok.

Doakan iolssss..:)

Saturday, October 13, 2012

Sahabat dan kakak yang pemurah + baik hati.

Assalamualaikum..:)

Semalam keje petang, jadi malam baru balek. Malam ye, bukan tengah malam. Take note..hahahaha! Nak suruh org take note bagai, ko sape ct yaya..huihuihui.. Sebagai isteri mithali, haruslah singgah kedai runcit beli lauk utk masak hari ni sebab suami tersayang cuti. *muntohhh.. isteri mithali konon. Takpe..kita cuba menjadi yang terbaik.

Sampai umah, buka peti ais dan tengok ade kek yang comeyyyyy! Tanjat boboi. Ingatkan suami tersayang nak sweet sweet masakkan kek o belikan kek untuk isteri tercinta. Rupa nyeeee.. kak ana ( rakan keje merangkap jiran rumah ) yang sweeet bagi kek comeyyy ni.. Alhamdulilah. Rezeki.


kek span dilapisi coklat n atas pulak ade coklat basah basah gitu. Perghhhh..mmg feveret ahkak coklat coklat ni memang ahkak xlepas.
 Besar ok kak Ana kasi kek ni, tapi aku da ngapppp, nampak tak ? nampak tak? Da banyak potong tu..kikiki.. Tak tahan kek coklat aku paling sukaaaaa!!! Kak Ana ni pemurah sangat, ape yang die msak selalu anta kat uma aku. Da macam kakak aku pulak. Dah la masak ape pon sedap. Rendang dan pulut kuning, paprik ayam, puding karamel, lamb chop, sosej roll banyak ag makanan die anta. Serius segan, aku ni dah laa baru merangkak dalam bidang masakan ( statement feeling artis). Pernah anta jugak makanan tapi tak sesedap dieeeeee..maluuuuuu.


itu laa kak Ana, yg pakai baju kurung kelabu. Kakak da sahabat yang pemurah.
 Thanks for reading kawan..:)

little toys for little hero.

Assalamualaikum..:)

Taktau ape masalah line celcom, da dua ari aku nk buka blog takboleh. Hishhh, time semangat ade saje halangan. Bile login blogger jek trus keluar blank page. Kosong jek. Tapi bukan, lagu kosong najwa latif.

Hari selasa lepas, aku keje pagi. Oleh sebabkan keje pagi adalah balek awal, makanyaaa.. aku dan kak wana telah berjmba mencari sedikit keseronokan di Masjid Jamek..hewwwww.. berjimba laa sgt! Tidak, sebenarnya, aku nak jalan jalan jek tgk  tudung, tengok barang barang kat di situ dah alang alang keje pagi kan. Bile dah jalan jalan tu nampak lah sesuatu yang menarik. *tinggg ( otak geliga berbunyi ) dan hati yang jujur berkata, ' harus beli utk Aqil'.. hehehe


hok aloohhhh.. boboiboyyy upe nye..
 Since ak tgk die menunjukan sedikit rasa minat pada boboiboyyy, aku beli sebagai tanda kasih sayang. Yer, mesti orang pikir aku excited sangat nak ajar anak kartun kartun. Fine, biarlah. Mulut orang. Cerita booiboy ni pon bukannya teruk, bukannya bawak impak negatif. Cerita die pon ade mesej, ade nilai nilai murni. Lagi pon, anak aku baru 6bulan. Tak paham ape pon tengok kartun. Sekadar die tengok gambar warna warni dan dengar kartun bercakap, tu jer!

Mungkin aku nampak sedikit excited sebab ni anak pertama aku. hehehe..



ko tgk, tido ade gaya.. ala ala posng nak tunjuk tangan ketul ketul.
 Ape saje asal Aqil gumbiraaaa... Mama senang hati, ayah nak tambah anak lagi.. ehh, hahahha..

LotsOfLove , ct yaya.

Wednesday, October 10, 2012

Hari Terbuka Ofis 2012

Assalamualaikum..:)

Cerita lame, tapi hari ni baru nak hapdet. Alasan pertama adalah, malasnyaaa nak buka fb mmbe ofis dan amek pic lam fb dorang. Alasan kedua, banyak sgt pic lam camera yang nak aku buat entry ( walaupon tertangguh ). Hehehe.. Hari terbuka ni lebih kepada konsep Hari Raya. Kejadian adalah berlaku pada 28sept 2012. Di sebabkan oleh, Syawal sudah berlalu maka kite ubah kan tajuk daripada jamuan Hari Raya kepada jamuan Hari Terbuka. Hehehe..

Majlis berjalan pada hari jumaat. So, waktu lunch adalah pada jam 1230hrs. Dari pagi kami prepare makanan supaya kemas dan canik tersusun nu di atas meja. Menu utama adalah mee soto, satey, nasi himpit dan roti jala. Laen laen makanan yang sedap adalah bihun singapore tajaan Kak Tasha, Rendang daging dan pulut Kuning lazat dari Kak Ina, Rendang ayam marvelous dari Kak Liza dan Kak Sherry. Kak Rohana menaja kek yang ohsem! Kak Leen membuat kek coklat kukus yang lawa sangat hiasannye beserta cupcake yang sumpah cute, Shafinas amek part sweet corner..ade marshmellow dan coklat hersley ok! Suraya dan Mak Ani merupakan penaja bersama stoberi terbaik dari Ladang, si cantik Azie bawak coklat homemade..sedap! Kak Loges Anjali taja kacang dan murukuuuuu, kak Nisha pulakss taja buah. Kelas ko nyahhh. Kak Diana yang setia dgn kek swiss roll nye.. Ehem, ahkak dan kak wana Cocktail corner..lagi menarik tertarik! hewhewhew..


agar agar, sedap ni makan sejuk sejuk.

air kotak sebagai bekal utk orang yang da ciap makan.

ni sponsor by kak Nisha, tapi hasil kerja tangan kak Leen. Kreatif gler kot.
from kak Leen, sedap! dpt rase satu..
from kak sherry, dadih sumpah sedap dan lembut. aku xminum soya, so xbleh nak cakap sedap ke tidakkk..
kek dari Kak Leen, ade sape2 nak order pon boleh.. die memang serba boleh buat kek.

from Kak Tasha, memang die tempah. Tapi die ni kalo masak sendiri lagi sedap. Tangan dan jari dah la cantik.

ni kek Kak Rohana, festaim die buat dan tak salah kalo aku cakap festaim ni adalah sgt menjadi.

from Finas, auwmmmm.. dap dap dap.

errr.. ini bos saya. Tumpang lalu...

ini puteri sedang santap. Jangan perhatikan perut puteri sbb ade sedikit ke depan di situ.

From Anjali call center, muruku n kacang. Sameprit cair di mulut adalah dri kak Sherry ye anak anak.

air tangan kak liza, tak sempat nak rasa.

me, kak Loges, kak diana, kak wana n kak tasha..:)
nampak cara susunan tak? ini ler sweet corner..

hok alohhh.. ini mak hencik n kak wana punyerrr..

kak tasha, kak wana, kak Loges, finas n puteri..hahaha

kak Loges dan puteri. satu hari sebelum kami hiaskan ruang, itu je lah hasilnya.
jemput masuk!
kami bekalkan makanan utk bawa balek.. sweet tak sweet tak?

da nk blek afta prut kenyang.. seronok buat majlis makan makan sebenarnya kan.

geng ofis atas.. kakak kakak sayang. Tak kan letak caption abang abang sayang pulok kan.
nampak kecoh kan, sesekali berkumpul macam ni emamng seronok!

Itu saje laa coretan hamba pada kali ini. Sesungguhnya hamba berusaha menguloadkan semua gambar tetapi kemalasan menguasai di sebabkan anaknda hamba sudah bangun dri tidurnya.

Ok, nama nama yang aku sebut iaitu penaja penaja makanan adalah rakan rakan ofis aku. Maka jangan ada yang terkeliru. Ada satu nama yang aku tak sebut.. Kak Hanie.. harap maklum kak hanie berkhidmat utk negara masa ni yer. hewhewhewhew..

Puteri da penat menaip, puteri nak gi masak utk putera. Ok bai.

Tuesday, October 9, 2012

Triffle puding in the houseee..

Assalamualaikum..:)

Meh nak menunjuk ckit ni. Kite pandai buat pudng trffile..hewhewhew.. Pandai buat triffle da gebang. Ye laa, mak hencik jarang masak desert ni. Tapi sekarang seronok laa pulak buat desert. Sambil makan, sambil boleh uji kemampuan diri.

Ehem ehem, show off bermula ye..

ini aku buat utk Hari terbuka ofis, festaim try.. Alhamdulillah, menjadikkk..

ini utk mangkuk kecik kecik as a hiasan, bagi nampak sedikit comel..hewhewhew..


dan begini lah keadaan nye bile saya menyusun nye.. oh ye dalam mangkuk tersebut adalah air koktel resipi kakak saya. Dan makanan ini adalah di taja oleh saya dan kak Wana.. Laku wehhh..*kembang sekejap

Itu untuk Hari terbuka Ofis. Oleh sebab, aku rasa air tangan sendiri kat ofis cikit jer + en suami pon sempat makan semangkuk kecik jek + nak balas bekas kak Ana ( jiran ) yang suka sangat bagi makanan sedap sedap, aku pon menggagahkan diri buat triffle puding sekali lagi.. Amboi, bajet pakarrr neh.

begini hasilnya, mak hencik lupe nk bli stoberi.

dari pandangan sisi. Kasi can triffle puding posing.

Aku pon xtak pernah makan sebenarnya triffle puding ni. Festaim makan adalah bile festaim aku masak untuk Hari Terbuka ofis. Punya lah aku takut dan gabra Takut tak laku, takut xde orang makan, takut orang tanya, ' ni sape buat xsedap ni?'.. Risau ahkak. Tapi naseb ade orang sanggup makan..hewhewhew.. Dan aku balek umah masa hari terbuka tersebut untuk amek saru lagi bekas sebab tak ckup.. muahahaha..
Alhamdulillah.. Cocktail corner aku dan kak Wana menjadik. Next colaboration kite pikir nak buat ape plaks kak Wana yer..:)

Thanks for reading kawan..:)

Ct yaya.

Friday, October 5, 2012

all about little hero.


Assalamualaikum..:)

Baru jek tanam azam nak hapdet blog tiap tiap malam, USB da hilang entah ke mana. Carik punye carik tak jumpe. Amazing sgt rase bile tadi tengok Usb kat atas almari kasut dkt frame gambar. Tau dah. Mesti keje suami tercinta.

Besok, 5hb Oct. Genap 6bulan anaknda tersayang lahir ke dunia. Lagi 6 bulan, setahun lah dia. Seronok tak terbayang, gembira tak tergambar. Alhamdulillah, sihat tubuh badan dan kesihatannya. Makin banyak ragam. Oh yee, Aqil da tumbuh gigi. hehehehehheheh.. Mama die excited giler. Siap suruh laki ak tengok. Belum lagi Aqil pandai berjalan, agaknye aku melompat keriangan pun boleh jadi.

Bile die da besar ni, cara tido die pon macam macam. Yang tak tahan, asek laa nak tido mengiring dan meniarap. Risau mak hincik kot kot tido meniarap susah nak napas ke. Ye laa baby lagi kan. Die meniarap jek, ak pusing badan die kasi telentang. Dua tiga kali macam tu, last last die tido telentang. Hahahaha..fedup agaknya mama asek pusing badan die je.

someyyy sungguh tido seperti malu malu.


mesti pikir, esok mama bagi susu bpe botol. Kuat minum si kecik ni.

nampak air mata? nangis kena marah sebab tido 10minit jek.hahaaha.. marah manjewwww gtu.


Ye, i will keep hapdet about Aqil. Membesar dengan sihat ye sayang! :)

Love, ct yaya :)