CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, April 18, 2013

rainbow cake!

Assalamualaikum..:)

Ada yang minat rainbow cake tak? Aku adalah peminat rainbow cake ye. Dan aku pon kekaguman kalo tengok orang yang pandai buat kek ni. Apakah korang ni memang mencabar giler sebab buat satu satu kaler susun bagi nampak warna warni. Tabik spring plus saluteeee.

Memang aku order rainbow kek utk besday Aqil. Dah memang mengidam giler nak kek ni. Dan aku tak minat langsung nak tempah kek upin ipin ke, kek boboiboy ke, angry bird or whatsoeva. Tak sesuai dengan anak ku yang berusia setahun. Apa lagi nak letak gambar Aqil depan kek. Tahun depan dan ke atas mungkin.

Cari punya carik, google punya google minta bantuan ofismate ku Finas. Finally die jumpa fesbuk  Mummy Kitchen. Thank youuuu finas. Tak tunggu seminit pon, aku cepat cepat call Mummy Kitchen ni. Peramah dan sangat baik orangnya. Nama dia Kak Sal. Hehehe.. Besday Aqil ari jumaat, jadik aku nak kek tu ari jumaat. Tapi, aku call nak buat tempahan ari rabu. Memang takkkk laa akak tu nak buat ari jumaat. Hahaha, ye laa mana die nak carik bahan. Mana masa nak membaking lagi kan. Jadik, aku mintak nak ari sabtu. Alhamdulillah, kak sal setuju. Haaa, tengok..kak sal boleh consider orangnya..:)



Ini lah kek tu. Aku mintak kak sal deko yang sesuai utk kanak kanak laa kan. Ciap aku request nak lilin macam mana, nak tulis ape. Naseb kak sal ok. hehehe..



Rupa sesudah di potong. Maafkan lah tangan ku yang tak berseni ni. Tapi kaler kaler dalam kek ni comey kan. Aqil pon makan kek ni. Sedap weh. Topping kat atas kek tu fresh cream. Jadik, takdelah muak sangat. Rase macam ais krim je.. sbab tu lah anak aku layannnn makan.

Sila add mummy kitchen ye utk dapatkan kek yang best best. Macam macam ade. Red Velvet, Rainbow kek, coklat kek yang berperisa pisang pon ade. Tengok sendiri lah. Lupa nak bagitahu, harga yang di tawarkan adelah sangat sangat sangat sangat berbaloi. Gi order cepat.

Thanks reading kawan..:)

Tuesday, April 16, 2013

Novel, spek baruuu dan makan makan besday.

Assalamualaikum..:)

Tak tau lah nak cite pasal ape, sebab lately ni jarang keluar. Pegi keje, balek keje, layan Aqil, buka fb, layan novel, layan cite korea. Haaa, tu lah keje. Yang terbaru ni aku tengok Playful Kiss. Holohhh hlohhh sweet sgt laa hero die. Jangan cakap aku jiwa k pop pulokk. Tak kuasa aku nak tengok nyanyi nyanyi k pop ni.

Koleksi novel yang belum ku tayang..



Honestly, aku sgt adore dengan penulis novel one day you'll be mine. Ayat ayat dalam novel ni buat aku gila. Tersangat laa power weyy. Jalan cerita yang buat aku nak tau nak tau dan nak tau sangat. Watak Dzul Ehsan tu, arghhh.. aku asek bayangkan arun ajis jeee. Kenapakah? Tidaklah ku tahu. Kalau nak tahu, baca lah sendiri.

Novel suamiku tak romantik tapi autistik tu aku bagi dua bintang je. Tak boring, tapi bukan jiwa aku. Dan aku malas nak ulas lebih lebih sebab kang sentap pulak penulis dia. hihihihi..


Yang sekarang aku tengah menelaah adalah kau yang ku sayang. Boleh tahan. Tapi belum sampai tahap aku bayangkan hero dalam novel ni wujud. Macam aku bayangkan Beto Kusyairi dan Arun Ajis tu. Makna nya novel ni so so jek bagi aku. Kisah Naz dan Khalish & Asam pedas untuk dia pon same. Tiga bintang. Aku tak tau lah kenapa aku kedekut bintang sangat. Tapi kisah santai macam ni buat aku rase tak mencabar nyaaa nak baca.

Tutup kisah novel, aku cerita kisah aku pulak.


Yessss, dapat spek baru. Begini lah orang rabun. hehehe.. Comey ke tidok? Tak comey pon tak pe sebab ku nak pakai kerana mataku rabun jauh. :(

Aku ni jenis tak pakai spek kalo g mana mana. Time keje jek aku pakai. Setakat nak berjalan makan angin shopping bersantai, jangan harap aku nak pakai spek. Kadang tu, kawan kawan selisih dengan aku pon aku tak perasan. Lepas tu, bile berjalan kan, orang tu dari jauh lagi senyum simpul..yang aku ni buat taktahuuuu aje. Sebenarnya, saya tak nampak dengan jelas kalo tak pakai spek. Tak pasal orang cop diri sendiri sombong pulak. Last buat spek on 2010. Haaaa.. bayangkan da berapa tahun tu.

Aku berkenan dengn spek ni. Nampak nerd ke? Ah biar lah. Dah lama ku usha yang full bingkai ni sebab aku da biase pakai yang takde bingkai, half bingkai. Now cuba yang begini plak. Masa tengok spek ni belum gaji weyyy. Jadik, aku cakap la kat cina tu. Minggu depan saya datang ye. Tiga empat hari lepas gaji, aku pegi nak buat spek ni cina tu cakap.. soriiiii sebab dah ade orang beli. See, yang aku nak jee..ade orang berkenan. Maka, kalo aku nak yang begini jugak aku kena tunggu sebab die nak kena order. Tunggu pon tunggu la. And lepastu taraaaa.. dapat jugak ku pakai. Entah sesuai ke tidak dengan muka ku. Hehehehe.

Tutup kisah tu.

Okeyyyy, masa besday Aqil aritu ade buat makan cket. Tak ajak sape sape pon. Cuma kakak ku se family.


Ini sahaja yang aku masak. Hahahaha.. Puding cocktail, mihun goreng and kek. Kek tu di tempah ye. Harap maklum. Ingat tangan aku berseni ke nak buat kek bagai. Dapat buat puding pon syukur lah. Hahaha..

Itu saja lah cerita sempena aku cuti ni. Fikir yang baik baik saje ye..

Thanks reading..:)

Friday, April 5, 2013

Kenangan and Aqil turn one.

Assalamualaikum..:)

Saya tau ni kali kedua saya nak bagitahu korang, esok besday Aqil..!!!
Saya excited ni, da ciap rancang da pagi pagi esok bgn tido nak buat ape. ahahha.. over sangat.

Ok, saya sebenarnya nak imbas kenangan tahun lepas. Sebagai pengalaman, sebagai kenangan, sebagai memori utk saya sendiri. Mana lah tau, sepuloh tahun akan datang, Aqil buka blog mama die baca kenangan ni. Cukup, melampau sangat imaginasi saya. =,=

Dua bulan selepas kawen, saya peknen.. :)
Masa tu taktau nak cakap macam mana, saya nak baby. Tapi tak berapa nak ready lagi. Dalam hati pulak, nak nak nak baby. Jadi, saya terima kehadiran baby dalam perut saya dengan sepenuhnya. Tiga kali jugak kami suami isteri pegi klinik nak sahkan saya peknen. Alhamdulillah, rezeki saya datang dengan cepat utk ade cahaya mata.

Bulan pertama mengandung saya adalah sangat kuat. Masuk bulan kedua, saya sedikit lembik. Lagi lagi masa bulan puasa. Alahaiii, saya muntah aje. Time sahur, saya nak sup dan ikan bilis. Takboleh masuk benda lain. Dan saya tak masak langsung bulan puasa tu. Sume main beli jek, sebab saya tak larat. Naseb suami saya  memahami. Lepas berbuka, saya muntah. Kat pejabat macam tu, kat rumah pon macam tu. Bile da dekat nak raya tu, ok laa ckit. Saya dah boleh makan dengan bersemangat. Masa kandungan empat ke lima bulan pulak, saya kerap pitam. Yang jadi masalahnya, saya pitam dalam tren komuter. Masa tu saya stay ka sg buloh. Setengah jam jugaklah nak ke tempat keje. Bile nak dekat sampai ofis, saya akan mintak ofismate saya, kak leen tunggu kat platform. Hahahaha.. dorang akan pimpin  bawak saya sampai ofis. Dua tiga kali jugak lah saya pitam. :(

Mengandung kali pertama memang berdebar nak tahu jantina kan. Saya dan suami tak terkecuali. Dua kali kami pegi scan, tapi tak nampak. Kata doc, baby saya angkat kaki. Tak  nak bagi tengok lah tu. Kali kedua pon sama. Masuk kali ketiga, masa tu da 8bulan. Baru tau baby saya lelaki. Dan saya memang nak anak lelaki sebagai anak pertama. Taktahu lah kenapa, kalo nak cakap sebagai pelindung adik adik, tipikal sangat.
Jadi, saya harap Aqil menjadi temat saya bermanja esok esok.



Alhamdulillah, genap sudah 40minggu baby dalam kandungan. Tapi saya masih blum rasa sakit. Tendang tendang dan lenguh lenguh biase tu memang ade. Tapi bukanlah tanda nak bersalin. Enam hari saya overdue, saya ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan kandungan. Nurse kat situ buat surat utk refer saya ke hospital. Taku baby terlalu lama dalam perut, nanti lemas. Kat hosp ade nurse yang akan monitor keadaan saya. Jadi, keesokannya pada 04042012 saya serah diri ke hospital. Berdebar bukan main. Doc yang check saya lelaki dan perempuan, die mintak saya admit wad dan tunggu sehingga pagi esok. Kalau saya masih tak rasa sakit, maknanya, saya akan di paksa bersalin. Dorang akan masukkan ubat ikut jalan bersalin sehingga saya rasa sakit. Takutnya hati saya masa tu, Allah saja yang tahu. Suami sentiasa menemani kecuali utk mandi dan solat. Dan die tido di hospital juga. Mak mentua saya dari kampong pon datang. :) Masa tu walaupon jarum dah di cucuk di tangan, saya tak kira, saya amek juga wudhuk utk sembahyang. Yang saya tau, saya kena berserah.

05042012, jam 0530 pagi. Nurse kejutkan saya utk check perut. Doctor ade sekali utk check bukaan jalan. Terkejut, itu saja gambaran perasaan masa tu sebab doc bagitahu dah buka empat cm. Dan doktor hairan macam mana saya tak rasa sakit walaupon jalan bersalin dah buka 4cm. Pukul 0830, nurse datang amek saya di wad utk ke labour room. Masa ni kakak saya, abang ipar, anak buah, adik ipar saya ade menunggu di hospital. Suami saya bersama dalam labour room. Di sebabkan saya tak rasa sakit, nurse masukkan ubat dan air melalui jarum di tangan supaya saya rasa sakit. Bile bukaan da 6cm, saya baru rasa sakit. Bayangkan dari pukul0830 pagi, 1630 petang baru saya selamat bersalin. Lahirlah Muhammad Aqil Raif ke dunia.


Haaaa.. si temban ni lahir dengan 3.33kg. Berpeluh mama awak nak meneran. Muka plak iras sangat ayah die. Dan sekarang pon die geng ngan ayah die, asek nak mengikut jek. Nak gi keje tu, ayah kena dukung die dulu. Banyak cantek muka awak aqil. Mama jugak jadi mangsa kena pura pura pakai tudung nak keluar, baru die nak ngan aku. Haissh.

Dan saya berazam nak lalui pengalaman ni lagi sebelum saya masuk 3series. Maknanya, ade masa lagi nak enjoy bertiga sebelum berempat. hehehehhe..:)

Untuk cahaya mata pertama dalam hidup saya, Aqil..

Aqil sangat berharga. Aqil yang pertama. Aqil penyembuh duka, Aqil pengubat luka, Aqil kekuatan, Aqil juga lambang ketabahan. Aqil segalanya. Di usia Aqil yang pertama, doa utkmu supaya menjadi anak yang sihat, anak yang baik, anak yang soleh, anak yang sentiasa mengingati mama dan ayah.

# di saat saya menaip, saya berhenti seketika utk membisikan 'Selamat hari lahir sayang'.

Thanks reading kawan. Sori, terpanjang pulokkk entry kali ni.

Thursday, April 4, 2013

big day.

Assalamualaikum..:)

Hari ni saya cuti. Anak saya tak sihat, demam on and off. Batuk batuk plus selsema. Itu sume die berjangkit dari saya. Ye, mnggu lepas saya tak sihat begitu la. Bersalah jugak, kalo saya tak cium cium die, tak tido dekat dekat ngan die, mesti tak berjangkit. Dan mesti berjangkit kat ayah die. Ehh. Saya cuti ni sebab sekurang kurangnya saya boleh monitor die makan ubat kan. Aqil ni penggemar ubat, kalo orang laen terseksa sbb anak die susah makan ubat. Aku pulokkk, anak aku sukaaa makan ubat. Pantang namak aku pegang ubat, cepat cepat datang dekat. Cepat sembuh ye Aqil.

Sebenarnyaaaa... esok besday Aqil..!!!!!!! :)

Saya teruja gilerrrr.. Takde ape ape celebration yang istimewa pon. Saya cuma nak raikan bersama Aqil n asben saya sahaja. Cuma kami bertiga. Sebab saya ade rancang sesuatu yang lebih istimewa pada bulan Jun nanti. Dua tahun usia perkahwinan saya dan juga besday asben saya. Tak payah cakap, saya tau saya sweet..:)

Hampir dua bulan saya mencari kek besday Aqil ni. Ye laa, kek tu biar bersesuaian dengan harga dan tempat yang saya order. Lagipula, bukan ramai yang makan. Bertiga je kan. Jadi, saya nak sesimple yang boleh. Rata rata yang saya cari, sumenyaaa jual yang besar dabak punya kek. Tapi biar laa kek tu sesuai utk first celebraton baby kan. Dan akak yang ambek tempahan saya tu sangat sangat laa baik. hehehe.. Ciap tanya macam mana saya nak sume. Jadi, saya berharap ianya menjadi sesuatu yang memang worth it.

Masa nak comfirm order, saya tanya suami. Die cakap beli kek nak buat apeee? Amboiii, buat ape ye. Saje nak bikin saya geram. Nak bikin saya marah dulu, nak mikin saya merajuk macam org lembik dulu baru die nak setuju. Tapi bile dah setuju tu saya lega laa, sebab selamat duit saya.. Hahahaha..

Oh yeee, saya nak buat special entry juga. In shaa Allah.

Ini yang saya sudah memboros. Comeyy ke tidok??



Thanks reading kawan..:)