CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, August 31, 2012

Merdeka Raya..

Assalamualaikum..:)

Ramai yang cuti esk? Haruslah kannnn.. Nama pon Hari Merdeka. Bile da lame xhapdet, taktau nak mula dari mana..mmg tersangat niceeee laa sgt. Selamat Hari Raya korangggg.. Macam mana raya? Best? Aku punya raya pong mesti lah best. Actually, aku tak dapat cuti raya tau..tapi aku dgn bijaksana nya telah menukar cuti dgn ofismate aku..huihuihui.. Dapat lah aku balek raya almost 1week..ohsem!

Balek Kelantan tercinta on 18th around 4.30pm and safely arrived 9pm, malam raya sampai weh. Memang lambat, memang tak berbuka puas kat Kelantan pon thn ni. Memang takbest. Tapi nak buat acang ane, jadual keje aku mmg gitu. Atleast aku dapat balik, syukur. Malam raya and 1st raya kat uma mentua, petang ckit gerak balek umah abah. Pastu jalan jalan umah makcik pakcik aku. Mmg syok + thn ni raya ngan anak. Paling best sbb bleh collect duit raya anak..hahahaha.. mata duitan! :)

Aku tak banyak amek pic pon. Ade la seketui dua kat camera aku, seketui dua kat camera pakcik and sepupu sepapat. Aku tunggu dorang upload kat fb, kang aku tayang la kat cni.



kesayangan..:) Ehem, tema titew warna yellow dis year.

Baheklah, kite tutup cite pasal raya. Moh kita bercerita pasal merdeka plak ye. Ambik mood utk esk. Malam ni korang sambut merdeka kat mana? Aku? Kat uma jek, dan untuk pengetahuan korang..aku tak pernah keluar malam merdeka utk gi sambut kat mana mana tempat. Tak kuasa mak hincik nak bersesak sesak ngan orang ramai, crowded pny tempat ahkak tak suka. huihuihui.. Sambut kat uma ni pon macam tak berapa sambut jek, setakat aku ngadap tv n lappy. Boboiboyy aku pon da lena. Bagi aku, merdeka bukan kira kita sambut kat mana, kita raikan bagaimana, kita tengok bunga api ke ape sume tu tidak! Merdeka bukan sahaja kita bebas dari penjajah, tapi kita membebaskan minda dari di jajah. Rasenye, aku bukan orang yang sesuai utk membicarakan pasal merdeka, sebab fahaman aku mungkin masih lagi cetek berkenaan sejarah. Tema merdeka tahun ni Janji Di tepati..kan?

Masa buka fb tadi, aku ade tengok satu pic ni. Sambutan kemerdekaan di Kelantan pada tahun 2010, sembahyang sunat / hajat beramai ramai kat padang. Itu lebih afdhal kan. Apa pun, selamat hari merdeka sume. Meh tengok bunga api sesama yawww.


ehh, ade jgk pic mak hincik!
 Baibai uolsss..:P

Sunday, August 12, 2012

kitew ade boboiboyyy part3- last part

Assalamualaikum..:)

Aku selalu berangan nak wat entry banyak part, tp asek tertangguh. Aku sedar kelemahan yang satu itu..hehe! Dan sekarang, aku sendiri taktau aku nak sambung kat mana cerita yg tertangguh tu. Maen agak agak pon boleh kan.

Selepas 4 atau 5hari aku n baby duk asing ( means wad lain lain ). Finally, kteorg boleh duk skali. Aku dan asben excited nk jaga baby. Since baby aku masih dalam pantauan doktor msa tu, aku yang kena turun ke wad kanak kanak ( baby aku masa tu masih dalam NICU).  Da kemas baju n barang2 segala nak g duduk kat wad ngan baby. Nurse inform kat kami suami isteri yang baby xboleh keluar dari NICU sebab kuning tinggi. Fine, masa tu aku down giler. Barang da kemas keluar wad ibu bersalin. Nurse bagi aku dua pilihan, either aku balik rumah dulu atau admit wad kanak kanak without baby sebab baby dalam NICU. I choose the first one. Aku kena balik. Kalau aku stay kat wad kanak kanak tanpa my baby, aku lagi tertekan. Aku balik, petang n malam aku ke HKL untuk susukan baby. Aku dah tak hiraukan pantang larang masa tu, janji aku dapat tengok baby. Dan setiap kali aku datang tengok die, aku sayu. Aku hiba dan aku menangis sebab aku nak bersama anak aku.

Ini pic bln lepas, harap maklum..:)

Satu malam je aku kat uma, pagi esok aku melawat baby..doktor mintak aku datang petang n bawak pakaian sebab kuning baby da turun tapi still kena pantau. Oh yeahhhh. suka sangat masa tu. Aku jaga dia, tukarkan pampers die, susukan die setiap masa, tido ngan dia. Itu sangat bahagia. Sunggu sungguh bahagia. Around 4malam dalam wad ngan baby, ktorg boleh discaj. Discaj petang jumaat n pagi sabtu weol gerak balek kelantan. Aku habiskan berpantang selama 60hari kat sana. Di rumah keluarga mentua. Ibu mentua yang terlalu caring sampa aku jadik segan..hehehe! Cite masa berpantang, next entry ye.auwww.. masih bermimipi nak hapdet blog raya raya ni..ekekeke..


Doa seorang ibu, semoga anak aku membesar dengan sihat. Menjadi anak yang soleh.

CT yaya..:)

Saturday, August 4, 2012

8years without u..

Assalamualaikum..:)

Ok, hapdet blog pas sahur. Sementara tngu azan subuh. Sape yg baca status fb aku semalam, mungkin tau aku nak hapdet pasal ape. Mungkin dapat agak. Ye, kisah 8tahun lepas. Kisah kerinduan aku. Kisah kehilangan aku. Kisah arwah ibunda tercinta. Sekejap sangat 8tahun itu berlalu. Memang, jangankan 8tahun. Walau berpuluh puluh tahun akan datang berlalu tanpa ibu, aku memang akan rasa masa itu sangat pantas!

Tahun lepas, aku buat entry yang sedih. Aku crita kisah kehilangan ibu. Aku crita segala galanya yang buat aku menangis. Aku crita bagaimana die menghembuskan nafas seorang diri. Bagaimana ibu kehilangan nyawa di dalam keretapi. Tahun ni, tahun kelapan, aku tak nak mengingatkan kesedihan. Aku tak nak menangis masa taip entry. Aku nak gembira mengingati die, aku nak rasa bahagia. Aku nak ingat kisah bersama ibu yang sentiasa segar dalam ingatan. Tapi semakin aku ingat kenangan, semakin aku rase aku kehilangan.

Banyak kenangan gembira bersama dia. Aku ringkaskan. Dulu, kalau aku demam. Mintak jer, nak makan ape pon dapat. Nak tido sebelah ibu, peluk die sampai pagi pon boleh. Seingat aku, masa tu aku 10thn. Aku demam. Budak kalau demam, mana nak makan. Dah malam masa tu, aku request nak makan mihun goreng kat kedai. Yang jadik mangsa, abang aku kena jalan kaki pegi beli. Dapat jek mihun goreng, aku makan dgn selera sebab ibu yang suapkan...... Sekarang, ade ke tgn seorang ibu utk suapkan aku..?

Aku ingat lagi, masa bulan pose. Masa aku darjah 6 or form1. Aku mintak ibu buatkan biskut raya yang macam chipsmore. Aku pernah makan makcik aku buat. Hati seorag ibu kan, mulia sgt. Ibu aku pegi umah makcik, belaja resipi tu dan beli bahan bahan. Die buat biskut raya tu pas sahur. Aku ingat, aku akan ingat sampai bile bile sebab ni satu satunya kenangan aku buat biskut raya ngan die.

Lagi kenangan yang meruntun jiwa aku. Setiap pagi, ibu akan sediakan sarapan. Walaupun sekadar roti bakar, sarapan pagi mesti ade. Bangun pagi nak peg sekolah, aku mesti tak sempat nak makan sarapan. Tapi seorang ibu ade cara dia. Masa aku tengah pakai kasut, ibu akan suapkan aku. Aku makan 2,3sudu pn da cukup. Ya Allah, sungguh aku rindu.

Kenangan. Tetap jadi kenangan kan. Cite ni masa ak darjah5 ke bile, lupe. Aku ngan ibu tengok rancangan masakan. Chef tu tgh goreng mee. Aku terus cakap kat ibu, aku terliur nak makan mee. Nilai kasih sayang ibu, die terus masakan mee. Die seorang ibu yang sentiasa cuba memenuhi kehendak anaknya. Sentiasa berusaha puaskan hati anak. Dan sekarang, bile aku tengok wajah anak aku sedang tido. Terdetik dalam hati aku, mampu ke aku jadi ibu seperti itu?

Kalau malam, time tengok tv. Aku ngan kakak aku mesti berebut nak tido sebelah ibu. Berebut sanagt sampai ibu cakap, kalau nak tido sebelah die..kena urut belakang, picit2 belakang die.ahahahah.. Memang kteorang sanggup. Zaman sekolah dulu, kalau tengok tv time maghrib..abah marah sebab die nak anak anak die sembahyang dulu. Abah akan cabut plug tv, sape pon tak berani pasang balik. Tapi, kalau ibu ade tengah tengok sekali..abah akan consider. hehehehe..kenangan.

Tak mungkin semua kerinduan aku pada ibu mampu aku tulis dalam blog. Simpan sedikit utk ubat hati sendiri. Aku janji tak nak menangis masa taip entry, tapi air mata menitis lagi. Terima kasih rakan blog yang sudi membaca.

Love :) ct yaya