CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, September 17, 2012

Virgin Coconut oil = VCO.

Assalamualaikum..:)

Sekarang ni vco bukai main femes. Sampai aku pon terjebak sama. Aku pun nak jugak cantik macam orang laen, nak jugak kulit gebu, nak jugak kulit licin, nak jugak kulit shining blushing merah kat pipi macam pakai blusher. Tamak kan. Besyukurlah dengan kuniaan Allah.

Aku baru amalkan vco ni sebulan. Yang aku tau, vco ni utk kulit je. Padahal, vco ni banyak lagi manfaat yang lain. Fine, aku memang suka orang kulit cantek cantek ni. Tadi membe tunjuk flyers vco. Rupanya fungsi die banyak, dan best pulak tu.

So far selama aku makan vco, memang ade sedikit perubahan. Serius, ini tak tipu. Sebab tipu tu berdosa. Lagi pon, aku bukan nak jual vco ke ape. Just nak sharing ngan uols benda baek kan. Ok, yang paling best tentang vco ni bile die melawaskan penghadaman. Betul, sejak pas bersalin ni memang susah nak menghadam. tapi, lepas amalkan vco, memang hari hari membuang. Bukan kah itu sesuatu yang bagus utk usus?

Yang kedua, aku rasa fresh everyday. Korang tengok sendiri lah, sekarang aku da selalu update blog kan. Makna nya, aku sentiasa bertenaga. uols ingat update blog takguna tenaga? Penat nak pikir ayat, tapi aku rasa macam ok jerk walaupun esok keje pagi.

Masalah senggugut pun dah kurang. Tak seteruk dulu, sakit memang sakit. But still under control. Kalau boleh keje, tak payah mc, itu kan awesome? Memang vco bagus! Oh yer, salah satu fungsi vco juga adalah mengurangkan keputihan. Seronok kan, semua yang wanita perlukan ada dalam vco. Ok, kalau cakap bab kulit muka. Ade laa perubahan sikit sikit kan, kalau pas cuci muka rasa macam nak pegang jek kulit muka..kuikuikui..nanti ade masa mak letak pic sebelum dan selepas yer.

Mana aku beli vco? Errr, kawan saya ade jual vco kat ofis, kalau korang nak cuba makan vco boleh lah order ngan die. Caranya.. add fb @mika myiesha, pastu uols pm laa die psal vco. Die lbh arif kot. DP die , ala yang comey comey kulit gebus tu.


phewww.. model vco terbaek! sambil tdo jek posing, bagus anak..ade sifat sifat mama dalam dirimu.
 VCO ni adalah produk keluaran Catalyst uols. Banyak lagi supplemen atau collagen yang best best lam produk ni okeh! Bikin mak tak tahan nak beli. Tak salah kan kalau kita spend sedikit dari duit gaji utk cantik. Coming soon, aku nak cuba yang ni plaks,

Gediksss kan.. ye laa uols, iols sedar iols tak shantiq..sbb tu iols nak shantiq shantiq jugek.

Okbai.

Saturday, September 15, 2012

bubur nasi for Aqil.

Assalamualaikum..:)

Da dua ari terfikir nak wat entry ni. Haaa, sekarang ni haa baru sesuai. Aqil da tdo, hubby pon da tido ( kalau tak, berebut lappy jek ngn laki aku ). Aku cuma boleh online, boleh hapdet bog time Aqil tido. Jadi, di waktu malam begini, marilah kita tulis sedikit cerita.

Since Aqil da cukup 5mnth on 5sept aritu, aku pon teringin nak perkenalkan die dengan makanan yang mengenyangkan. Makanan air tangan ibunda..auwwww. Aku ade dua pilihan masa tu, samada nak buat bubur nasi atau puri lobak merah. So, i choose the fes one. Aku buatkan die bubur, dalam bubur tu aku letakkan lobak merah yang di potong halus supaya ada rasa manis manis carrot dalam bubur tu. Baby kan tak sesuai letak perasa seperti gula, gara.. apalagi ko nak letak maggie cukup rasa..huihuihui.. Masa buat tu, dalam hati aku berharap sangat Aqil suka makan carrot, sebab bia die membesar sebagai seorang yang makan sayur. Bukan macam mama die yang tak makan sayur ni.

Meh kita lihat hasilnyeeeee..

jadik laa kannnnnn.. 1st time cuba..:)
Di sebabkan aku tengok macam bubur nasi ni agak kasar, ye laa kan..perut anak aku terlalu muda utk hadam bubur nasi macam ni. So, aku kasi haluskan dia. Bagaimana? aku lenyek kan bubur ni pakai penapis yang kita guna utk air tea tu..kuikuikui.. Tak kuasa nak blend. Blender tu da biasa blend cili, kang pedas pulokkk nasi anak den..


bila sudah tapis, jadi laa begini..
 Bila Aqil mula mula rasa bubur ni, die macam taknak jugak. Tapi bile dah dua kali suap, terus die layannnn.. Alhamulillah.


Licin..! bagus.. esok2 mama buat pulokkk yer syg.
 Syukur, anak aku membesar dengan sihat berbanding dengan masa baru baru deliver. Dan setiap buan perkembangan die memang memberansangkan. Baru baru ni pegi checkup and cucuk 5mnth. Berat Aqil 7.9kg. Die boleh meniarap pada usia 3bulan, sekarang baru belajar angkat bontot..:)

Aqil, please make mama and ayah happy always to see u grow up day by day.

Monday, September 10, 2012

Selamat hari lahir Ct Yaya!

Assalamualaikum..=)

Selamat hari lahir, Selamat Hari Jadi, Selamat Hari Tua, Hepi Besday, Hepi bornday.. Macam macam gaya orang wish besday aku aritu. Yang paling tak tahan, ade sorang tu post kat fb ' Happy Bird Day '.. Haisshhhh.. Bikin iolss sentap, iolss bukan bibird. Iolss gugurl uolss. Tapi, takde pulak yang tulis ' Selamat Hari Muda'.. Hahaha..ini memang buat aku rasa sweet 17 jerrrrr..

Yer, besday saya on 7sept. Hari tersebut, saya adalah cuti. Tapi jangan ingat saya cuti sebab nak celebrate bagai. Saya cuti hanya kerana memang ofday saya adalah pada hari itu. Maka, duduk lah saya di rumah bersama  kekasih gelap. Ehh, kekasih gelap itu adalah anaknda tercinta yer. Tiada yang stimewa sangat lah, sbb aku pun tak expect too much. Kecik kecik dulu memang laa every year pon nak buat parti. Kalau tahun lepas, aku up entry 7sept and on that day aku ade 1st checkup pregnancy. Memang teruja giler. Tahun ni plak, aku sambut besday sebagai ibu. Seriously macam tak percaya, sampai kazen aku sendiri cakap tak percaya aku boleh jaga baby and ade nak sendiri. kihkihkih. Well, orang gatai kawen awal mmg camni. :)

Sejak aku keje, tiap kali besday jek..aku akan beli something yang akan aku hadiahkan untuk diri aku sendiri as a reward. Aku akn beli yang worth it utk aku ingat ' ohh, ni hadiah utk diri sendiri masa umur aku sekian sekian'. Bile aku beli yang berbaloi baloi, maka aku akan jaga hadiah tersebut dengan sebaik mungkin. Aku akan guna selama yang boleh. Itu aku.

Kalau 2009, aku beli moto. Haaa, ini memang betui berbaloi kan. Sebab sampai sekarang berguna. Hantar ambik aku pegi keje. Aku sayang giler ni weeei walau sekadar moto. 2010, aku beli Levi's jeans. Holohhh holohhh.. amemeyyy laa tak sampai 3rat pun. Tapi bermakna okeyy kalau beli time besday. Kepuasan itu penting. 2011, aku beli barang barang baby. Yer, barang baby. Barang baby yang aku rasa boleh guna lama. Mana lah tau Aqil nak dapat adik kennnnnn..huihuihui.. + aku beli pregnancy shoes yang sangat sangat selesa utk aku bawak perut. Primavera jek pong.

And for tis year. Same jugek, aku beli yang simple simple. Yang aku berkenan. Yang aku selesa, yang boleh berkhidmat utk aku dalam jangka masa yang panjang..kihkihkih. Memang simple, but yet aku suke!


Sebenarnya, aku susah sangat nak pilih. Sebab shomel shomel semuanya. Ini 2hari tau mencari. Hari pertama di temani kak hani dan kak leen. Aku tak beli purse, tapi memboros beli baju n seluar. Aku memanggg. Second day pegi Mid again, di temani kak leen n kak diana. Aku beli. Berjaya membuat pilihan. Dan last week again ke Mid, bersama sama kak wana. Memboros beli baju for me and Aqil. Hewhewhew.. Makanya, present besday bukan saje purse. Tapi termasuk baju n seluar sekali. Tamakkkk.

Selamat Hari Lahir Ct Yaya. Semoga menjadi isteri yang soleh, ibu yang baik, anak yang taat dan adik yang penyayang!

Tuesday, September 4, 2012

raya raya raya!

Assalamualaikum..:)

Hari ni ada jamuan raya kat HQ company tempat aku keje, seronok! Sebab ni pertama kali aku join jamuan raya kt HQ selepas 4tahun join company. Memang, walau keje satu bumbung, bawa nama company yang sama, dapat gaji pada hari yang sama dan bernaung di bawah pucuk pimpinan yang sama..tapi, masih ramai rakan sekerja yang aku tak kenal dan pertama kali jumpa adalah tadi. Satu pengalaman yang baru.

Sebelum sampai, dari jauh lagi dah dengar bunyi muzik alunan lagu raya. Memang terasa sepeti raya lagiiiii..huihuihui.. Dengan makanan yang banyak sangat. Ada mee goreng, mihun goreng, kue tiaw, lemang, ketupat, nasi himpit, tapai, kuah kacang..mmg banyak. Tambahan cendol, air sirap ( air wajib kotttt..hehe! ), air oren dan banyak lagi makanan best best. Kang aku tulis semua kang korang jeles tak dapat join..=)

Ade laa sedikit gambar dalam camera bos guwe yang die telah tag dalam fb guwe..



Bile bab makan jek mmg agak over ckit.

amek makanan pon da byk, mmg xhengattt..


ni pic pas da blek jamuan, aku kat pantry ofis and nak balek uma. Sudah cukup sudah beraya. Kite tngu next year ongkesss..:)

 Ade buat open houz tak ? Jempot laa mak hencik..kikikiki.. sungguh tak malu!

Love : Yaya..

Sunday, September 2, 2012

WHI = Wanita hari ini

Assalamualaikum..:)

Aku rasa rutin harian aku makin bizi, bkn saje bizi..tp terlalu bizi. Kadang kadang tak tau ape yang aku sebokkan sangat. Keje kat uma? Keje kat ofis? Ape lagi yang aku bizi kan sangat tu. Nak kata keje kat ofis berlambak, ni haaa salah satu keje aku..



Duduk, berdiri kat mana mana..pastu mintak orang snap pic. Tak senonoh betoi. Sabar jek ofismate aku...kuikuikuikui..

Pastu, nak kata bizi kat umah..pon tidak laa sgt. Sebabnya, tadi pon aku sempat layan cerekarama Seruling Cintaku. Boleh tahan, ase nak tgk sebab Fathia tu comey sgt kulit gebus macam apam.

Tapi sebenarnya,yang aku nak cite tanggungjawab seorang isteri, ibu yang bekerja mmg sangat rumit. Aku takde jadual keje yang fleksibel. Maksud aku, tiap tiap hari pegi keje and balek keje pada waktu yang sama. Tidak. Aku kadang keje pagi, awal pagi da blah. Keje ptg, malam baru balek. Tsk. Mmg tsk.

Dalam diari harian aku akan ada dua senario. Contoh, keje pagi..aku akan anta anak ke umah baby sitter pagi pagi. Anak yang lena tido pon tersedar, ada sedikit rasa kasihan dan bersalah disitu. Cian anak tgh best tdo, kite pulak angkat. Balek keje pukul3, aku terus ambik anak. Mandi dan sembahyang zohor pon terkejar kejar. Kemas umah sebab keluar pegi keje pukul6.30 pagi tak sempat buat ape pagi pagi. Lepas kemas, layan anaknda dan rehat seketika. Pukul 5, ready nak bagi anak makan and mandikan die. Dodoi kan die tido, sbuk kat dapur prepare dinner. Ciap masak, anak bangun. Bergilir ngan asben nak mandi and sembahyang maghrib. Layan anaknda sampai dia tidur. Lepastu baru berpeluang makan, tengok tb n rest. Besoknya begitulah. Sampai aku rase masa rehat yang aku ada, aku harus rehat serehat rehatnya.. Say no to fb n blog. Dats y aku jarang hapdet.

Sekian, itu sahaja alasan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ehhhh, belum abis lagi laa. Sesibuk mana pun, sepenat manapun dan seletih mana pon aku dalam rutin harian aku. Aku terlalu gembira melihat anaknda membesar di depan mata. Setiap hari aku ikuti perkembangan dia, daripada meniarap, sekarang da pandai angkat bontot. How sweeeeeeet im being a mother.

Ok, ni da abis betul betul.

p/s : boleh tak kalau WHI aku tukar ke RHI = Remaja hari ini. Aku kan feeling remaja.

Lot of love : Yaya :)