CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 22, 2012

hujung minggu.

Assalamualaikum..:)

Last weekend on saturday aku cuti, jadik alang alang da cuti hujung minggu yang sememangnya susah jugak nak dapat..marilah kita manfaatkan bersama keluarga. Hmmm, orang key el panggil riadah
( la sangat kan )..hewhewhew..

Lepas abis tgk cite Mann kat tv3, laki aku ajak keluar. Bila tanya nak g mana tak jawab. Ye laa, makcik nak jugak pakai senonoh ckit ikut tempat yang die bawak kan. Pakcik korang jarang ajak keluar sejak ade anak, lagipon Aqil kecik lagi. Kami keluar bile perlu. Kadang kalau aku nak shopping ke ape, aku g ngan mmbe..takpon tinggalkan Aqil kat bb sitter, dating lah kami laki bini..hahaha. Bukan taknak bawak sebab susah, tapi aku rasa kesian. Kecik kecik lagi da usung ke sana ke mari. Tak sanggup aku, for me..bile die da bleh berjalan and da boleh rasa excited keluar jalan jalan..akan aku bawa ke mana sajaaaa..:)

Kalau baby ko masih merah merah ko bawak g jenjalan makan kat kedai shopim kat mall konon konon nak ukur baju mana sesuai ngan anak..memang takkk laa! Anak ko taktau ape pong nak pilih baju macam mana sesuai ngan diri die, anak ko pon bukan bleh dduk atas kerusi meja makan sekali minum ais makan kepci pizza bagai. Takde nyeeeee.. Aku cakap begini bukan kate aku tak pernah bawak Aqil, aku bawak die makan kat kedai, tu pon singgah pas balek dari umah kakak aku. Bawak die shopim tu pon sekali. Alaaa, setahun dua nnti pandai laa anak ko ajak ko plaks.

Terrrbebel plaks. Jadi, moh ler kite ke Tasik Perdana. Jalan jalan amek udara petang. Pekenalkan Aqil pada sesuatu yang baru..hewhewhew.. Biasa amek udara petang round2 keta jekkk.. Kali ni kita pusing satu tasik, lenguh kaki kottt..


aku pong xingat ape yang die seronok kan tu.


kate orang, sederhana itu indah.. tapiiii, indah ke? muehehehe..

errr, sendiri snap pic..begini lah jadinya..huihuiui..


pendukung yang setia.. mama nya jalan lenggang kangkong sajeeee..
 Begitulah masa kami.. sekejap jek pong datang cni, cuma habiskan waktu petang dengan hanya KAMI BERTIGA.. hihihihihi..:) Pic yang di tayangkan hanya ini, yang laen..sudah cukup sudah. Qualit time is only with both of you. Its wonderful time: hours minute n second actually.

Thanks reading kawan.


Tuesday, November 20, 2012

Save Gaza!

Assalamualaikum..:)

Aku da banyak sangat baca pasal Palestin kat FB, paper dsb. Hari ni aku pulak rasa aku kena menulis sedikit pasal Gaza Palestin. Sungguh, aku sedih! Aku tak tau macam mana nak describe perasaan sendiri bila baca kisah kisah Palestin. Yang paling buat hati aku luluh bila ade orang share satu pic kanak kanak terbakar dan caption tersebut berbunyi ' bayangkan jika ini anak anda'. Subhanallah, serta merta hati aku di gayut resah. Ape yang aku sudah buat utk menolong sedara seislam kita? apa?

Kecik sangat pertolongan aku. Kenapa aku cakap kecik? Sebab aku hanya share pic kat fb dan tulis, Zionis Laknatullah, Pray for Gaza. Memang kecik pertolongan ni, tapi aku tetap berharap sekurang kurangnya ade yang membaca dan mendoakan utk Palestin. Aku tak ada trofi anugerah seperti Faizal Tahir yang berniat nak jaul semua trofi utk selamatkan Gaza. Aku juga takde kasut emas seperti Christiano Ronaldo yang berniat nak jual ksut emas berharga 5.5juta utk sumbangkan pada Gaza. (sumber dari FB ).



hero yang sebenar benar hero!

 Orang asyik ulang, MCD produk israel. Tapi yang laen laen, KFC, Nestle, Starbucks, Danone, Coca Cola, Loreal n byk lagi. Itu sume macam mane? Kalau nak boikot, boikot terus semua! Mngkin Yahudi tak takut jika lancarkan serangan keatas merekan, tapi merea takut jika kita lumpuhkan ekonomi mereka. Ayuh kawan, Save Gaza!


memang kejam! Sanggup buat kat kanak kanak macam ni, tunggu nanti di Hari Perhitungan.

Ade jua yang aku terbaca dalam dalam FB, seorang bilal mati ketika keluar utk melaungkan azan. Bayi dan ibu wanita, jenazah mereka diratapi oleh sang suami. Ya Allah, syahidlah mereka. Marilah bersama sama kawan mendoakan keselamatan mereka, mendoakan kekuatan mereka, mendoakan keteguhan iman mereka.

Ct yaya~

Monday, November 12, 2012

tea time

Assalamualaikum..:)

Rajin itu perlu ye uolss. Di sebabkan rajin sudah sebati dengan diri ini, maka..lihatlah hasilnya di bawah,





























hahahaha, goreng karipap tiga bijik pon sanggup gelar diri rajin. Sila memahami.

Selamat menjamu mata sebab puteri nak menjamu selera..

Tata uolss, yaya love!

Sunday, November 11, 2012

new look!

Assalamualaikum..:)

Ehem ehem, nampak tak? nampak tak? Nampak tak blog berwajah baru. Aummmm.. Someyyy plaks rase nak bka blog sendiri setiap hari. Cehh! Aku ni bukan jenis yang sign in blogger setiap hari. Kalau tidok, da berlambak entry kan. Pastu plak aku kalau sign in pon semata mata hapdet n check overview..hewhewhew.. Aku tgk jgk laa bpe orang dalam satu hari bkak blog aku. Walau pun suam suam suku, masih ade yang sudi menjengah! Thanks.

Kisahnya, aku telah meminta pertolongan anak buah aku yang sedang cuti sekolah a.k.a lepas pmr utk godek godek repair mana yang patut sal blog aku ni. Al maklumlah, makhencik bizi manjanggg.. Tak kuasa nak ngadap laptop lama lama ubah itu ini kat blog aihhh.. Jadi, dgn rela hati anak buah aku memberi pertolongan. Lgi bertambah ikhlas die menolong bile malam ni aku mintak tolong die buatkan.. besoknyaa taraaaa.. oloh oloh sweet sungguh service cepat sangat. kihkihkih..

Lagu pon aku request suruh die tukar. Mendayu dayu sangat. Yang lagu dejavu ni ok lah ckit kot. Oh yeee.. anak buah aku pong ade blog. Sile laa follow n skodeng. cikgadisberbicara.blogspot.com. Ko tgk laa anak anak sekarang kan.. celik IT sungguh.

Marilah berfiki nak bagi upah ape kat die. hahahaha

Tata uolsss.. yaya nak g berlakon lam boboiboyyy dulu! :)

Friday, November 9, 2012

durian crepe .

Assalamualaikum..:)

Uhhhhhhuuu, masih terasa rasa durian crepe dalam mulut! Sedapnyaaa.. nikmat sungguh makanan sedap sedap nih. Hehehe.. Alkisahnya, aku tgk sana sini org dk crita psal durian crepe. Tambah pulak, kakak aku makan duria crepe ni siap post lam fb. Mana aku tak craving kan? Jadi aku telah mensurvey online yang jual durian crepe ni. Maka, berjumpa lah aku dgn MRchocolate. Lepas itu, bermula lah sesi pm n pm kat fb..hehehe.. Dan yg paling aku seronok, owner MRchocolate ni mmg baek sgt. Aku pulak mmg mencari orang yang area atau dekat dekat ngan ofis kan.

Mula mula aku tanya harga, tak sampai 10minit..mesej aku di balas. Macam ni lah orang meniaga kan. Senang sangat berurusan dgn Kak Manis n Abg Ajib. Yang paling aku suka, dorang ade delivery ke KL Sentral. Ohsem! Lagi senang keje, umpama ko makan mamee orang tolong bukakan. haahahha.. Bile da dpt info pasal harga durian crepe delivery sume..ak ajak mmbe mmbe order skali. Holohh holohh mmbe ak sweet sangat sebab berpakat pakat nak order. Tunggu ape lagi kan, call kak Manis mintak die sediakan 7pack utk delivery ke KL sentral besoknya.

Dannnn....ini lah dia,.


warna warni sweet sangat sedap sungguh tak tipu ni.
 Kat ofis, aku da bantai makan satu. Mula mula niat nak makan kat umah, sama sama merasa dengan hubby. Last sekali aku balun dulu, tak tahan wei bau durian bikin hidung mintak mulut makan jugak satu. HuHuhu.. Pastu buat balik bagi asben rasa. Dan sekarang, rasa nak order lagi berpaket paket nak makan sorang sorang. Hahahaha.. Kalau uolss tanya iolss, mmg sumpah sedap. Sangat sangat. Jadi, ape tunggu lgi.. Sila like panpage MRchocolate dan deal lah dgn kak Manis. Baek orangnya..:) Dan delivery caj juga sangat berpatutan.

Thanks reading kawan.

Tuesday, November 6, 2012

Selamat pengantin baru Suraya !

Assalamualaikum..:)

Rindunya nak dengar ucapan selamat pengantin baru.hahaha.. aku ni, pengantin lama pon da tak layak sekarang. Ade hati nak dengar ucapan bahagia gtu lagi. Eh, lari dari tajuk sekejap. Semalam, aku gi kenduri kawen mmbe ofis. Suraya nama dia. Ye, nama die secantik orangnya. Aku telah menghadirkan diri ke kenduri tersebut dengan kawan kawan yang lain. Kak Wana, Kak Leen, Kak Ani n Kak Diana. Jadi, marilah kita bina rombongan cik kiah ke sana.

Aku tak gi ngan asben sebab aku keje semalam. Alang alang dah keje tu, kite plan ngan mmbe mmbe jek la kan. Lagi sonang dan cepat. Kteorng gerak dari ofis jam 2.30. Sampai kat tempat kenduri before 3pm kot. Giler kentang carik dan tu, naseb jumpe..hehehe.. Sampai sampai jek terus carik Suraya. Ololololo..sweet sungguh dengan persalinan pink krim. Someyyy sgt.

Lepas jumpa Suraya, kami makan makan dan mintak izin balik. Pic dgn Suraya takde sebab dalam camera Kak Leen lupa nak amek. Jadik mari aku hidangkan korang dengan pic akad nikah Suraya, pic ni pon aku dapat dari mmbe.


emmmm.. ckit ckit udah lerrr..:)

yang ni memang momen terindah, percayalah!


die pakai shawl halfmoon, kena betul ngan muka die. Sebelah die finas dan azie. Bridesmaid.
 Next pic adalah kandid masa dorang buat outdoor kat Taman Tasik Perdana.

pink krim sungguh lembut kan. Mak hincik memang peminat fanatik pink.

posing ckit amek pic, kalau taktau meh makhincik ajar..kuikuikui..

Itu jek laa pic nyee.. nanti kalau da dpt pic kteorg pi buat havoc muka tak malu makan banyak kat kenduri Suraya ni, kang aku hapdet la lagi.

Lorrr.. ade lagi rupanya pic pengantin baru ni.. Meh sambung tengok..

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

huk alohhhh.. ayu sungguh posing * pitam
 Untuk Suraya, semoga bahagia hingga ke Jannah dgn suami tercinta. Terima kelebihan dan kekurangan die. Sabarlah melayari dan menempuhi alam rumah tangga. Semoga cepat cepat dapat baby dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Thanks reading kawan..:)

Saturday, November 3, 2012

Tabah.



Assalamualaikum..:)


Ketahuilah, tika saya menulis entry ini..hati saya bagai tiada bayangnya. Terbang dan hilang entah ke mana.

Tabah. Ya, tabah lah.

Senyum. Ya, senyum lah.

Harap. Ya, berharaplah.

Letak lah seribu kebaikan dalam diri sendiri.

Senyum..:)

yang patah tumbuh, yang hilang berganti.

Assalamualaikum..:)

Pernah tak korang tukar baby sitter? Kalau pernah, maka saya rase saya mengalami perasaan yang sama. Sedih kan? Risau? sudah semestinya.

Aqil sekarang almost 7months. Means, da 5bulan baby sitter ( yang gelarkan diri die Tokma kat Aqil ) jaga Aqil masa aku kerja! Dah banyak yang die tau pasal Aqil, maksud aku..waktu mana Aqil merengek nak tido, waktu mana nak minum susu, nak mandi, nak makan nestum, nak makan bubur sume die dah faham. Malah, tokma jugak yang banyak ajar aku jaga baby. Contohnya, ' baby yang semangat dan tembam cam Aqil, kena selalu mandikan sebab die berpeluh'. Contoh lagi, ' kalau nak pegi mana mana, pakai kan lah Aqil stokin..sekurang kurangnya sampai die 7bulan ke'. Contoh lagi, ' Aqil dah nampak macam nak tumbuh gigi, boleh laa ajar die makan bubur'.

Since die orang tua yang terdekat dan aku boleh rujuk apa apa pertanyaan pasal Aqil, aku rasa senang dan selesa bile die jaga Aqil. Kalau amek Aqil pas balek keje, mesti wangiiii jek anak aku. Die da ciap suapkan Aqil makan n mandikan Aqil wangi wangi. So that, aku tak payah la rushing nak pikir anak tak makan tak mandi lagi ke hape kan. Memang ok jek la die jaga. Tapi, asben die da pencen. So, dorang nak balek kampung kat Kelantan. Aku da tau hal ni masa sebelum decide nak bagi die mengasuh Aqil, tapi di sebabkan aku memang nak die jaga ( sebab aku percaya orang tua boleh jaga baby dgn baik.hehe! )..aku relakan juga. Dan sekarang, aku da jumpe baby sitter baruuuu..yeeaahha!

Aqil da duduk ngan baby sitter baru dekat 3hari. Alhamdulillah sangat, Aqil ok jer. Tak meragam. Aku risau jugak takut die nangis  sebab die dah kenal orang. Orang sembarangan amek, die xmo. heeee... Tapi kejap jek, bile dapat mainan..dapat makan..diam laa die..('',)

Sekarang ni, bile lalu jek ikot umah tokma. Sedih pulak. Ye laa, da dekat 5 bulan ke sana anta dan amek Aqil. Tak pe lah, bak kata orang..yang patah tumbuh..yang hilang berganti.. Tokma tetap dlm kenangan. Berbanyak terima kasih kat die sebab da jaga anaknda aku dengan baik. Mana nak dapat lagi..masa Aqil kecik kecik lagi..die tuamkan perut Aqil. Setiap kali pas cucuk, die tuam tempat kena cucuk tu. Masa Aqil naik campak, de yang ajar belikan ubat sapu yang elok. Pendek kata servic tokma jaga Aqil memang tiptop..:)



kesayangan.. Be a gud son for me n ur dad.

hahahaha..xmo senyum langsung ok!

bagi muka abang long kawasan ckettt..

pegang botol susu sendiri jerrr.. kate herooo..
mari kita membaca. kalau rajin membaca camni, memanggg ikut mama..hohohoho

Thanks reading kawan..:)