CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday, November 22, 2012

hujung minggu.

Assalamualaikum..:)

Last weekend on saturday aku cuti, jadik alang alang da cuti hujung minggu yang sememangnya susah jugak nak dapat..marilah kita manfaatkan bersama keluarga. Hmmm, orang key el panggil riadah
( la sangat kan )..hewhewhew..

Lepas abis tgk cite Mann kat tv3, laki aku ajak keluar. Bila tanya nak g mana tak jawab. Ye laa, makcik nak jugak pakai senonoh ckit ikut tempat yang die bawak kan. Pakcik korang jarang ajak keluar sejak ade anak, lagipon Aqil kecik lagi. Kami keluar bile perlu. Kadang kalau aku nak shopping ke ape, aku g ngan mmbe..takpon tinggalkan Aqil kat bb sitter, dating lah kami laki bini..hahaha. Bukan taknak bawak sebab susah, tapi aku rasa kesian. Kecik kecik lagi da usung ke sana ke mari. Tak sanggup aku, for me..bile die da bleh berjalan and da boleh rasa excited keluar jalan jalan..akan aku bawa ke mana sajaaaa..:)

Kalau baby ko masih merah merah ko bawak g jenjalan makan kat kedai shopim kat mall konon konon nak ukur baju mana sesuai ngan anak..memang takkk laa! Anak ko taktau ape pong nak pilih baju macam mana sesuai ngan diri die, anak ko pon bukan bleh dduk atas kerusi meja makan sekali minum ais makan kepci pizza bagai. Takde nyeeeee.. Aku cakap begini bukan kate aku tak pernah bawak Aqil, aku bawak die makan kat kedai, tu pon singgah pas balek dari umah kakak aku. Bawak die shopim tu pon sekali. Alaaa, setahun dua nnti pandai laa anak ko ajak ko plaks.

Terrrbebel plaks. Jadi, moh ler kite ke Tasik Perdana. Jalan jalan amek udara petang. Pekenalkan Aqil pada sesuatu yang baru..hewhewhew.. Biasa amek udara petang round2 keta jekkk.. Kali ni kita pusing satu tasik, lenguh kaki kottt..


aku pong xingat ape yang die seronok kan tu.


kate orang, sederhana itu indah.. tapiiii, indah ke? muehehehe..

errr, sendiri snap pic..begini lah jadinya..huihuiui..


pendukung yang setia.. mama nya jalan lenggang kangkong sajeeee..
 Begitulah masa kami.. sekejap jek pong datang cni, cuma habiskan waktu petang dengan hanya KAMI BERTIGA.. hihihihihi..:) Pic yang di tayangkan hanya ini, yang laen..sudah cukup sudah. Qualit time is only with both of you. Its wonderful time: hours minute n second actually.

Thanks reading kawan.


Tuesday, November 20, 2012

Save Gaza!

Assalamualaikum..:)

Aku da banyak sangat baca pasal Palestin kat FB, paper dsb. Hari ni aku pulak rasa aku kena menulis sedikit pasal Gaza Palestin. Sungguh, aku sedih! Aku tak tau macam mana nak describe perasaan sendiri bila baca kisah kisah Palestin. Yang paling buat hati aku luluh bila ade orang share satu pic kanak kanak terbakar dan caption tersebut berbunyi ' bayangkan jika ini anak anda'. Subhanallah, serta merta hati aku di gayut resah. Ape yang aku sudah buat utk menolong sedara seislam kita? apa?

Kecik sangat pertolongan aku. Kenapa aku cakap kecik? Sebab aku hanya share pic kat fb dan tulis, Zionis Laknatullah, Pray for Gaza. Memang kecik pertolongan ni, tapi aku tetap berharap sekurang kurangnya ade yang membaca dan mendoakan utk Palestin. Aku tak ada trofi anugerah seperti Faizal Tahir yang berniat nak jaul semua trofi utk selamatkan Gaza. Aku juga takde kasut emas seperti Christiano Ronaldo yang berniat nak jual ksut emas berharga 5.5juta utk sumbangkan pada Gaza. (sumber dari FB ).



hero yang sebenar benar hero!

 Orang asyik ulang, MCD produk israel. Tapi yang laen laen, KFC, Nestle, Starbucks, Danone, Coca Cola, Loreal n byk lagi. Itu sume macam mane? Kalau nak boikot, boikot terus semua! Mngkin Yahudi tak takut jika lancarkan serangan keatas merekan, tapi merea takut jika kita lumpuhkan ekonomi mereka. Ayuh kawan, Save Gaza!


memang kejam! Sanggup buat kat kanak kanak macam ni, tunggu nanti di Hari Perhitungan.

Ade jua yang aku terbaca dalam dalam FB, seorang bilal mati ketika keluar utk melaungkan azan. Bayi dan ibu wanita, jenazah mereka diratapi oleh sang suami. Ya Allah, syahidlah mereka. Marilah bersama sama kawan mendoakan keselamatan mereka, mendoakan kekuatan mereka, mendoakan keteguhan iman mereka.

Ct yaya~

Monday, November 12, 2012

tea time

Assalamualaikum..:)

Rajin itu perlu ye uolss. Di sebabkan rajin sudah sebati dengan diri ini, maka..lihatlah hasilnya di bawah,





























hahahaha, goreng karipap tiga bijik pon sanggup gelar diri rajin. Sila memahami.

Selamat menjamu mata sebab puteri nak menjamu selera..

Tata uolss, yaya love!

Sunday, November 11, 2012

new look!

Assalamualaikum..:)

Ehem ehem, nampak tak? nampak tak? Nampak tak blog berwajah baru. Aummmm.. Someyyy plaks rase nak bka blog sendiri setiap hari. Cehh! Aku ni bukan jenis yang sign in blogger setiap hari. Kalau tidok, da berlambak entry kan. Pastu plak aku kalau sign in pon semata mata hapdet n check overview..hewhewhew.. Aku tgk jgk laa bpe orang dalam satu hari bkak blog aku. Walau pun suam suam suku, masih ade yang sudi menjengah! Thanks.

Kisahnya, aku telah meminta pertolongan anak buah aku yang sedang cuti sekolah a.k.a lepas pmr utk godek godek repair mana yang patut sal blog aku ni. Al maklumlah, makhencik bizi manjanggg.. Tak kuasa nak ngadap laptop lama lama ubah itu ini kat blog aihhh.. Jadi, dgn rela hati anak buah aku memberi pertolongan. Lgi bertambah ikhlas die menolong bile malam ni aku mintak tolong die buatkan.. besoknyaa taraaaa.. oloh oloh sweet sungguh service cepat sangat. kihkihkih..

Lagu pon aku request suruh die tukar. Mendayu dayu sangat. Yang lagu dejavu ni ok lah ckit kot. Oh yeee.. anak buah aku pong ade blog. Sile laa follow n skodeng. cikgadisberbicara.blogspot.com. Ko tgk laa anak anak sekarang kan.. celik IT sungguh.

Marilah berfiki nak bagi upah ape kat die. hahahaha

Tata uolsss.. yaya nak g berlakon lam boboiboyyy dulu! :)

Friday, November 9, 2012

durian crepe .

Assalamualaikum..:)

Uhhhhhhuuu, masih terasa rasa durian crepe dalam mulut! Sedapnyaaa.. nikmat sungguh makanan sedap sedap nih. Hehehe.. Alkisahnya, aku tgk sana sini org dk crita psal durian crepe. Tambah pulak, kakak aku makan duria crepe ni siap post lam fb. Mana aku tak craving kan? Jadi aku telah mensurvey online yang jual durian crepe ni. Maka, berjumpa lah aku dgn MRchocolate. Lepas itu, bermula lah sesi pm n pm kat fb..hehehe.. Dan yg paling aku seronok, owner MRchocolate ni mmg baek sgt. Aku pulak mmg mencari orang yang area atau dekat dekat ngan ofis kan.

Mula mula aku tanya harga, tak sampai 10minit..mesej aku di balas. Macam ni lah orang meniaga kan. Senang sangat berurusan dgn Kak Manis n Abg Ajib. Yang paling aku suka, dorang ade delivery ke KL Sentral. Ohsem! Lagi senang keje, umpama ko makan mamee orang tolong bukakan. haahahha.. Bile da dpt info pasal harga durian crepe delivery sume..ak ajak mmbe mmbe order skali. Holohh holohh mmbe ak sweet sangat sebab berpakat pakat nak order. Tunggu ape lagi kan, call kak Manis mintak die sediakan 7pack utk delivery ke KL sentral besoknya.

Dannnn....ini lah dia,.


warna warni sweet sangat sedap sungguh tak tipu ni.
 Kat ofis, aku da bantai makan satu. Mula mula niat nak makan kat umah, sama sama merasa dengan hubby. Last sekali aku balun dulu, tak tahan wei bau durian bikin hidung mintak mulut makan jugak satu. HuHuhu.. Pastu buat balik bagi asben rasa. Dan sekarang, rasa nak order lagi berpaket paket nak makan sorang sorang. Hahahaha.. Kalau uolss tanya iolss, mmg sumpah sedap. Sangat sangat. Jadi, ape tunggu lgi.. Sila like panpage MRchocolate dan deal lah dgn kak Manis. Baek orangnya..:) Dan delivery caj juga sangat berpatutan.

Thanks reading kawan.

Tuesday, November 6, 2012

Selamat pengantin baru Suraya !

Assalamualaikum..:)

Rindunya nak dengar ucapan selamat pengantin baru.hahaha.. aku ni, pengantin lama pon da tak layak sekarang. Ade hati nak dengar ucapan bahagia gtu lagi. Eh, lari dari tajuk sekejap. Semalam, aku gi kenduri kawen mmbe ofis. Suraya nama dia. Ye, nama die secantik orangnya. Aku telah menghadirkan diri ke kenduri tersebut dengan kawan kawan yang lain. Kak Wana, Kak Leen, Kak Ani n Kak Diana. Jadi, marilah kita bina rombongan cik kiah ke sana.

Aku tak gi ngan asben sebab aku keje semalam. Alang alang dah keje tu, kite plan ngan mmbe mmbe jek la kan. Lagi sonang dan cepat. Kteorng gerak dari ofis jam 2.30. Sampai kat tempat kenduri before 3pm kot. Giler kentang carik dan tu, naseb jumpe..hehehe.. Sampai sampai jek terus carik Suraya. Ololololo..sweet sungguh dengan persalinan pink krim. Someyyy sgt.

Lepas jumpa Suraya, kami makan makan dan mintak izin balik. Pic dgn Suraya takde sebab dalam camera Kak Leen lupa nak amek. Jadik mari aku hidangkan korang dengan pic akad nikah Suraya, pic ni pon aku dapat dari mmbe.


emmmm.. ckit ckit udah lerrr..:)

yang ni memang momen terindah, percayalah!


die pakai shawl halfmoon, kena betul ngan muka die. Sebelah die finas dan azie. Bridesmaid.
 Next pic adalah kandid masa dorang buat outdoor kat Taman Tasik Perdana.

pink krim sungguh lembut kan. Mak hincik memang peminat fanatik pink.

posing ckit amek pic, kalau taktau meh makhincik ajar..kuikuikui..

Itu jek laa pic nyee.. nanti kalau da dpt pic kteorg pi buat havoc muka tak malu makan banyak kat kenduri Suraya ni, kang aku hapdet la lagi.

Lorrr.. ade lagi rupanya pic pengantin baru ni.. Meh sambung tengok..

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

huk alohhhh.. ayu sungguh posing * pitam
 Untuk Suraya, semoga bahagia hingga ke Jannah dgn suami tercinta. Terima kelebihan dan kekurangan die. Sabarlah melayari dan menempuhi alam rumah tangga. Semoga cepat cepat dapat baby dan di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Thanks reading kawan..:)

Saturday, November 3, 2012

Tabah.



Assalamualaikum..:)


Ketahuilah, tika saya menulis entry ini..hati saya bagai tiada bayangnya. Terbang dan hilang entah ke mana.

Tabah. Ya, tabah lah.

Senyum. Ya, senyum lah.

Harap. Ya, berharaplah.

Letak lah seribu kebaikan dalam diri sendiri.

Senyum..:)

yang patah tumbuh, yang hilang berganti.

Assalamualaikum..:)

Pernah tak korang tukar baby sitter? Kalau pernah, maka saya rase saya mengalami perasaan yang sama. Sedih kan? Risau? sudah semestinya.

Aqil sekarang almost 7months. Means, da 5bulan baby sitter ( yang gelarkan diri die Tokma kat Aqil ) jaga Aqil masa aku kerja! Dah banyak yang die tau pasal Aqil, maksud aku..waktu mana Aqil merengek nak tido, waktu mana nak minum susu, nak mandi, nak makan nestum, nak makan bubur sume die dah faham. Malah, tokma jugak yang banyak ajar aku jaga baby. Contohnya, ' baby yang semangat dan tembam cam Aqil, kena selalu mandikan sebab die berpeluh'. Contoh lagi, ' kalau nak pegi mana mana, pakai kan lah Aqil stokin..sekurang kurangnya sampai die 7bulan ke'. Contoh lagi, ' Aqil dah nampak macam nak tumbuh gigi, boleh laa ajar die makan bubur'.

Since die orang tua yang terdekat dan aku boleh rujuk apa apa pertanyaan pasal Aqil, aku rasa senang dan selesa bile die jaga Aqil. Kalau amek Aqil pas balek keje, mesti wangiiii jek anak aku. Die da ciap suapkan Aqil makan n mandikan Aqil wangi wangi. So that, aku tak payah la rushing nak pikir anak tak makan tak mandi lagi ke hape kan. Memang ok jek la die jaga. Tapi, asben die da pencen. So, dorang nak balek kampung kat Kelantan. Aku da tau hal ni masa sebelum decide nak bagi die mengasuh Aqil, tapi di sebabkan aku memang nak die jaga ( sebab aku percaya orang tua boleh jaga baby dgn baik.hehe! )..aku relakan juga. Dan sekarang, aku da jumpe baby sitter baruuuu..yeeaahha!

Aqil da duduk ngan baby sitter baru dekat 3hari. Alhamdulillah sangat, Aqil ok jer. Tak meragam. Aku risau jugak takut die nangis  sebab die dah kenal orang. Orang sembarangan amek, die xmo. heeee... Tapi kejap jek, bile dapat mainan..dapat makan..diam laa die..('',)

Sekarang ni, bile lalu jek ikot umah tokma. Sedih pulak. Ye laa, da dekat 5 bulan ke sana anta dan amek Aqil. Tak pe lah, bak kata orang..yang patah tumbuh..yang hilang berganti.. Tokma tetap dlm kenangan. Berbanyak terima kasih kat die sebab da jaga anaknda aku dengan baik. Mana nak dapat lagi..masa Aqil kecik kecik lagi..die tuamkan perut Aqil. Setiap kali pas cucuk, die tuam tempat kena cucuk tu. Masa Aqil naik campak, de yang ajar belikan ubat sapu yang elok. Pendek kata servic tokma jaga Aqil memang tiptop..:)



kesayangan.. Be a gud son for me n ur dad.

hahahaha..xmo senyum langsung ok!

bagi muka abang long kawasan ckettt..

pegang botol susu sendiri jerrr.. kate herooo..
mari kita membaca. kalau rajin membaca camni, memanggg ikut mama..hohohoho

Thanks reading kawan..:)

Monday, October 22, 2012

Rambut gugur

Assalamualaikum..:)

Korang pernah alami rambut gugur tak? Kalau ye, sila kongsi tips dgn saya. Begini, rambut aku memang gugur. Tapi tidaklah melampau. Maksudnya, masih terkawal. Orang tua tua cakap, masa baby tengah membesar memang rambut si ibu akan cepat gugur. Tambah lagi kalau baby ko air liurnya mencurah curah.

Haaa..baby aku macam tu lah masa umo die 3,4 bulan. Dan masa tu rambut aku pong gugur dengan jayanya. Bile ngadu kat kakak aku, die advic potong kasik pendek ckit. Ade laa perubahan ckit. Dan sekarang, bile rambut gugur da berkurangan..aku macam lag bersemangat nak kasik die betul betul tak gugur. Aku pernah terbaca satu artikel, kalau rambut perempuan gugur dalam 100helai 1hari itu adalah normal ye. Tapi cer ko bayang kalau rambut ko gugur 100hari selama berpuluh puluh hari. Eeeee..seram mak hencik nak bayangkan. hehehehe..

Jadi, mari lah kite cari penyelesaian. Firstly, syampu. Ok, rejoice, sunsilk, head n shoulders, loreal, pantene, dove..sume mak hencik da cuba! Paling aku tak tahan bau dove..pening, tersangat pening. Then, aku cuba syampu safi. Ok, not bad. Rambut gugur jugak, tapi BERKURANGAN. This is what i want. Tapi, ade membe suruh aku cuba syampu herba himalaya. Maka, meh laa kite beli..


aku cuba, memang laa nak dptkan sesuatu yg bagus kena mencuba kan.

Aku pon ade jugak cuba hair treatment by Catalyst. Baru pakai 2x kot sebab memang kena pakai dalam 2x seminngu. Yang ni aku cuba sebab bersangkut paut ngan minyak kelapa kan. Sume org pon tau minyak kelapa sgt elok untuk pertumbuhan rambut. Jadi, apa salahnya kita cuba.




ini lah die, kecik cinonet jek, tapi boleh tahan!
 Aku syak dua dua produk ni guna bahan yang hampir sama, sebab bau die sama uolss. Tapi hair treatment ni macam minyak laa, dats why die mintak ko sapu kat kulit kepala before syampu rambut. Aku ade jugak cuba bli produk LeMaire, da lamaaaaa..sekarang baru gedik gedik nak pakai. Gedik gedik disiplinkan diri, macam mana malas pon..cuba rawat rambut sendiri.. Tapi kite tengok la berkesan ke idok.

Doakan iolssss..:)

Saturday, October 13, 2012

Sahabat dan kakak yang pemurah + baik hati.

Assalamualaikum..:)

Semalam keje petang, jadi malam baru balek. Malam ye, bukan tengah malam. Take note..hahahaha! Nak suruh org take note bagai, ko sape ct yaya..huihuihui.. Sebagai isteri mithali, haruslah singgah kedai runcit beli lauk utk masak hari ni sebab suami tersayang cuti. *muntohhh.. isteri mithali konon. Takpe..kita cuba menjadi yang terbaik.

Sampai umah, buka peti ais dan tengok ade kek yang comeyyyyy! Tanjat boboi. Ingatkan suami tersayang nak sweet sweet masakkan kek o belikan kek untuk isteri tercinta. Rupa nyeeee.. kak ana ( rakan keje merangkap jiran rumah ) yang sweeet bagi kek comeyyy ni.. Alhamdulilah. Rezeki.


kek span dilapisi coklat n atas pulak ade coklat basah basah gitu. Perghhhh..mmg feveret ahkak coklat coklat ni memang ahkak xlepas.
 Besar ok kak Ana kasi kek ni, tapi aku da ngapppp, nampak tak ? nampak tak? Da banyak potong tu..kikiki.. Tak tahan kek coklat aku paling sukaaaaa!!! Kak Ana ni pemurah sangat, ape yang die msak selalu anta kat uma aku. Da macam kakak aku pulak. Dah la masak ape pon sedap. Rendang dan pulut kuning, paprik ayam, puding karamel, lamb chop, sosej roll banyak ag makanan die anta. Serius segan, aku ni dah laa baru merangkak dalam bidang masakan ( statement feeling artis). Pernah anta jugak makanan tapi tak sesedap dieeeeee..maluuuuuu.


itu laa kak Ana, yg pakai baju kurung kelabu. Kakak da sahabat yang pemurah.
 Thanks for reading kawan..:)

little toys for little hero.

Assalamualaikum..:)

Taktau ape masalah line celcom, da dua ari aku nk buka blog takboleh. Hishhh, time semangat ade saje halangan. Bile login blogger jek trus keluar blank page. Kosong jek. Tapi bukan, lagu kosong najwa latif.

Hari selasa lepas, aku keje pagi. Oleh sebabkan keje pagi adalah balek awal, makanyaaa.. aku dan kak wana telah berjmba mencari sedikit keseronokan di Masjid Jamek..hewwwww.. berjimba laa sgt! Tidak, sebenarnya, aku nak jalan jalan jek tgk  tudung, tengok barang barang kat di situ dah alang alang keje pagi kan. Bile dah jalan jalan tu nampak lah sesuatu yang menarik. *tinggg ( otak geliga berbunyi ) dan hati yang jujur berkata, ' harus beli utk Aqil'.. hehehe


hok aloohhhh.. boboiboyyy upe nye..
 Since ak tgk die menunjukan sedikit rasa minat pada boboiboyyy, aku beli sebagai tanda kasih sayang. Yer, mesti orang pikir aku excited sangat nak ajar anak kartun kartun. Fine, biarlah. Mulut orang. Cerita booiboy ni pon bukannya teruk, bukannya bawak impak negatif. Cerita die pon ade mesej, ade nilai nilai murni. Lagi pon, anak aku baru 6bulan. Tak paham ape pon tengok kartun. Sekadar die tengok gambar warna warni dan dengar kartun bercakap, tu jer!

Mungkin aku nampak sedikit excited sebab ni anak pertama aku. hehehe..



ko tgk, tido ade gaya.. ala ala posng nak tunjuk tangan ketul ketul.
 Ape saje asal Aqil gumbiraaaa... Mama senang hati, ayah nak tambah anak lagi.. ehh, hahahha..

LotsOfLove , ct yaya.

Wednesday, October 10, 2012

Hari Terbuka Ofis 2012

Assalamualaikum..:)

Cerita lame, tapi hari ni baru nak hapdet. Alasan pertama adalah, malasnyaaa nak buka fb mmbe ofis dan amek pic lam fb dorang. Alasan kedua, banyak sgt pic lam camera yang nak aku buat entry ( walaupon tertangguh ). Hehehe.. Hari terbuka ni lebih kepada konsep Hari Raya. Kejadian adalah berlaku pada 28sept 2012. Di sebabkan oleh, Syawal sudah berlalu maka kite ubah kan tajuk daripada jamuan Hari Raya kepada jamuan Hari Terbuka. Hehehe..

Majlis berjalan pada hari jumaat. So, waktu lunch adalah pada jam 1230hrs. Dari pagi kami prepare makanan supaya kemas dan canik tersusun nu di atas meja. Menu utama adalah mee soto, satey, nasi himpit dan roti jala. Laen laen makanan yang sedap adalah bihun singapore tajaan Kak Tasha, Rendang daging dan pulut Kuning lazat dari Kak Ina, Rendang ayam marvelous dari Kak Liza dan Kak Sherry. Kak Rohana menaja kek yang ohsem! Kak Leen membuat kek coklat kukus yang lawa sangat hiasannye beserta cupcake yang sumpah cute, Shafinas amek part sweet corner..ade marshmellow dan coklat hersley ok! Suraya dan Mak Ani merupakan penaja bersama stoberi terbaik dari Ladang, si cantik Azie bawak coklat homemade..sedap! Kak Loges Anjali taja kacang dan murukuuuuu, kak Nisha pulakss taja buah. Kelas ko nyahhh. Kak Diana yang setia dgn kek swiss roll nye.. Ehem, ahkak dan kak wana Cocktail corner..lagi menarik tertarik! hewhewhew..


agar agar, sedap ni makan sejuk sejuk.

air kotak sebagai bekal utk orang yang da ciap makan.

ni sponsor by kak Nisha, tapi hasil kerja tangan kak Leen. Kreatif gler kot.
from kak Leen, sedap! dpt rase satu..
from kak sherry, dadih sumpah sedap dan lembut. aku xminum soya, so xbleh nak cakap sedap ke tidakkk..
kek dari Kak Leen, ade sape2 nak order pon boleh.. die memang serba boleh buat kek.

from Kak Tasha, memang die tempah. Tapi die ni kalo masak sendiri lagi sedap. Tangan dan jari dah la cantik.

ni kek Kak Rohana, festaim die buat dan tak salah kalo aku cakap festaim ni adalah sgt menjadi.

from Finas, auwmmmm.. dap dap dap.

errr.. ini bos saya. Tumpang lalu...

ini puteri sedang santap. Jangan perhatikan perut puteri sbb ade sedikit ke depan di situ.

From Anjali call center, muruku n kacang. Sameprit cair di mulut adalah dri kak Sherry ye anak anak.

air tangan kak liza, tak sempat nak rasa.

me, kak Loges, kak diana, kak wana n kak tasha..:)
nampak cara susunan tak? ini ler sweet corner..

hok alohhh.. ini mak hencik n kak wana punyerrr..

kak tasha, kak wana, kak Loges, finas n puteri..hahaha

kak Loges dan puteri. satu hari sebelum kami hiaskan ruang, itu je lah hasilnya.
jemput masuk!
kami bekalkan makanan utk bawa balek.. sweet tak sweet tak?

da nk blek afta prut kenyang.. seronok buat majlis makan makan sebenarnya kan.

geng ofis atas.. kakak kakak sayang. Tak kan letak caption abang abang sayang pulok kan.
nampak kecoh kan, sesekali berkumpul macam ni emamng seronok!

Itu saje laa coretan hamba pada kali ini. Sesungguhnya hamba berusaha menguloadkan semua gambar tetapi kemalasan menguasai di sebabkan anaknda hamba sudah bangun dri tidurnya.

Ok, nama nama yang aku sebut iaitu penaja penaja makanan adalah rakan rakan ofis aku. Maka jangan ada yang terkeliru. Ada satu nama yang aku tak sebut.. Kak Hanie.. harap maklum kak hanie berkhidmat utk negara masa ni yer. hewhewhewhew..

Puteri da penat menaip, puteri nak gi masak utk putera. Ok bai.

Tuesday, October 9, 2012

Triffle puding in the houseee..

Assalamualaikum..:)

Meh nak menunjuk ckit ni. Kite pandai buat pudng trffile..hewhewhew.. Pandai buat triffle da gebang. Ye laa, mak hencik jarang masak desert ni. Tapi sekarang seronok laa pulak buat desert. Sambil makan, sambil boleh uji kemampuan diri.

Ehem ehem, show off bermula ye..

ini aku buat utk Hari terbuka ofis, festaim try.. Alhamdulillah, menjadikkk..

ini utk mangkuk kecik kecik as a hiasan, bagi nampak sedikit comel..hewhewhew..


dan begini lah keadaan nye bile saya menyusun nye.. oh ye dalam mangkuk tersebut adalah air koktel resipi kakak saya. Dan makanan ini adalah di taja oleh saya dan kak Wana.. Laku wehhh..*kembang sekejap

Itu untuk Hari terbuka Ofis. Oleh sebab, aku rasa air tangan sendiri kat ofis cikit jer + en suami pon sempat makan semangkuk kecik jek + nak balas bekas kak Ana ( jiran ) yang suka sangat bagi makanan sedap sedap, aku pon menggagahkan diri buat triffle puding sekali lagi.. Amboi, bajet pakarrr neh.

begini hasilnya, mak hencik lupe nk bli stoberi.

dari pandangan sisi. Kasi can triffle puding posing.

Aku pon xtak pernah makan sebenarnya triffle puding ni. Festaim makan adalah bile festaim aku masak untuk Hari Terbuka ofis. Punya lah aku takut dan gabra Takut tak laku, takut xde orang makan, takut orang tanya, ' ni sape buat xsedap ni?'.. Risau ahkak. Tapi naseb ade orang sanggup makan..hewhewhew.. Dan aku balek umah masa hari terbuka tersebut untuk amek saru lagi bekas sebab tak ckup.. muahahaha..
Alhamdulillah.. Cocktail corner aku dan kak Wana menjadik. Next colaboration kite pikir nak buat ape plaks kak Wana yer..:)

Thanks for reading kawan..:)

Ct yaya.