CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label cinta. Show all posts
Showing posts with label cinta. Show all posts

Thursday, March 7, 2013

Majlis bertandang #wedding

Assalamualaikum..=)

Ye, korang tak silap langsung baca tajuk. Memang aku nak cerita pasal majlis bertandang aku pon. hehehe. Giler lame kan. Tapi itulah hakikatnya, bulan Jun ni cukuplah dua tahun kenangan tercipta. Begini, majlis bertandang ni kiteorang tak hired photoghrapher pon. Membe suami den yang bermurah hati dan berbaik budi nak ambik pic kiteorang. Jadi sudah jimat di situ.

Untuk pengetahuan korang, gambar gambar ni sume aku baru dapat bulan nov tahun lepas. Ye, sekali lagi korang tak salah baca. Aku kawen Jun 2011, dapat album majlis bertandang Nov 2012. Terbaekk sangat. Hehehehe.. Membe laki aku ni cikgu, mengajar pulak nun jauh di Sabah. Jadi, kena lah tunggu cuti sekolah baru balek Kelantan. Nak pulak die balek kg, time aku tak balek kg. Acaner nak jumpe utk amek pic? Heh. Tapi, sabar tu separuh daripada iman kan. Walaupon lambat dpt tengok, tapi puas hati. Alhamdulillah..:)


Kita mulakan dengan gambar ini ya. Haaa..inilah meja makan beradab. Masih terbayang lagi aku makan malu malu di sini sambil menonton silat di depan mata.


Ini da duduk dalam bilik penganti dah pon. Bilik ini adalah hasil tangan sendiri oleh jiran tetangga. Sepakat sungguh dorang tolong menolong. No need butik pengantin.


Aku masih malu segan dan kekok nak bergambar. hewhewhew..:)


Less is more, simple is better. Baju sendiri, cuma mekup sahaja yang di andam oleh mak andam secara free. hehehe..=)


Baju cinta hati juga adalah sendirian berhad. Tiada penaja yang sudi menaja. hahaha


Wit kazen sista. Adik sepupu saya.


Ini adalah maksu saya with his doter. Adik aisa yang sihat.


Masa outdoor photoshoot.







Jangan tengok lama lama pic ni yeah. Saya malu. 




Lokasi photoshoot adalah saya tidak pasti. Lokasi pertama di air terjun ape entah. Dan lokasi kedua di restoren terapung.

Takpelah walaupon lambat dapat tengok pic majlis bertandang ni kan, sebabnya aku puas hati dengan kerja membe laki aku ni. Okey jugak kan. Lagi 4bulan, cukup dua tahun hidup bersama. Ini pon bile tengok gambar, rase macam baru semalam jek jadi. Tapi itulah realiti. Masa semakin pantas berlalu, sebab tu lah kita kena menghargai setiap saat yang berlaku. Pahit manis, hitam putih kehiduan di tangan kita. Kita juga boleh tentukan hidup kita. Buatlah pilihan yang terbaik. Pilihlah pasangan yang baik juga..:)

Ingat ya, jodoh di tangan Allah. Bersyukur dengan jodoh kita. 

Untuk suamiku, kita saling melengkapi. ehehe (malu giler nak tulis ayat jiwang kat sini) ngeg ngeh ngeh.

oK bai. Thanks reading kawan.

Tuesday, February 14, 2012

03022009 - 03022012..

Assalamualaikum..

Hai, kite cuti arini. Boring boring kat umah baru rase nak hapdet. Itu pong kena paksa diri. Ni anak dalam perut lagi, kalu da bersalin kang..blog rejek terus! hehe..

Ohh, tengok tak tajuk kat atas. Ye laa, mmg tarikh da luput. Today 14hb alreadi. Tapi aku nak story ni. Kisah cinta..auwww..:P Gediks jek kan. Actually nak hapdet on dat day, tapi aku bizi laa dgn majlis kahwin abang aku kat belah pompuan. Kat gemas sane. Itu pnye cite nanti kali lain aku  stori..

03022009 - 03022012.. ye, 3tahun yang mencipta kenangan! 2009 kenal, 2010 bertunang, 2011 kaweeeenn..and lastly 2012, aku menunggu kelahiran baby. Cepat kan masa berlalu. Terlalu cepat. Samapi aku sendiri tak percaya, dah 9bulan aku kawen. Padahal masih terasa lagi aku tengah buat persiapan kawen ngn asben.

Aku ngan hubby jumpe masa krsus. Tapi tak pernah pon nak borak borak lame. Die jek yang gediks tegur ai.hahahahaha..Tapi aku suke jekkkkk... Ok, aku pon gedik jgk. Berkenalan, habiskan weekend same same. Dulu, pantang cuti.. pantang off day. aku tak pernah lekat kat umah. Midv, One utama, mana mana mall pon kteorg pegi jalan jalan, makan makan, tgk wayang, shopim shopim. Tapi sekarang, ko tgk laa..cuti jek aku kat umah. Sebabnyaaa, tak kuasa aku nak jalan bile peknen ni. Letih den.

Sept 2010 bertunang. Haha.. bile tgk pic tunang kan, bile tgk pic mmbe mmbe tunang. Arghhh, aku ase nak tunang lagi sekali. Zaman bertunang walaupun orang cakap banyak dugaan, tapi best! Sebab time tu lah ko bleh kenal die dengan lbh rapat, ko bleh kenal family die, kenal hati budi dia. Paling best, ko gunalah status tunang utk abiskan masa dengan dia..hahaha.. Ini taktik ok.

Jun 2011 kawen. Kikikiki., Masa bertunang, kiteorg tak rancang pon nak ikat bpe tahun, nak buat majlis bile. Rama makcik makcik cakap, lagi cepat lagi baik. Tapi aku n asben tak buat keputusan pon lagi masa tu. Cuma ade laa sembang sembang n fikir Jun mmg sesuai sbb cuti sekolah. Seingat aku, keputusan yang betul betul keputusan utk kawen dapat masa awal Januari. Haha..ko byg lah 5bulan jek ade nak buat persiapan. Tapi alhamdulillah, sume ok.

Feb 2012, aku menunggu kelahiran zuriat. Alhamdulillah, rezeki dari Allah tiada tandingannya. Aku berdoa agar segalanya baik dan ok.



haha, tgk mak buyong d sisi suami terchenta! :)

Lots Of Love

yaya..:P

Tuesday, January 31, 2012

8 bulan yang hebat !

Assalamualaikum..

Sedar xsedar, da lebih 8bulan aku kawin. Melayari bahtera rumh tangga, hidup bersama lelaki bergelar suami, menjaga makan pakainya, berkongsi cerita dan berkongsi segala galanya dgn dia. Bahagia? Tak perlu cerita, sebab setiap kehidupan yang kita lalui, susah atau senang..bila bersama yang tersayang, kita tahu di mana letaknya bahagia kita..:)

Putaran masa memang terasa cepat. Ye, aku sendiri sekarang menanti debaran bulan 3 utk melahirkan cahaya mata pertama. Rasanya, baru sahaja semalam fasa baru ( kawin ) berlaku. Dan hari ini aku lihat perut yang membesar dan di dalamnya ada nyawa yang tercipta melalui kasih sayang kami suami isteri.

Berkawan, bercinta, bertunang, berkawin.. fasa yang telah aku lalui dengan dia. Indah, setiap hari itu indah. Cinta itu membuat hidup lebih indah, lebih sempurna bila saling melengkapi. Kadang kadang, kita tak sedar, setap hari banyak benda yang merubah kita. Perkahwinan merubah aku. Kalau dulu, balek keje aku pikir pasal aku sendiri. Tak payah susah2 nak masak. Sekarang, macam dah ade jadual yang mendisiplinkan aku.. Balek keje, aku kna buat ini ini ini dan ini.. tapi aku tak boleh merungut atau rasa penat sebab semua tu dah jadi tugas atau lebih afdhal korang sebut tanggungjawab. Aku percaya, orang yang melaluinya akan lbih memahami..

Selama 8bulan, bukan tiada gaduh..tapi asam garam rumah tangga buatkan kami lebih memahami satu sama lain. Kalau dulu, tiap tiap malam tepon. Ko ingat sekarang macam tu? tidakkk.. Sebab hari hari da jumpa kat rumah. Bercakap melalui tepon atau jumpa berdepan yang ko nak?haha.. Sebab tu lah perkahwinan itu indah dalam islam..:)



rindu naak tgk badan macam ni balek!!! :P
 Kisah 8bulan yang banyak sebenarnya utk di karang. Tapi kalau korang nak tahu, cepat cepat lah bina kisah sendiri.hahhaa..

Eh, tu jek laa.. Bye!

Sunday, October 16, 2011

Teringin .

Assalamualaikum..=)

Pernah tak korang rasa xpuas hati dgn tindakan orang lain? Macam mana nak cakap yeh. Susah aku nak eksplen.. Rasa sakit hati, rasa menahan sabar, rasa geram, rasa sampai satu saat baik aku diam dari bercakap! Ok, better stop sini sebelum aku rase nak cite sume kat blog ni. Nanti jadi kontroversi.. *Ehem, ehem.. k.loges u jek faham..hahaha!

Sebab aku rase stresssssssssssss sgt dua tiga ari ni. Tapi aku xtau nak luah kat sape bagi pikiran aku tenang. . Walau da cite kat sape sape sekali pong aku rase xcukup. Aku rasa macam nak balek kampong. Eh, sebenarnya rasa nak pergi satu tempat ni.. macam menariks plak.. ade strawbery, tapi bukan cameron! Genting.. Da banyak kali bagi hint kat pak cik sayang, die boleh buat tak tahu jek.



gamba xde motif dgn entry.
 Ye, aku da kelaut buat entry, Ini kes jiwa kacau.

Tata peeps.

Cinta .

Assalamualaikum..=)


rasa yang wujud dalam hati.

Apa makna?

Boleh pudar?

Boleh berubah?

Boleh hilang?

Boleh sekadar berkata kata?

Boleh benci?

Boleh sekejap datang sekejap pergi?

Boleh?

Boleh blah.

Tata peeps!