CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 20, 2013

rindu

Assalamualaikum..

Rindu.

Ya, sangat rindu. Kalau lah masa boleh di putar kembali. Rasanya, keadaan sekarang bukan seperti ini. Itu cuma kalau.. Kalau hati sudah rindu.

Ibu.

Rindu padamu..

Kadang kadang aku cemburu tengok kawan kawan, blogger blogger update status pasal ibu. Sambut besday mak dorang lah, jalan jalan ngan mak dorang lah, yang paling paling cemburu bile aku tengok dorang komen lam fb ngan mak dorang. Tak mampu tahan cemburu ini.

Setiap kejadian itu ada hikmahnya, kite tak kan faham ape hikmah yang akan datang selagi kita sendri tak merasai situasi tersebut. Macam aku, aku memang anak bongsu. Tapi bukanlah manja sangat. Biasa biasa sajaaa. Keje umah memang aku tak tahu langsung nak buat. Masak memasak lagi lah. Yang aku tahu masa tu, goreng telur dan masak air. Selebihnya, mak dan kakak aku yang buat. Tugas aku adelah sikit sikit, aku sapu umah dan mop lantai. Tu jek laa. Dan mak aku pulak, kalau dia nak pegi dapur masak ke ape ke. Die tak panggil aku tolong pon, dia akan arah kakak aku kupas bawang, masak nasi, siang lauk. Aku ni relek kat depan tv jaga anak buah. Manja angaaatt itew masa tu.

Sebab tu lah selepas ketiadaan arwah mak, aku macam kena berdikari. Walaupon masa tu aku down, aku kena kuat semangat. Kakak aku yang masih belum kawen masa tu pulak dapat keje, ofcos la die balek keje petang kan. Aku yang balek sekolah ni lah masak. Masa tu aku form4. Biasenya, aku balek sekolah terus makan, ni tak aku balek sekolah aku kena masak. MASAK ok. Penatnya hanya Allah yang tahu. Tapi tak kan aku nak suruh abah masak pulak, abah pon da tua. Ilmu masak memasak aku masa tu kosong, tak tau ape pon. Abah lah yang ajar letak bahan tu bahan ni. Kalau abah tak tahu, aku akan call kakak2 aku mintak resipi. Begitulah rutin aku sampailah aku abis stpm. Sebab tu lah sekarang, resipi masak memasak aku di pengaruhi cara abah dan kakak kakak aku. Cuma lepas kahwin ni je aku tanya membe membe, selebihnya aku carik lam google. Itu lah hikmah die. Kalau aku tak rasa sendiri situasi tersebut, aku rasa sekarang ni aku masih lagi dibawah ketiak mak. Allah dah aturkan segala galanya.

Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah maha hebat.

Kawan kawan yang masih ada ibu, hargailah dan sayangilah mereka. Jaga lah hati ibu. Jauhkanlah diri kita dari menyakiti hati mereka. Kerana sakit itu kita sendiri yang akan rasa.

Semoga aku tak akan pernah lupa untuk menitipkan doa buat ibu dlam setiap sujud dan doaku.

Thanks reading kawan..:)

Tuesday, February 19, 2013

cerita berpantang.

Assalamualaikum..

Lama nyaa tak hapdet blog. Sikit rindu jugak nak menulis. Ini nak cerita pasal aku balek kampong raya cina aritu. Cuti seminggu, tapi rasa macam cuti satu hari. Cepat sangat berlalu. Geram haku. Dah la hujan tak boleh ke mana mana sangat. Attend dua kenduri, memang kalau cuti perayaan jek musim mengawan la tu. hahaha.

Kalau balek kampong belah suami jek, mesti aku teringat ingat kisah berpantang. Ye, saya berpantang umah mentua. Saya kan dah takde ibu, jadi ibu mentua laa yang jaga saya. Memandangkan anak aku adalah cucu sulong dalam family suami, jadi penjagaan tu special sikit. hihihihi.

Mak mentua aku memang jenis yang detail cikit dalam berpantang. Dia kalau boleh nak kita rilek, takmo stress, nak kita rehat. Tapi rehat macam mana sangat lah ngan anak kecik. Aqil ni pon berjaga malam jugak dulu dalam 2minggu. Bergilir lah aku dengan mak mentua. Tapi yang banyak jaga waktu malam, dia lah. Aku banyak tido. kahkahkah. Time Aqil nak menyusu jek die kejutkan aku sebab masa tu Aqil menyusu badan. Waktu siang pon, makmentua dan pakmentua aku memang banyak menolong. Bergilir gilir jaga. Yang tak best masa pantang cumalah sebab laki aku jauh. Tu jek. hahaha..

Sebelum makan, mesti pakai bengkung. Nak bagi perut kempis ok, tapi buncit jugak..sejak akhir akhir ni lah. Nasi memang penuh dalam pinggan sebab orang berpantang tak boleh nasi tambah. Letak banyak tu kalau tak habis takpe, cuma jangan menambah je. Nasi pulak, aku makan pagi petang malam. Haaa, jangan tak percaya. Itu lah rahsia kurus. kihkihkihi.. Betoi ni, bangun pagi pagi..aku bekfes air susu n biskut. Dalam pukul10 nasi with ikan bakar. Petang pukul3 pon nasi n malam before tido pon nasi. Acang ane tak muncit perut ni? Heh.

Time Aqil meragam, makmentua laa banyak membantu. Sampaikan, before balek KL naek keja..aku terpikir pikir boleh ke jaga Aqil sendiri ngan suami sebab selama dalam pantang asik terima bantuan je. Tapi alhamdulillah, Allah maha mengetahui. Dah 10bulan umo kesayangan aku tu. Boleh jek aku ngan suami jaga..:)


Sebab tu lah, tiap kali balek sane..aku mesti teringat kisah berpantang. Even da nak dekat setahun pon, masih terbayang bayang. Mana lah tahu, next year balek berpantang lagi ke. Tak pon, next next year pon boleh! Tungggguu.. bahahahha.. #inisemuapoyyo.


Ini lah wajah Aqil masa tu, lain kan dengan sekarang. Ye la, wajah baby berubah ubah. Masa ni die chubby sangat, kalau org datang tengok..orang mesti cakap anak ku macam 3,4bulan. Padahal masa ni sebulan kot.




Ini yang terbaru, dalam keta masa otw balek kolumpo dari kampong. Masih dengan gaya tidur die. Tangan mama memang pelindung mu sayang. Ceaa, nak tutup panas sebenanya tu. Boboboy masih peneman die. Cikit lagi aku rasa upin ipin plak. kuikuikui.
Eh, cukup la cerita berpantang. Ini sebab aku dok tgk membe berpantang la ni tibe tibe buat entry begini. Ke aku yang teringin berpantang ni? Harus laki aku jawab soalan ni. Hhehhehe *gelak manja

Pada aku, masa berpantang ni lah kita paling banyak sabar. Betul, kita sabar dalam melayan baby. Tambah plak kalau pengalaman pertama. Memang cabaran dan aku sangat tabik pada sape sape yang berpantang setahun sekali. Korang memang terbaik! Masa ni kite tak boleh solat, tak boleh banyak bergerak, makan berpantang, duduk bangun kena jaga. Kalo ko jenis yang cargas, pandai panda lah sesuaikan diri.

Baek lah, terima kasih sudi membaca..:)


Saturday, February 2, 2013

kerna kau adalah fesbuk!

Assalamualaikum..:)

Aku ni aktif kat fb jek. Twitter twitter ni aku buta skit. Ade jek akaun, tapi tak aktif sangat. Kalo nak follow bleh jek, kalo nakkk laa kan. Hahahaha, macam nak suruh follow jek kan, korang search laa ctyaya. Kompem jumpa punyeeee..:) Jangan lupe follow titewww tawww. Manje hangat ayat aku ni. Hahaha.

Eh, sebenarnya nak tulis ckit ni. Tadi baca status sorang budak (kot) ngah komen2 ngah cinta hati die. Hok aloh sweet sungguh ber mama papa bagai. Aku bukan nak mengata eh, aku cuma pelik. Mungkin bagi aku pelik lah, sebab budak yang masih sekolah bercinta pastu nick name mama papa. Heh. Giler tak geli aku baca. Memang la zaman aku lain, xde fesbuk, twitter. Yang ade pon myspace, friendster. Tapi aku takde akaun sume tu. Aku ni manalah ade kapel zaman sekolah. Aku comot, xde orang nak pon. Cuma ade orang kirim salam anta surat mintak no fon mesej pastu sekat sekat time kite tengah jalan pastu sebok panggil nama kita. Eh, melampau perasan. Jangan bikin aku menggamit kenangan lalu ok. Hahaha. Korang bayangkan, baru bercinta dah panggil mama papa, kalau dah kawen agaknya mesti panggil atok nenek. Seram aku dengar.

Adik adik yang bercinta, baek lah awak panggil mama papa kat mak ayah awak je. Bukan aku tak pernh bercinta. Yes, i do. Bukan jugak aku takde gelaran. Yes, i do jugak. Alah, setakat sayang sayang tu pedehal. hihihihi. Ni mama papa, melampau over sangat. Tumpukan pada pelajaran dulu. Tak kesah lah orang na cakap aku kolot pon, aku tetap rasa geli mat mat dengar budak sekolah kapel gelar diri mama papa. Bayangkan eh, kalau dorang bersembang :

''Mama, mama da siap keje sekolah''.
''Belum lagi lah papa''.
''Takpe, esok mama tiru keje sekolah papa je''.

Pfffttttt, mama papa buat keje sekolah derrrr. Okey, abis kesah tu.


Benda yang kedua ni, kerap jugak berlaku lam fb. Si isteri laa kebanyakannya kan, suka sangat update status berterima kasih kepada suami sebab belikan sesuatu. Yang aku hairan tu, tak boleh cakap depan depan ke? Ke laki korang ade kat london hong kong myanmar bosnia. Pastu, ciap pakej ngan upload pic. Ayat die macam ni ek, aku bagi contoh :

''Thanks hubby sebab belikan ayang kueh karipap"
" Thanks abang sebab beli telepon iponggggg5sssssss"

Ak macam, derrrr? kueh kariap pon nak tulis ke? Aku pernah tanya hubby aku, "kenapa eh dorang nak berterima kasih lam fb? die tak jupa laki die ke kat umah" Yang ni aku tanya bukan sebab perli, tapi sebab aku betul betul nak tahu. Laki aku cakap " bia lah dorang, jangan buat macam tu sudah". Fineeeee, kalau die tak cakap pon, aku tak terfikir lagi nak buat. Lagi baek aku tulis kat blog je. But so far, tak penah la plak aku tulis or tayang benda benda macam ni. Mintak mintak , aku tak terjebak. Laki aku depan mata, aku berterima kasih depan depan la senang. Dari mata turun ke hati. Dari hati, turun ke jiwa. Dari jiwa lah syang menyayang tu ade.


Tapi nak buat macam mana, kerna kau adalah fesbuk. Kau bisa update ape juga status. Kau bisa tulis apa saja. Pada reader yang baca blog ni, aku mohon jangan terasa ye. Ini juga peringatan untuk diri aku sendiri. Moga moga di jauhkan kita dari segala sifat tidak baik. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripada Allah swt, dan yang kurang itu dari kelemahan kita sendiri.

Renung renungkan, dan selamat beramal.

Thanks reading kawan..:)