CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 29, 2013

coti with aktiviti

Assalamualaikum..:)

Aku cuti panjang ckit kali ni. Bukan lah panjang mana , 3hari je. Tapi bagi aku lama laa tu sbb da biase cuti sehari jek kan. Jadi hari ni bukan penuh dengan aktiviti sangat pon. Gitu gitu jek. Janji tiap tiap hari dapat keluar. Hahaha. Nak jalan ajeee pompuan ni kan. Naseb laa hubby cuti + die turutkan sajeee ngada ngada wifey die ni kan. Bukan selalu, sebab aku cuti tak tentu tiap minggu. Peluang yang ade ni lah kita gunakan sebaiknya.

Korang gi mana? Mesti balek kampong, takpon bercuti tempat best best. Takpayah citelah, nanti aku jeles pulak.haha. Maklumlah, aku duk umah jek. Keluar pon kat kolumpo ni jek. Nak balek kampong setakat 3hari memang buat penat ngan anak kecik. Dulu dulu masa bujang lain la, cuti 2hari pon aku balek. Kate tambang freeee..hahaha..

nampak sangat mama awak lentok Aqil. Hahaha, ni keluar g bli barang dapor je, jadi kita bebas mekup.

Masa keluar ni, mesej girlfren nak jumpa sbb rindu, tapi tak reply msesej plak. Sedih tauk! hahaha. Girlfren aku baca blog ni, bia die tengok muka sedih aku ni  :(

haa tengok gaya seorang bos pandang kereta. Ada chance nak beli tu. Hahahaha
sume benda pon die nak makan. Berselera agaknya kan.

Second day, kami ke kenduri dekat dekat umah. Jadi, tak keluar gi mane mane la pagi tu sbbnye malas nak gi lambat kenduri, takut makanan habis. hahaha.. Melawak jek lah. Ingat aku hape, takde maknanya aku nak tercongok pagi pagi nak makan kenduri. Kami g dalam pukul3 sebab tunggu membe aku balek keje. Pic lupa nak snap sbb da lambat.

Habis kenduri, kita chalo keluar jalan jalan. Planning nak gi taman. Tapi sebab hujan. Makanya pusig pusing saja.

masa tunggu hubby lam keta. Tengok lah die, mana nak pakai cap sekarang. Nak ensem ensem ckit pon takmo.

die gelak sbb  masa aku nak snap pic, henfon jatuh. Lawak sangat lah tu ye!

nak tunjuk gg sebenarnya. ahahahah..

Done hari kedua. Kita sambung hari ketiga. Korang layankan je lah aku bercerita ni. Hari ketiga ni sebenarnya nak g nagoya kat rawang beli langsir. Masuk lam keta aku tukar plan g nagoya jalan tar. Sebenarnya malas nak g jalan tar sbb crowded bkn main. Plus susah parking. Heh. Tapi pergi jugaklah sbb keluar da petang, takot kang aku terlepas tengok #Setia Hujung Nyawa EP21. Hahaha. Itu jek alasannya.

teman hubby touch up keta.
Lepas settle langsir, gi teman hubby touch up keta ckit ckit. Aku ni asal boleh keluar jek la, gi bengkel keta pon aku layan kan ajeeee. Hahaha.. Ye la, da hari biase kat tempat keje kat uma. Hari luar biasa ( read : weekend ) kita kena lah keluar tengok dunia luar.

kite dukung adik. Eh, anak laa.. silap taip pulak. hahaha







Bila si kecik da mintak susu, itu petanda kna balek. Hahaha. Nak tido la tu, penat repair keta katenyaa. Kan gi bengkel tadi. huihuihui.

Itu saja.. thanks reading kawan.

Love,
yaya.

Friday, January 25, 2013

iolss dapat anak buah baru.

Assalamualaikum..:)

Yes, dapat anak buah lagi. Bertambah lah cucu abah dan arwah mak. Bertambah lah anak buah aku bermakna, bertambah lah bajet duit raya. Huiii, boleh bengkok ni. Naseb ramai anak buah yang da besar, maka..carilah ko duit sendiri..hehehe.

Okey, last weekend on 15jan, kakak aku bersalin. Anak die yang kedua, yang 1st hero n 2nd ni pon hero. Jadi, kakak aku harus kerja keras lagi untuk misi mendapatkan baby girl. Itu pon kalau masih larat. Eh, sensored. kikikiki.. Baby boy tu lahir pukul 0130hrs. Pagi buta kot. Alkisahnya, one day before which is 14jan tu kakak aku ade checkup kat spital. And after checkup die kna admit ward trus becoz of overdue da 2hari + air kencing ade protein. Ade protein pon berisiko weh. Ko ingat senang mengandung ni? Bawak nyawa dalam perut tau.

Die ade mesej aku masa admit ward tu. And aku just bagitau die, its ok..kalau da itu yang terbaik for her and baby xpe la kan. Mudah mudahan semua selamat. Malam tu dalam pkul 1230, aku mesej ag die.. aku tanya 'woi, lena tak tido kat spital'.. hahaha, prihatin sungguh si adik ni. Ye laa, aku teringat jugak masa aku masuk wad dulu sehari sebelum bersalin. Risau weh, duk pikir jek bila lah nak bersalin ni. Macam mana nak hadapi esok. Macam macam dalam fikiran. Dan kakak aku reply mesej aku ' tido apee, kat labour room ni'.. Perghh, mata aku yang ngantok terus segar. Cepat cepat balas mesej die, 'dah buka bape cm?'.. Tapiiiii, kakak aku tak reply mesej. Jadi, aku faham lah yang die mesti sedang menahan sakit. Aku cuma mampu berdoa semoga die kuat dan selamat dengan baby. Alhamdulillah, pukul 0130 aku dapat mesej dari die 'da selamat bersalin'. Thanks ya Allah.

inilah baby comel saya. Eh, baby comel kakak saya.

Kakak aku yang ni jenis kuat semangat, paling berani, jenis yang hadap je ape yang datang dan paling penting die garang! Grrrrr. Okeyy, baby comel ni namanya Muhammad Afiq Dhamir. Selamat datang ke dunia sayang! Semoga jadi anak yang baik, soleh dan menyayangi ibubapamu. Im your cik sue. hehehe. Nanti kite beli baju utk awak eh. Mama awak mesti over mintak kita beli baju mahai mahai. Budak tecik macam awak pakai ape pon nampak ensem jek. Kan kan kan.

Thanks reading kawan..
Ct yaya..

Tuesday, January 15, 2013

satu perubahan, atau pengalaman?

Assalamualaikum..:)

Aku ada baca satu note ni kat fb dan aku nak sangat share ngan korang semua. Mungkin aku kerap sgt up entri pasal anak, pasal perasaan jadik ibu, pasal Aqil. Tapi ni lah yang aku nak share ngan semua. Pada si bujang bujang, mungkin anda belum merasai lagi. Tunggu, one find day..korang akan hapdet blog hari hari pasal anak. Pada si ibu, mengaku lah yang list di bawah pernah anda alami.

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


Ok, mari kita buat sedikit ulasan. (#kalau ayat aku ada ciri ciri bahasa melayu yang baik utk entri, sila bagi tepukan) Memang, kekuatan tu datang tanpa sedar. Ia datang masa dalam labour room lagi. haaa.. masa nak bertarung nyawa melahirkan anak, percayalah segalanya dengan usaha tenaga sendiri atas sokongan doc, nurse dan suami di sisi. Memang rindu masa mengandung, rindu masa bercakap dengan baby lam perut. Rindu menyebut kalimah Allah sambil mengusap perut yang boyot. 

Kalau pasal tak payah kunci jam, part ni aku memang jarang guna. Sebab aku selalu kunci jam, anaknda aku bukan jenis yang mnyusu malam. Before tido dan kalau die terjaga nak menyusu pon sekali sahaja. Itupun bukan tiap malam. Bagus kan? hahaha.. Yes, lebih menghormati dan menghargai ibu bapa sebab akan terdetik dalam hati ' besarnya pengorbanan mereka menjaga kita'. Kalau anak tak sihat, aku rasa..aku yang menangis, padahal aqil rilek jek main main dengan aktif. Aku da ade anak buah yang ramai, jadi aku dah terbiasa basuh dorang punya poo poo, so..no worries! 

The best part is, bila kita dapat menenagkan anak yang sedang menangis. Sumpah bangga. Bila hanya kita yang dapat menenagkan dia. Masa mandi yang singkat pon aku alami sekarang. Haih, kalau ddulu mau setengah jam. Sekarang ni, asal dapat mandi je lah. Kadang tu, tengah mandi pon aku terjerit jerit pangil 'adik, adik'. Bile bunyi suara anak tu, ok laa..

Secara peribadi, hari hari yang berlalu tu indah. macam sekarang ni, tup tup dah nak masuk 10bulan kot anak aku. Kalau keje pagi, aku nak cepat cepat balik, ambik anak kat umah babyssitter. Habiskan masa dengan die sampailah aku dodoikan die utk tido malam nanti. Kalau keje petang, dah balik malam tu cepat cepat nak sampai umah tengok anak. Bile die dah tido tu, peluk cium die ketat, kalau die terjaga, paksa suami tdokan anak balek sebab aku nak mandi, makan sume.. hahaha, ayah die jugak jadi mangsa. :P Tapi , laki aku selalu cakap.. ape yang penting, kerjasamaaa.. tolong menolong hokeyy.

Tak kira lah macam mana hari hari yang korang lalui, sila lah hargai sebab di sini bermulanya memori. 

Thanks reading kawan..:)



Thursday, January 10, 2013

AJL


Assalamualaikum..)

Haa.. korang tengok tak? aku harus laa tengok, ciap req mintak keje pagi lagi ngan bos. Kenapa? sebab Black masuk final weh.. Ahkak memang suka abang black korang ni.. phewww, suara memang sangat laa power. Aku memang suka orang black black ni, bukan merujuk pada suami sendiri ye. Suami aku putih, mata ke atas. hihihihi..

Tapi, black xmenang. Sekadar dapat persembahan terbaik. Takpe lah, mungkin juri juri lebih tau dan lebih arif pasal muzik. Dats y dorang bagi juara kat yunalis zarai dengan lagu santai selamba slow die tu. Heh.
Sokay Black, next year cuba lagi. The best part is masa die nyanyi sambil duduk, arghhh..jatuh cintaaaaaa..dengan kerusi tempat die duduk tu.. huihuihui..

Shila Amzah? Naseb tak menang.. Dan Hafiz, vokal lu memang terbaekkkkkk bro! Terbaekkk gilak.. tahun depan tak payah bertanding eh, bagi peluang kat orang lain plak. Tak pon, lu nyanyi lagu santai macam yuna, kompem tak menang vokal terbaik. Tapi tahun ni die behave ckit sbb pakai sut naek pentas. Lat year tracksuit je, yang penting vokal mantappp.. #aku da macam pengkritik plaks.




Wednesday, January 9, 2013

Aqil 9month!

Assalamualaikum..:)

Seingat aku, aku tak pernah buat satu entry details sgttt pasal anak bujang aku. Jadi, aku teringin nak bercerita pasal dia hari ni. Boleh kan? Korang cakap tak boleh pon, kesah plak aku! hehehe..

Kejap jek masa berlalu, Aqil dah 9bulan. Lagi 3bulan, cukuplah usia die setahun. Sudah 9bulan die membahagiakan aku dan suami. Sudah 9bulan kami menjaga dan membesarkan die. Sudah 9bulan, melihat kerenah dan telatah die. Sudah 9bulan Aqil bersama kami. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Sakit melahirkan die masih terasa, seronoknya mengandungkan die pon masih lagi ada. Die peneman duka dan lara. Percayalah, masa aku menulis entry ni, si kecik ni ade di sebelah aku di ulit mimpi indah sambil peluk boboiboy die. hahahaha..

Ok, bile da 9bulan ni macam macam yang die da boleh buat. Secara amnya laa kan, da boleh pegang botol susu sendiri. Tapi, die malas sangat. Asek nak aku pegangkan jek. Aku paksa la die pegang sambil aku tengok tengok kan takut tersedak. Ni mesti ikut ayah die ni. hahaha.. Kalau naek walker, memang laju tak hengat. Dalam umah ni celah mana yang die tak pegi. Feveret die, almari mekup aku. Macam macam die boleh amek.haishhh.. penat nak kemas! Bile menyusur tarik badan, die suka tarik laci rak tv. Memang suka meneroka anak aku ni. Tengok kartun no1 ok! Esp, upin ipin. Die boleh tergelak sampai memeranjatkan aku ngan hubby. hahahah.. Kalau nak tidokan die, memang kena pegang tangan. Yang ni, ikut genetik aku kot. kikikiki..

da pandai gelak tgk camera, baguslah ikut stail mama.. pheww..:)

Anak bujang aku ni, pas demam aritu memang badan die nampak susut ckit. Panjang die ok and die memang boleh d kategorikan baby panjang (tinggi). Gigi da tumbuh 5 batang. 3 kat atas, 2 kat bawah. Gigi ke6 macam da nak tumbuh kat atas. Aku berkira kira ni, baby macam Aqil boleh gosok gg tak? If perlu la kan, aku da kena stat gosok gg die tak? Da ajar die berjalan, masa kat umah ke, masa keluar gi taman ke..aku da ajar ckit ckit. Nampak macam belum boleh lagi, aku syak Aqil ni takut nak jalan. Takpe, usaha tangga kejayaan. Da boleh sebut ma ma ma ma.. HAHAHAH.. yang ni aku teruja giler! Masa nak msauk 8bulan macam tu die stat sebut ma ma ma ma. Alhamdulillah.  Kalau nangis nak mintak susu pon ma ma ma, kalau nak aku dukung pon ma ma ma. Mana mana lah sayang, yang penting awak sihat ye!

si ensem saya! :)

Berat sekarang 8.9kg. Walaupun die makan banyak jugak, tapi takde lah naek berat macam dulu. Ye la, da besar kan, pusing sana sini. Menyusur sana sini tarik badan, memang akan susut lah berat die, kata orang tua tua. Sape taknak anak montel kan, tapi selagi die sihat..tu dah cukup. Kalau belikan die mainan, die main laa selagi belum boring. Main cara die adelah masukkan mainan ke dalam mulut. Contohnya,

hahahaha, telepon zaman tok kaduk ni memang dah jadi mainan kesayangan die tau. jangan main main.

last weekend kami ke lake garden! hahaha.. eksyennn naek buai.  Nampak tak gg saya? gigit kang..

Haaaa..yang ni memang tak leh blah. Suka sangat gigit orang. Kadang aku tengah dukung, die boleh gigit bahu aku. Bile aku menjerit sakit, die gelak. Bile aku buat buat nagis, die pon same nangis. Macam lah aku yang gigit die. Time pagi, die nak kjutkan aku tido ke.. die akan tepuk tepuk badan aku dengan bunyi ma ma ma die tu. Kalau au tak bangun jugak, memang aku nak kena gigit dengan die lah. Hai laaa anak, naseb anak kan.

masa kat seremban. kejap jek ni die dalam baby chair. pastu mintak riba, die boleh dok diam kalo ko bagi die pegang barang, mainan ke. nak jugak mainan.. hahhaa..
paling suka naek keta. Asal naek keta jek mesti die bising bising  macam bercakap. Seronok  n kaki jalan ni.

abaikan perempuan selekeh tu. kat parking lot ikea.. jadik kite takpayah dukung die..kite ajar die berjalan.. heheh..
Begitulah kisah anaknda saya, selagi kudrat saya dan suami masih termampu utuk memberikan terbaik untuk die, selagi itu kami berusaha. Aqil, you are precious for us! Aqil make a love stronger, the day shorter, the nights longer, saving smaller (hahahha) and a home happier! Happier ever after. In shaa Allah.

Thanks reading kawan..:)

Saturday, January 5, 2013

dinner.

Assalamualaikum..:)

Bile korang tengok tajuk dinner tu, jangan lah anggap aku nak poyo tunjuk masakan aku bagi korang sume terliur. Tidak. Ni haaa, dinner kat luar jek. Korang tak tahu ke aku rajin masak? Hahaha.. Cume aritu jek aku skip masuk dapur. Itu normal sbb asek makan masakan sendiri jek. Heh. Alasan lagi.

Kteorang 3beranak ke tempat makan ni nama ape entah lupe laa fulak. Kat area sentul sane. Alah, yang meja makan ade pondok pondok korang nak bersila pon boleh sambil menikmati pandangan lampu neon. Kami sukeeee tempat ni. Masakan die bestttt. Dari zaman bercintaaaa lagi kami suka makan kat sini. Kalau nak tau nama restoren ni, pegi laa carik sendiri kat sentul tu.

jangan laa ingat aku makan kenyang2, bagi laki aku jaga anak.tidak sama sekali. kami makan sama sama dan anak kami main di pondok ini. hehehe..

Aqil da nak tido tu, tapi naseb boboiboyy aku jenis yang tak menangis kuat2. merengek biase jek, kalo pujuk ok laa die.

makan utk 2orang jek tapi berpinggan pinggann.

si gagah, macho, kacak, ensem, itam manis sayaaa..hahah.. jgn harap la die nak senyum. Naseb Aqil da ikut mama gelak gelak depan camera..hiksss

masa ni orang kat tepi tepi da tunggu kami blah sbb xde meja. tapi aku menggediks amek pic lagi.. hahaha
korang ingat senang ke nak pakai tudung bawal dgn anak kecik ni. Ni time aku pasrah je ni aku pakai. hahaha..

Setiap saat, masa yang berlalu jika bersama mereka terasa bahagia. Ini bukan jiwang, ini ikhlas. Suami dan anak dunia saya..:)

Thanks reading kawan.

Friday, January 4, 2013

Selamat Datang 2013.

Assalamualaikum..:)

Holohh holohh korang ni sweet sangat lah. Tunggu makcik hapdet ye? kikikiki..Bile aku tengok kat overview ni..macam ade orang masuk jek tengok blog iolss. Tertunggu tunggu letteww. Alhamdulillah, terima kasih sebab setia menjengah. Da dekat sebulan lebih aku tak hapdet. Banyak alasannya ni. Kisah bersambung sambung. Aku balek kampong almost seminggu, pastu cbuk layan adam hawa sampai episod sekarang. Al maklumlah, sudah ketinggalan. Tak payah nak bagitahu, kang aku tak hapdet kanggg. Then, anak demam. Lepastu cuti lagi 5 hari. Cuti ni kat KL jek, spend time yang betol betol berkualiti with hubby n son..:)

Oh, lupa plak. Selamat Tahun Baru. Sama sama kita hargai 2012 dan kita mensyukuri kesempatan yang diberi untuk bersama sama di tahun 2013. Asal tahun baru jek mesti nak tanya azam kan? Hmm..aku ni tak de azam. Dan rasanya tak perlu berazam kot. Cukuplah aku berdoa agar hari hari mendatang membawa kebahagiaan dalam hidup aku, suami dan anak kami serta bakal bakal bakal anak kami. Hahahaha..ade niat tu! Berdoa di beri kesihatan yang baik dan hidup kami di lindungi Allah dari perkara yang tidak baik.

Macam mana dengan tahun 2012 korang? Biasa laa..setiap tahun ade perkara manis, ade juga kenangan pahit yang dah kita lalui. Tapi percayalah, kalau korang masih kuat dan bertahan sehingga hari ini Maknanya, untuk hari hari akan datang, kita akan jadi lebih kuat. Kebahagiaan dan kesedihan, bagi aku dua dua adalah cabaran. Ye, di beri kebahagiaan untuk menguji sejauh mana kita mampu bawa bahagia. Di beri kesedihan juga untuk di uji sejauh mana kekuatan kita. Biar lah, kerana di situ lah terletak pahala kita.

Eh, da macam penceramah ala ala suam suku jek aku menulis malam ni ye.Huihuihui. Same goes to me, tahun 2012 lah aku di kurniakan anak sebagai pelengkap rumah tangga. Bahagia, tersangat bahagia. Sepertinya status seorang wanita sudah lengkap. And becoz of dat, 2012 sangat bermakna untuk aku. Moga moga duaributigabelas juga yang terbaik utk kita!

With Love,
Ct yaya.