CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label hubby. Show all posts
Showing posts with label hubby. Show all posts

Saturday, March 23, 2013

kisah semalam.

Assalamualaikum..:)

Memang betul ni, kisah yang terjadi semalam.

Aku keje pagi semalam, jadi waktu keje sampai pkul3. Dah keluar ofis tu baru teringat nak tgk fon. Lorr, abis betri rupenya. Jadik, kite on balek. Ade mesej misscalled dari abah. Sambil beli tiket lrt, aku pon call abah. satu deringan, dua deringan.. Ok, abah dah angkat call.

(Perbualan anak dan abah berterusan)..
'Abah sihat tak ni? Dah makan?
'Abah dah makan, tak sihat sangat, abah macam takleh jalan, sakit lutut.
( Fineeee, kalo dengar abah cakap macam ni memang suara sendiri akan bergetar)
'Abah jangan laa buat keje sangat. ( itu je aku mampu cakap)
'Kalo abah tak buat, sape lagi nak buat'..
'Abah, nanti call lagi eh..tren da sampai'..

Titik.

Memang manusia yang bernama ct yaya ni cengeng.

Tren belum sampai, aku terpaksa cakap macam tu sbb sedih. Sedih memikirkan keadaan abah di kampong. Laju laju mesej suami..

' Sedih.. tadi call abah, abah cakap xsihat xleh jln sgt.. lutut abah sakit..'

Dan suami aku takbalas mesej sampai aku balek umah selepas amek aqil dari umah bby sitter. Argghhh..die mmg bizi laa tu, aku fikir sendiri. Tapi kenapa tak reply. Tunggu sampai petang takde sebarang mesej dari die. Fineeee..

Ct yaya, awak boleh start merajuk sekarang. heh!

Dan cintahati balek keje lambat. Selepas aku siap sembahyang maghrib, die baru balek. Aku keluar saje dari bilik, die bersuara..

'Minggu depan amek cuti, kite balek tengok abah ye..'

Okeyyyy, simpan laa merajuk kau dalam poket seluar ct yaya! Hati aku tersenyummmmmm.. Dalam hati, terima kasih suami. :) Die memang begini, takreply mesej bukan bermakna die tak amek tau. =,=

Inilah kisah semalam aku bersama dua lelaki kesayangan.

Abah tu kuat semangat, dah dekat 4tahun lebih duduk kat umah tanpa anak anak selepas aku mencari rezeki kat sini. Yang menemani die, anak buah aku laa. Nasib baik ade dorang. Kuranglah sikit sunyi, dan abah takboleh dengar anak anak cakap nak balek kampong. Die akan call bertanya benda yang sama. Salah satu sebab dia call aku semalam, sebab tu lah.

Suami aku memang begitu. Taksuka mesej. Suka terus call. Kalo tanya, kenapa takreply mesej.. jawapan die meeting. Dan jawapan aku.. meeting, meeting, meeting! Takboleh cite banyak pasal die, sebab die baca blog aku secara senyappp.. aku malu dan malu. Bile aku tengok die baca, die nak cover kantoi tu die cakap ' gambar saya pon ade dalam ni'.. heh! Sape suruh jadik suami.


Anak saya dah boleh jalan. Da dekat seminggu lebih. Die suke sangat berjalan menuju ke rak tv. Salah satu sebabnya, sebab boleh memanjat.


Betul lah tu, memang mama die tengah tengok primadona. Jadi, cerita semalam adelah kisah aku bersama tiga lelaki kesayangan. Abah. Suami. Anak. Terima kasih kerana menjadikan aku seorang anak. isteri. mama.

Doakan abah aku sihat ye kawan..:)

Thanks reading.


Saturday, March 9, 2013

Port Dickson.

Assalamualaikum..=)

Malam malam jugak yang aku nak hapdet. Anaknda sedang dibuai mimpi indah, kekanda suami pula ke gelanggang badminton. Jadinya, aku ke gelanggang blog laa jawabnye. Hehehe..

Ok, minggu lepas. After attend wedding farah and saufi kat seremban. Kteorang, aku n family with kak wana  ( ofismate ) and family g pd. Sajer..untuk percutian yang makan masa tak sampai satu hari.. hehehe.. Plan nak g pd ni dah lama, tapi aku dan kak wana jek laa yang plan. Laki masing masing folloow we olls jek la. Menurut arahan sungguh. Gerak dari seremban pkul2 lebih kot. Sampai dalam pkul3. Carik port yang best nak berkumpul sambil mandi manda. Bersemangat sebab bawak tikar sekali.

Ini adalah pengalaman pertama Aqil. Aku plak yang teruja nak kenalkan die pada pantai. Sampaikan masa die tido,  aku nak kejutkan die bangun tengok ombak. Ehem ombak rindu. Tapi sayang sekali, anak aku takut tengok ombak. Hahahah.. bile air datang jek macam nak nangis. Nangis plak, nangis manja.. Apakah? Jangan aqil feeling ombak rindu sudah.


Masa baru sampai, tengok die punye excited. Tak pernah rasa angin pantai kennn.. bile sepoi sepoi bahasa kena kat muka sambil berkibaran rambut die.sukeww letteww..


Ni duk depan pantai sambil makan buah. Memang pic aqil jek yang banyak.


Die lagiiiiii.. konon tak nak pandang camera. Baek laah, kalo gitu mama letak pic kita berdua plak. hehehe..


Aqil, sile jelaskan stail posing ape yang awak buat ni? hehehehe..buat lah macam mana pon, comel jek kat mata mama mu ini..


Ini dua orang puteri kak wana. Damia n Danisya.. Yang si Damia tu, mulut die..cerdik sungguh. Masa kteorg mandi pantai, die suruh tendang air.. maksud die, bile die tendang, ombak pantai tak datang laa kat kite.. Hahaha.. Yang nak tergelak time air pantai masuk mulot die.. kahkahkha..


Comey nye laa anak perempuan kan..:) Danisya ni pemalu ckit. Lama lama baru die nak sembang dengan aku..


Aku ngan kak wana dah siap gi tukar baju nak mandi. Asben kak wana da selamat mandi dah pon ngan Damia kat pantai. Baru jek 10minit aku main air, basah takat kaki jek. Hujan turunnnnn.. Alangkah kuciwaa aku sebab kalo aku sorang, aku mandi jek. ini bersama Aqil..takut anak demam. Naek lah kami ke tempat berteduh. Asben aku tengok hujan, terus die takmo tukar baju. Baek, kalo taknak tukar baju..jaga Aqil ye. Hehehe.. Jadik, aku pon tidokan Aqil dalam stroller die. Elok aqil tdo, hujan pon benti. Yahoooo.. moh kite berendam.



Ayah tengok awak ye. Mama enjoy kat pantai kejap ok! :) Act, hujan takdelah betul betul berhenti. Still rintik rintik. Tapi gian nak mandi pantai punye pasal, aku ngan kak wana di temani Damia mandi lah sepuasnya. Danisya plas asben kak wana jaga. Haaaa..elok lah suami jaga anak kejap. kikikikiki..




Ini bile Aqil da bangun. Amek die kejap wat main main air di temani Damia. Asben tukang snap pic..ehehe.. Damia ni sporting giler, ko cakap jek jom Mia kite g pantai..terus die follow. :)
Aqil takut, bile letak je die takmo. Ko agak gak dukung die, ok laa jugak.


Ini lah gaya ibu beranak dua. Hahahaha.. Eh kejap, sebenarnya ni gaya seorang kakak melayan adik adiknya.. muahahaha..


Ngeh3.. Kalo laa tak hujan, malam kot baru naik tukar baju n balek.. hihihi

Di sebabkan tak puas mandi pantai, aku rase kena buat perjanjian lagi sekali ngan asben ni. Harus aku pengaruh die suruh bawak lagi sekali g pantai. Boleh berendam tiga beranak.. hahaha.. Dan akan ku pastikan Aqil sudah tidak takut sama air waktu itu.. hekhekhek.. Pkul7 gerak balek dan aku telah mengambil langkah bijak dengan meminta asben ke Seremban. Ehem ehem. hihiihi..:)


Senyum.. Semoga Allah berkati perjalanan hidup kami..:)

Itu saja cerita aku.. Thanks reading kawan.

p/s: entry ini adalah di tulis semalam, tetapi publish hari ni. =)

Thursday, March 7, 2013

Majlis bertandang #wedding

Assalamualaikum..=)

Ye, korang tak silap langsung baca tajuk. Memang aku nak cerita pasal majlis bertandang aku pon. hehehe. Giler lame kan. Tapi itulah hakikatnya, bulan Jun ni cukuplah dua tahun kenangan tercipta. Begini, majlis bertandang ni kiteorang tak hired photoghrapher pon. Membe suami den yang bermurah hati dan berbaik budi nak ambik pic kiteorang. Jadi sudah jimat di situ.

Untuk pengetahuan korang, gambar gambar ni sume aku baru dapat bulan nov tahun lepas. Ye, sekali lagi korang tak salah baca. Aku kawen Jun 2011, dapat album majlis bertandang Nov 2012. Terbaekk sangat. Hehehehe.. Membe laki aku ni cikgu, mengajar pulak nun jauh di Sabah. Jadi, kena lah tunggu cuti sekolah baru balek Kelantan. Nak pulak die balek kg, time aku tak balek kg. Acaner nak jumpe utk amek pic? Heh. Tapi, sabar tu separuh daripada iman kan. Walaupon lambat dpt tengok, tapi puas hati. Alhamdulillah..:)


Kita mulakan dengan gambar ini ya. Haaa..inilah meja makan beradab. Masih terbayang lagi aku makan malu malu di sini sambil menonton silat di depan mata.


Ini da duduk dalam bilik penganti dah pon. Bilik ini adalah hasil tangan sendiri oleh jiran tetangga. Sepakat sungguh dorang tolong menolong. No need butik pengantin.


Aku masih malu segan dan kekok nak bergambar. hewhewhew..:)


Less is more, simple is better. Baju sendiri, cuma mekup sahaja yang di andam oleh mak andam secara free. hehehe..=)


Baju cinta hati juga adalah sendirian berhad. Tiada penaja yang sudi menaja. hahaha


Wit kazen sista. Adik sepupu saya.


Ini adalah maksu saya with his doter. Adik aisa yang sihat.


Masa outdoor photoshoot.







Jangan tengok lama lama pic ni yeah. Saya malu. 




Lokasi photoshoot adalah saya tidak pasti. Lokasi pertama di air terjun ape entah. Dan lokasi kedua di restoren terapung.

Takpelah walaupon lambat dapat tengok pic majlis bertandang ni kan, sebabnya aku puas hati dengan kerja membe laki aku ni. Okey jugak kan. Lagi 4bulan, cukup dua tahun hidup bersama. Ini pon bile tengok gambar, rase macam baru semalam jek jadi. Tapi itulah realiti. Masa semakin pantas berlalu, sebab tu lah kita kena menghargai setiap saat yang berlaku. Pahit manis, hitam putih kehiduan di tangan kita. Kita juga boleh tentukan hidup kita. Buatlah pilihan yang terbaik. Pilihlah pasangan yang baik juga..:)

Ingat ya, jodoh di tangan Allah. Bersyukur dengan jodoh kita. 

Untuk suamiku, kita saling melengkapi. ehehe (malu giler nak tulis ayat jiwang kat sini) ngeg ngeh ngeh.

oK bai. Thanks reading kawan.

Saturday, January 5, 2013

dinner.

Assalamualaikum..:)

Bile korang tengok tajuk dinner tu, jangan lah anggap aku nak poyo tunjuk masakan aku bagi korang sume terliur. Tidak. Ni haaa, dinner kat luar jek. Korang tak tahu ke aku rajin masak? Hahaha.. Cume aritu jek aku skip masuk dapur. Itu normal sbb asek makan masakan sendiri jek. Heh. Alasan lagi.

Kteorang 3beranak ke tempat makan ni nama ape entah lupe laa fulak. Kat area sentul sane. Alah, yang meja makan ade pondok pondok korang nak bersila pon boleh sambil menikmati pandangan lampu neon. Kami sukeeee tempat ni. Masakan die bestttt. Dari zaman bercintaaaa lagi kami suka makan kat sini. Kalau nak tau nama restoren ni, pegi laa carik sendiri kat sentul tu.

jangan laa ingat aku makan kenyang2, bagi laki aku jaga anak.tidak sama sekali. kami makan sama sama dan anak kami main di pondok ini. hehehe..

Aqil da nak tido tu, tapi naseb boboiboyy aku jenis yang tak menangis kuat2. merengek biase jek, kalo pujuk ok laa die.

makan utk 2orang jek tapi berpinggan pinggann.

si gagah, macho, kacak, ensem, itam manis sayaaa..hahah.. jgn harap la die nak senyum. Naseb Aqil da ikut mama gelak gelak depan camera..hiksss

masa ni orang kat tepi tepi da tunggu kami blah sbb xde meja. tapi aku menggediks amek pic lagi.. hahaha
korang ingat senang ke nak pakai tudung bawal dgn anak kecik ni. Ni time aku pasrah je ni aku pakai. hahaha..

Setiap saat, masa yang berlalu jika bersama mereka terasa bahagia. Ini bukan jiwang, ini ikhlas. Suami dan anak dunia saya..:)

Thanks reading kawan.

Thursday, November 22, 2012

hujung minggu.

Assalamualaikum..:)

Last weekend on saturday aku cuti, jadik alang alang da cuti hujung minggu yang sememangnya susah jugak nak dapat..marilah kita manfaatkan bersama keluarga. Hmmm, orang key el panggil riadah
( la sangat kan )..hewhewhew..

Lepas abis tgk cite Mann kat tv3, laki aku ajak keluar. Bila tanya nak g mana tak jawab. Ye laa, makcik nak jugak pakai senonoh ckit ikut tempat yang die bawak kan. Pakcik korang jarang ajak keluar sejak ade anak, lagipon Aqil kecik lagi. Kami keluar bile perlu. Kadang kalau aku nak shopping ke ape, aku g ngan mmbe..takpon tinggalkan Aqil kat bb sitter, dating lah kami laki bini..hahaha. Bukan taknak bawak sebab susah, tapi aku rasa kesian. Kecik kecik lagi da usung ke sana ke mari. Tak sanggup aku, for me..bile die da bleh berjalan and da boleh rasa excited keluar jalan jalan..akan aku bawa ke mana sajaaaa..:)

Kalau baby ko masih merah merah ko bawak g jenjalan makan kat kedai shopim kat mall konon konon nak ukur baju mana sesuai ngan anak..memang takkk laa! Anak ko taktau ape pong nak pilih baju macam mana sesuai ngan diri die, anak ko pon bukan bleh dduk atas kerusi meja makan sekali minum ais makan kepci pizza bagai. Takde nyeeeee.. Aku cakap begini bukan kate aku tak pernah bawak Aqil, aku bawak die makan kat kedai, tu pon singgah pas balek dari umah kakak aku. Bawak die shopim tu pon sekali. Alaaa, setahun dua nnti pandai laa anak ko ajak ko plaks.

Terrrbebel plaks. Jadi, moh ler kite ke Tasik Perdana. Jalan jalan amek udara petang. Pekenalkan Aqil pada sesuatu yang baru..hewhewhew.. Biasa amek udara petang round2 keta jekkk.. Kali ni kita pusing satu tasik, lenguh kaki kottt..


aku pong xingat ape yang die seronok kan tu.


kate orang, sederhana itu indah.. tapiiii, indah ke? muehehehe..

errr, sendiri snap pic..begini lah jadinya..huihuiui..


pendukung yang setia.. mama nya jalan lenggang kangkong sajeeee..
 Begitulah masa kami.. sekejap jek pong datang cni, cuma habiskan waktu petang dengan hanya KAMI BERTIGA.. hihihihihi..:) Pic yang di tayangkan hanya ini, yang laen..sudah cukup sudah. Qualit time is only with both of you. Its wonderful time: hours minute n second actually.

Thanks reading kawan.


Tuesday, February 14, 2012

03022009 - 03022012..

Assalamualaikum..

Hai, kite cuti arini. Boring boring kat umah baru rase nak hapdet. Itu pong kena paksa diri. Ni anak dalam perut lagi, kalu da bersalin kang..blog rejek terus! hehe..

Ohh, tengok tak tajuk kat atas. Ye laa, mmg tarikh da luput. Today 14hb alreadi. Tapi aku nak story ni. Kisah cinta..auwww..:P Gediks jek kan. Actually nak hapdet on dat day, tapi aku bizi laa dgn majlis kahwin abang aku kat belah pompuan. Kat gemas sane. Itu pnye cite nanti kali lain aku  stori..

03022009 - 03022012.. ye, 3tahun yang mencipta kenangan! 2009 kenal, 2010 bertunang, 2011 kaweeeenn..and lastly 2012, aku menunggu kelahiran baby. Cepat kan masa berlalu. Terlalu cepat. Samapi aku sendiri tak percaya, dah 9bulan aku kawen. Padahal masih terasa lagi aku tengah buat persiapan kawen ngn asben.

Aku ngan hubby jumpe masa krsus. Tapi tak pernah pon nak borak borak lame. Die jek yang gediks tegur ai.hahahahaha..Tapi aku suke jekkkkk... Ok, aku pon gedik jgk. Berkenalan, habiskan weekend same same. Dulu, pantang cuti.. pantang off day. aku tak pernah lekat kat umah. Midv, One utama, mana mana mall pon kteorg pegi jalan jalan, makan makan, tgk wayang, shopim shopim. Tapi sekarang, ko tgk laa..cuti jek aku kat umah. Sebabnyaaa, tak kuasa aku nak jalan bile peknen ni. Letih den.

Sept 2010 bertunang. Haha.. bile tgk pic tunang kan, bile tgk pic mmbe mmbe tunang. Arghhh, aku ase nak tunang lagi sekali. Zaman bertunang walaupun orang cakap banyak dugaan, tapi best! Sebab time tu lah ko bleh kenal die dengan lbh rapat, ko bleh kenal family die, kenal hati budi dia. Paling best, ko gunalah status tunang utk abiskan masa dengan dia..hahaha.. Ini taktik ok.

Jun 2011 kawen. Kikikiki., Masa bertunang, kiteorg tak rancang pon nak ikat bpe tahun, nak buat majlis bile. Rama makcik makcik cakap, lagi cepat lagi baik. Tapi aku n asben tak buat keputusan pon lagi masa tu. Cuma ade laa sembang sembang n fikir Jun mmg sesuai sbb cuti sekolah. Seingat aku, keputusan yang betul betul keputusan utk kawen dapat masa awal Januari. Haha..ko byg lah 5bulan jek ade nak buat persiapan. Tapi alhamdulillah, sume ok.

Feb 2012, aku menunggu kelahiran zuriat. Alhamdulillah, rezeki dari Allah tiada tandingannya. Aku berdoa agar segalanya baik dan ok.



haha, tgk mak buyong d sisi suami terchenta! :)

Lots Of Love

yaya..:P