CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, March 12, 2014

Boyfriend i tajuknya.

Assalamualaikum.. =)

Kisah dan situasi.

Kisah 1.

Isnin lepas asben dan Aqil pickup aku kat ofis. Masuk dalam kereta, aku sembang ngan aqil.

" anak mama dah makan?"
"akan" (makan)
"makan ape? , makan nasi eh"
"mam acik" (makan nasi)
"makan banyak ke sikit"
"nyakkk" (banyak)
"makan sendiri ke ayah suap"
"shuaapp" (suap)

Masa dia jawab sume yang aku tanya, aku sendiri pon tak sangka. Die belum cukup 2tahun kot. Lepastu pulak, bukan setiap masa dia jawab macam ni. Mungkin dia ikut mood dia. *positif* hahaha.

"Adik, ari ni adik duduk ngan ayah best tak"
"Beshhhhh" (best)

Terus kembang hidung laki aku. Dia halfday dan jaga Aqil kat umah.

Pandai betul ambik hati ayah. Nanti kalo mama tanya best ke tak duduk ngan mama, kalo dia cakap "tak", ciapppp dia!


Kisah 2.

Aku beli baju, lepas tu cuba baju tu depan Aqil.

"Adik, mama comel tak"
"Ameii nyaaaaaaa" (comel nya)

HAHAHAHAHA, yang ni mmg aku nak tergelak. Puji tak hagak hagak. Tapi takpe, pandai ambik hati mama. Mama awak pulak, perasan nak mamp kan, ade tanya anak macam tu. ekekeke. Aqil is always my sonshine.


Kisahh 3.

Aqil main ball ngan ayah kat hall umah. Hall tu da macam padang, kat situ lah derang main badminton, kat situ lah main ball. serba boleh hall aku tu.

Bila dia sepak ball tu then kena dinding, otometik dia cakap " pandai nyaaaaaa".

Arghhhh kat ctu jugak aku rasa nak peluk dia. Makin besar, makin banyak perkataan yang keluar dari mulot dia. Tapi, puji diri sendiri tu jangan di amalkan Aqil. Puji mama takpe. Hahahahah.

Sebenarnya, everytime dia main ball, main badminton or dia buat ape saja, i keep on saying "pandai anak mama". Aku sebenarnya nak motivate dia supaya dia sentiasa nak buat yang lebih baik. Masing masing ade cara kan.


Kisah 4.

Aqil ni jenis yang makan nasi ikut mood dia jugak. Kadang nak bersuap, kadang nak makan sendiri. Mama layankan aje. Sebelum nasi masuk mulot dia, macam biasalah aku baca 'bismillah hirrahmanirrahim', tapi tak baca doa pon.

Tiba tiba dia angkat tangan nak baca doa. Anak aku yang next month dua tahun ni ngajo aku suruh baca doa. Dia bahasakan aku. HAHAHAHAHA.

Start dari aritu, aku tadah tangan baca doa depan dia everytime nak kasi dia makan.
Aku syak, dia belajar benda ni kat umah baby sitter. Alhamdulillah.



Menjaga dan mendidik anak ni susah. Sebetulnya, memang susah. Macam mana lah arwah mak dan abah jaga 9org anak. Abah pulak selalu takde kat rumah, keje malam lah, outstation lah. Hargai lah orang yang membesarkan kita, sebab kita tak tahu ape yang derang lalui waktu tu.

Tapiii, walaupon susah. Korang akan rasa enjoy. Ye lah, macam mana penerimaan kita terhadap sesuatu benda tu. Macam tu lah yang akan kita rasa. Anak ni anugerah, everyday kita harus sabar. Aku sendiri pon, bila anak demam, bila dia tak nak makan, aku yang rasa nak nangis. Lagi baik demam tu pegi kat laki aku laa dari dapat kat anak aku. Ehh? Hahahaha

Bulan depan Aqil 2tahun, aku masih belum ade ape ape perancangan pun.

Kalau celebrate pon, kami bertiga saje. Tahun pertama dan tahun kedua adalah tahun yang penuh dengan mama dan ayah. Whatever it is, we love you so much son!

Ct yaya.. :)