Assalamualaikum..
Rindu.
Ya, sangat rindu. Kalau lah masa boleh di putar kembali. Rasanya, keadaan sekarang bukan seperti ini. Itu cuma kalau.. Kalau hati sudah rindu.
Ibu.
Rindu padamu..
Kadang kadang aku cemburu tengok kawan kawan, blogger blogger update status pasal ibu. Sambut besday mak dorang lah, jalan jalan ngan mak dorang lah, yang paling paling cemburu bile aku tengok dorang komen lam fb ngan mak dorang. Tak mampu tahan cemburu ini.
Setiap kejadian itu ada hikmahnya, kite tak kan faham ape hikmah yang akan datang selagi kita sendri tak merasai situasi tersebut. Macam aku, aku memang anak bongsu. Tapi bukanlah manja sangat. Biasa biasa sajaaa. Keje umah memang aku tak tahu langsung nak buat. Masak memasak lagi lah. Yang aku tahu masa tu, goreng telur dan masak air. Selebihnya, mak dan kakak aku yang buat. Tugas aku adelah sikit sikit, aku sapu umah dan mop lantai. Tu jek laa. Dan mak aku pulak, kalau dia nak pegi dapur masak ke ape ke. Die tak panggil aku tolong pon, dia akan arah kakak aku kupas bawang, masak nasi, siang lauk. Aku ni relek kat depan tv jaga anak buah. Manja angaaatt itew masa tu.
Sebab tu lah selepas ketiadaan arwah mak, aku macam kena berdikari. Walaupon masa tu aku down, aku kena kuat semangat. Kakak aku yang masih belum kawen masa tu pulak dapat keje, ofcos la die balek keje petang kan. Aku yang balek sekolah ni lah masak. Masa tu aku form4. Biasenya, aku balek sekolah terus makan, ni tak aku balek sekolah aku kena masak. MASAK ok. Penatnya hanya Allah yang tahu. Tapi tak kan aku nak suruh abah masak pulak, abah pon da tua. Ilmu masak memasak aku masa tu kosong, tak tau ape pon. Abah lah yang ajar letak bahan tu bahan ni. Kalau abah tak tahu, aku akan call kakak2 aku mintak resipi. Begitulah rutin aku sampailah aku abis stpm. Sebab tu lah sekarang, resipi masak memasak aku di pengaruhi cara abah dan kakak kakak aku. Cuma lepas kahwin ni je aku tanya membe membe, selebihnya aku carik lam google. Itu lah hikmah die. Kalau aku tak rasa sendiri situasi tersebut, aku rasa sekarang ni aku masih lagi dibawah ketiak mak. Allah dah aturkan segala galanya.
Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah maha hebat.
Kawan kawan yang masih ada ibu, hargailah dan sayangilah mereka. Jaga lah hati ibu. Jauhkanlah diri kita dari menyakiti hati mereka. Kerana sakit itu kita sendiri yang akan rasa.
Semoga aku tak akan pernah lupa untuk menitipkan doa buat ibu dlam setiap sujud dan doaku.
Thanks reading kawan..:)
Showing posts with label ibu. Show all posts

Wednesday, February 20, 2013
Thursday, August 4, 2011
7tahun yg lepas..
Assalamualaikum..
Hari ni saya nak kongsi satu cerita. Puas saya pikir, perlu ke tidak bercerita. Akhirnya, kata hati mengatakan ya.. kerana sekurang kurangnya saya mampu berkongsi satu kisah yang meruntun jiwa saya. Kisah seorang budak perempuan yang boleh korang gelarkan dia sebagai CY.
3 ogos 2004..
Pagi yang indah, CY yang masih bersekolah bersiap utk ke sekolah seperti biasa. Semasa melangkah keluar dari rumah, ibu memberi wang belanja sekolah utk 1minggu. Kata ibu, tengah hari nanti dia akan ke rumah abang CY utk menjaga anak buah CY yang masih kecil ketika itu. CY mengangguk tanda faham walaupun tak rela di tinggalkan.
Di sekolah, CY seperti biasa.. bergelak ketawa dengan kawan sekolah. Belajar dan menuntut ilmu dari cikgu utk bekalan masa depan. Sehinggalah pukul 12.30, guru penolong Kanan membuat pengumuman 'di minta pelajar yang bernama CY ke pejabat sekolah sekarang juga'. Dlam hati CY ' ehh, aku buat salah ape sampai cikgu nak panggil gi pejabat segala'..
Sampai di pejabat sekolah, CY nampak kelibat kakaknya yang sdang menangis.. ' kenapa pulak kakak aku kat sini' 'teruk sangat ke kesalahan yang aku buat sampai cikgu panggil kakak aku dtg dengan nangis nangis gini'.. Kakak CY dtg dekat dgn nya dan gn perlahan berkata ' ibu dah takde'.. CY tanpa pikir ape ape ' ibu mmg takde, die g umah abang'.. Kakaknya menyambung, 'ibu takde..ibu da meninggal'.. Mendengarkan hal itu, CY hampir terjatuh sebelum sempat di sambut oleh cikgu Mazni.. Cikgu cikgu di pejabat menenangkan hati dua beradik itu, namun tiada apa yang dapat menenangkan mereka melainkan melihat dengan mata sendiri keadaan ibu mereka..
Dua beradik itu pulang kerumah di sambut oleh kakak yang lain dan abah. Pulang kerumah baru lah CY tahu ceita sebenar. Ibunya meninggal dalam perjalanan ke rumah abang. Lebih malang, ibu meninggal di dalam keretapi tanpa di temani oleh sesiapa kecuali anak buah CY yang menemani ibu ke rumah abangnya. Apabila jenazah ibu sampai di bawa oleh abang CY, terdapat kain batik di dalam beg dan baju kurung yang di pakai ibu mengandungi darah pekat dan boleh di katakan hampir semua barang di dalam beg kain ibu di penuhi darah.. Tahulah CY bahawa ibunya pasti batuk berdarah lagi.. tapi malangnya, ibu tak mampu minta pertolongan sesiapa..
CY dan adik beradiknya mendesak supaya anak buah mereka yang menemani ibu menceritakan kejadian yang berlaku di dalam keretapi. Tetapi, mereka tidak boleh mengharapkan yang lebih dari Fikri (anak buah) kerana dia baru berusia lima tahun ketika itu. Kata Fikri, ibu memberitahu bahawa dia batuk dan ingin ke tandas di dalam keretapi. Fikri lihat darah di dalam genggaman tangan ibu. Apabila ibu ke tempat duduknya utk mengambil kain, sekali lagi darah menyembur keluar dari mulut ibu. Sehinggalah ibu menghembuskan nafas terakhirnya di dalam keretapi tanpa diketahui bila dan jam berapa.
Sampai di stesen perhentian di kawasan rumah abang CY. Abangnya sedang menuggu ibu terkejut melihat orang ramai berkumpul di pintu keretapi. Melihatkan itu abang CY bergegas ke sana dan mendapati ibunya terbujur kaku tanpa nyawa. Fikri yang menangis sedang berkata 'bangun lah tok, kita da sampai'.. Tapi, toknya tak mungkin bangun kembali..
Selesai memandikan dan mengapankan ibu CY, air mata orang yang datang menziarah tidak henti mengalir kerana pemergian ibu tidak di sangka, Ya, ibu CY mempunyai penyaki paru paru.. tetapi pemergiannya yang mengejut menyentap hati.. >
Ye korang, aku tau korang boleh agak CY itu Ct Yaya. Dan Ct Yaya itu adalah aku. Memang ini kisah aku. Kisah 03 ogos aku yang amat perit. Kisah yang kalau boleh xmahu di ungkit, tapi hati tak mampu kerana bayangan ibu di mana mana. Aku xpandai brcerita, aku juga xpandai menulis kisah sedih.. tapi aku cuba sebab kata hati aku kuat mengatakan 'menulis kisah sedih sendiri tidak susah kerana kita yang melalui kisah itu'.. Ibu aku di jemput Ilahi 2bulan selepas dia keluar dari hospital. Kami memang tidak menyangka secepat itu dia pergi kerana dia sangat sihat semasa keluar dari rumah dan tiada apa apa komplikasi selepas keuar dari hospital ari tu.
Ajal dan maut di tangan tuhan. Walau mcm mana perit pon kami terpaksa terima. Kami terima dan kami terima semuanya walau terkilan ibu meninggal, ibu pergi di dalam keretapi..
Semoga Allah mencucuri rahmat keatas ibu. Al - fatihah.
p/s : aku tak mampu nak taip pendek kisah ibu, maafkan mata korang yang terpaksa tengok tulisan pjg. Aku tau pic ni menyusahkan korang nak tengok, tapi ak xkiraaaaa..aku letakss jugek!
Itu saja, jumpe lagi..:)

![]() |
| pic ibu yang sentiasa dalam purse aku. Pic ini yang bawa makna, ke mana mana aku pergi. aku xpernah tinggalkan ibu. |
p/s : aku tak mampu nak taip pendek kisah ibu, maafkan mata korang yang terpaksa tengok tulisan pjg. Aku tau pic ni menyusahkan korang nak tengok, tapi ak xkiraaaaa..aku letakss jugek!
Itu saja, jumpe lagi..:)
Subscribe to:
Posts (Atom)