CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Tuesday, May 14, 2013

Suami aku ustaz!

Assalamualaikum..:)

Ade yang dah baca novel ni? Aku baruuuuu je baca. Okey, memang ketinggalan. Ini pon membe bagi pinjam. Best kan novel ni, sangat bermanfaat. Sedikit sebanyak ape yang ade dalam novel ni boleh mempengaruh kita. Rugi sungguh aku tak baca dari dulu.

Banyak kisah kisah agama zaman Rasulullah yang di tulis dalam novel ni. Kagum dengan penulis. Memang tak di nafikan, kalo baca novel je mesti pasal kisah cinta, pasal hati, pasal perasaan, pasal maruah, pasal kahwin paksa yang menjadi trend kisah novel. Tapi novel ni laen, idea penulis nak mendidik kita, mendidik golongan remaja, golongan tak berapa nak remaja supaya baca novel ni bukan sekadar khayalan penulis, lalu dia masukkan unsur unsur keagamaan dalam ni. Susah lah aku nak cerita, yang aku tau banyak jugak yang buat aku terkesan.

Yang pertama, bila Ustaz Hafiz tanya isteri dia Nur Alisa, berapa kali dalam sehari kita mengingati Allah. Ok fine, jawapan aku macam Nur Alisa, lima kali kottt. Masa kita sembahyang. Tapi sebenarnya, dengan memandang kebesaran Allah pun boleh buat kita mengingati Nya. Bagaimana? Alam sekitar. Ya, alam sekitar, bukit bukau, gunung ganang, pantai, laut, sungai dan semua cipataan Allah. Secara tak langsung bila terpandangkan senarai di atas kita dalam hati pon akan terdetik ' cantiknya Ya Allah'. Haaaaaa.. kan mengingati Allah tu. Jadi, rajin rajin lah melihat kebesaran Allah.

Yang kedua, dia banyak sangat cerita kisah zaman Rasulullah, kisah hidup rasulullah. Zaman perang Badar, kaum kaum waktu itu, sahabat sahabat Rasulullah. Benda ni semua kita belajar masa sekolah kan? Jangan nak tipu, mesti ada antara kita yang dah lupa. Malah tak ingat langsung kisah perang Badar sume tu kan. Maka, elok sangat lah korang baca novel ni. Sebagai maklumat tambahan.

Yang ketiga, doa untuk kta mendapatkan zuriat, atau lebih tepat lagi zuriat yang soleh solehah.

''wahai Tuhan kami, augerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang orang yang (mahu) bertakwa ''

Dan aku rasa, kalau betul lah di dunia ni wujud seseorang yang watak dia seperti Ustaz Hafiz, maka beruntung sangatlah Nur Alisa tu. Sebab? Boleh menghafal hampir 30juzud al quran , bangun untuk qiam tengah malam ( kata Ustaz Hafiz, sepatutnya di waktu orang lain tengah sedap tidur, kita ambil lah peuang mendekati Allah tanpa sebarang gangguan duniawi) masakkan Nur Alisa makanan sebab budak tu masih sekolah, lepas tu sanggup tunggu Nur Alisa habis belajar dan berumah tangga jarak jauh almost 3,4 tahun. Apakah sabar sungguh dia. Apa lagi yang ko nak Nur Alisa weyyy? Ok, ni hanya novel ct yaya. Keep calm.

Eh ade lagi. Yang ni rasanya terkesan banyak kot. Masa Nur Alisa baca Al Quran dan al Fatihah mengikut tajwid yang betul depan Ustaz Hafiz. Ustaz Hafiz cakap, ''jangan depan abang je baca elok macam ni, masa sembahyang nanti tunggang langgang. Sepatutnya depan Allah kita lebih ikhlas sebab niat kita walau macam mana kita sorok pon depan orang lain, Allah lebih tahu dan akan sentiasa tahu. '' Ok sila terasa sekarang kalo korang baca cepat cepat masa sembahyang. Hehehehehe.. diri sendiri pon masih merangkak. Sama sama lah kta menuju ke arah kebaikan.

Kisah yoga. Alahhh, senaman yoga tu. Orang sekarang sebok nak senaman yoga lah, itu lah inilah. Untuk kecergasan katanya. Yoga tu untuk merehatkan diri, menenagkan diri, padahal kita sepatotnya dah rasa cukup tenang dengan solt lima waktu sebab masa tu yang ada dalam fikiran kita hanya Allah. Betul kan? Secara logiknya, kita bangun duduk. Rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud tu kan boleh jadi senaman harian. Terima kasih untuk penulis! Banyak yang dia sedarkan pembacanya.

Kalo aku nak cerita semuaaaa memang banyak. Ok, ok, nak bagitau satu lagi boleh?

Kesan meninggalkan solat. Kata ustaz Hafiz ''Solat itukan pencegah maksiat. Lisa, bila solat dah tak dapat mencegah maksiat, itu lah jadinya ( merujuk kepada kes bakar bayi luar nikah). Itu pon kalau dorang solat. Kalau tak solat, apa lagi. Jangan lupa yang kita ada CCTV atas sana nun". Bagus kan penulis. dia juga ingatkan masalah hati boleh di rawat dengan solat. Banyak manfaat faedah, penyelesaian, dan yang paling penting pahala melalui solat.

Okey okey, aku stopkan entry ni di sini. Jemu pulak korang baca. Tapi ketahuilah novel ni memang the best novel. Oh ye, novel ni akan di filemkan. Adi Putera pegang watak Ustaz Hafiz, Nora Danish plak Nur Alisa. Masa baca novel ni, aku terbayang jugaklah cikit cikit Ustaz Hafiz ni Adi Putera, cikit jer pon. Tapi, aku tak terbayang langsung ND sebai Nur Alisa. Jauh sangat bezanya. Nur Alisa bukan manja secara over begitu. Dan korang jangan risau lah, kali ni aku tak terbayang diri sendiri pon. Jauh sangat diri aku dengan Nur Alisa tu. 

Jangan lupa beli ya! Oh, penulis ni namanya Hannah Dhaniyah.

Thanks reading kawan.




Tuesday, April 16, 2013

Novel, spek baruuu dan makan makan besday.

Assalamualaikum..:)

Tak tau lah nak cite pasal ape, sebab lately ni jarang keluar. Pegi keje, balek keje, layan Aqil, buka fb, layan novel, layan cite korea. Haaa, tu lah keje. Yang terbaru ni aku tengok Playful Kiss. Holohhh hlohhh sweet sgt laa hero die. Jangan cakap aku jiwa k pop pulokk. Tak kuasa aku nak tengok nyanyi nyanyi k pop ni.

Koleksi novel yang belum ku tayang..



Honestly, aku sgt adore dengan penulis novel one day you'll be mine. Ayat ayat dalam novel ni buat aku gila. Tersangat laa power weyy. Jalan cerita yang buat aku nak tau nak tau dan nak tau sangat. Watak Dzul Ehsan tu, arghhh.. aku asek bayangkan arun ajis jeee. Kenapakah? Tidaklah ku tahu. Kalau nak tahu, baca lah sendiri.

Novel suamiku tak romantik tapi autistik tu aku bagi dua bintang je. Tak boring, tapi bukan jiwa aku. Dan aku malas nak ulas lebih lebih sebab kang sentap pulak penulis dia. hihihihi..


Yang sekarang aku tengah menelaah adalah kau yang ku sayang. Boleh tahan. Tapi belum sampai tahap aku bayangkan hero dalam novel ni wujud. Macam aku bayangkan Beto Kusyairi dan Arun Ajis tu. Makna nya novel ni so so jek bagi aku. Kisah Naz dan Khalish & Asam pedas untuk dia pon same. Tiga bintang. Aku tak tau lah kenapa aku kedekut bintang sangat. Tapi kisah santai macam ni buat aku rase tak mencabar nyaaa nak baca.

Tutup kisah novel, aku cerita kisah aku pulak.


Yessss, dapat spek baru. Begini lah orang rabun. hehehe.. Comey ke tidok? Tak comey pon tak pe sebab ku nak pakai kerana mataku rabun jauh. :(

Aku ni jenis tak pakai spek kalo g mana mana. Time keje jek aku pakai. Setakat nak berjalan makan angin shopping bersantai, jangan harap aku nak pakai spek. Kadang tu, kawan kawan selisih dengan aku pon aku tak perasan. Lepas tu, bile berjalan kan, orang tu dari jauh lagi senyum simpul..yang aku ni buat taktahuuuu aje. Sebenarnya, saya tak nampak dengan jelas kalo tak pakai spek. Tak pasal orang cop diri sendiri sombong pulak. Last buat spek on 2010. Haaaa.. bayangkan da berapa tahun tu.

Aku berkenan dengn spek ni. Nampak nerd ke? Ah biar lah. Dah lama ku usha yang full bingkai ni sebab aku da biase pakai yang takde bingkai, half bingkai. Now cuba yang begini plak. Masa tengok spek ni belum gaji weyyy. Jadik, aku cakap la kat cina tu. Minggu depan saya datang ye. Tiga empat hari lepas gaji, aku pegi nak buat spek ni cina tu cakap.. soriiiii sebab dah ade orang beli. See, yang aku nak jee..ade orang berkenan. Maka, kalo aku nak yang begini jugak aku kena tunggu sebab die nak kena order. Tunggu pon tunggu la. And lepastu taraaaa.. dapat jugak ku pakai. Entah sesuai ke tidak dengan muka ku. Hehehehe.

Tutup kisah tu.

Okeyyyy, masa besday Aqil aritu ade buat makan cket. Tak ajak sape sape pon. Cuma kakak ku se family.


Ini sahaja yang aku masak. Hahahaha.. Puding cocktail, mihun goreng and kek. Kek tu di tempah ye. Harap maklum. Ingat tangan aku berseni ke nak buat kek bagai. Dapat buat puding pon syukur lah. Hahaha..

Itu saja lah cerita sempena aku cuti ni. Fikir yang baik baik saje ye..

Thanks reading..:)

Saturday, March 2, 2013

suamiku encik perfect 10!


Assalamualaikum..=)

Hepi weeken ye. Apa plan korang hari ni? Plan saya adalah kerja. Hoh.
Tapi esok nak g kenduri kawen bff. Kat somban nun. Pastu nak honeymoon kejap, kat pd nun. huehuehue.

Selepas 10hari baru nak hapdet kan. Sebabnya, hobi aku yang lama datang balek. Baca novel. Dari bulan lepas non stop baca novel. Takdir itu milik aku, isteri separuh masa, kerana terpaksa..aku relakan, bila hati berbisik, khilaf semalam & suamiku encik perfect 10. Perghhhh..ingat semua tajuk di atas ye. Novel memang tebal yang amat, bak kata laki aku ' baca novel tebal macam ni, sampai muka surat belakang, dah xingat dah muka surat depan'. Heh, itu kalo awokkk yang baca.

Masa peknen dulu, phewww keje aku tiap tiap bulan beli novel jek la. Bila da deliver, stop kejap sebabnya ade ke masa ko nak baca novel? Takde nyeee. Dengan aqil nak susu, dengan nak masak, kemas umah basuh baju. No no no no. Lagi haru rumah aku jadinya. Now bila aqil da besar, da boleh main main. Aku berjinak jinak balek dengan hobi lama. Hoyeaah.

The best novel buat masa sekarang yang buat aku terigau igau adalah suamiku encik perfect 10 tulisan syamnuriezmil.


Watak Zarief memang buat aku tak tenang. Kenapa best sangat ni? Tiap kali baca dialog watak zarief, aku bayangkan itu Beto Kusyairy. Pastu, watak pompuan dalam ni nama dia Aleeya Azmeen. Setiap kali baca dialog die, aku bayangkan diri sendiri plak. Hahahahaha. Cane tu? Jatuh cinta tak sudah sudah. Dengan kelakarnya, dengan selambanya, dengan watak berani, cool, sume ade kat beto lah. Eh, ade kat suami aku juga. *isteri puji suami dapat pahala..hehehe!

Memang kalo korang kaki novel, better sangat beli novel ni. Ke korang dah lama baca, aku yang ketinggalan. Baca novel bukan buang masa sebenarnya. Bagi aku, ini adalah isi masa lapang. Tapi jangan sampai kewajipan terabai. Kita dahulukan ape yang patot. Macam aku ni haa, masa anak tido lah baru berpeluang baca. Tu pon kejap kejap. Paling takpon, aku baca waktu malam. Tu pon bile aqil dah tido. Mencabar nak habiskan satu novel.

Novel yang aku tengah berazam nak beli adalah 1day you'll be mine. Holohhh sweet sangat aih.
Pastu aku share plak kat sini. Baca lah korang entry novel.

Thanks reading kawan..:)