CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Saturday, September 21, 2013

Raya duaributigabelas.

 
Assalamualaikum.. :)

Aku fikir diri sendiri da lupe password blog, tapi ingatan ni kukuh. hihihihi

Okey, sekarang blur. Tak tau mana nak mula.
Terima kasih yang masih overview blog. Terima kasih.

Kita cerita and throwback pasal raya cikit ye. Di sebabkan aku ni keje shift, jadi turn raya kena gilir gilir dengan membe ofis. Dan nak di jadikan cerita, tahun ni aku xdapat balik raya. Bertambah best cerita aku pulak, sebab selama lima tahun aku keje, inilah kali pertama dalam hidup aku, raya kat tempat orang. Kuala Lumpur ni asing untuk aku waktu hari raya. Yang biasa aku lalui, raya di Kelantan. Raya dengan abah, dengan kakak dengan abang dengan makcik pakcik, dengan riuh rendah anak buah, dengan salam salaman sepupu sepapat, dengan meriah keluarga mentua, dengan masakan sedap, dengan ketupat palas mak mentua aku yang maveles. Tapi, ape de hal. Jiwa kental. Ekekeke. Kalau xcuba, kalau xlalui, mana nak tahu kita mampu ke tidak. Mana nak rasa pengalaman baru. Kan ?

Satu hari sebelum raya, aku cuti (off day), jadi.. sempat lah aku masak. Ini juga kali pertama. Kali pertama buat rendang, kuah kacang n masak nasi himpit. Power tak power penangan raya kat kolumpo ni. hihihi. Kalau sebelum ni, aku cuma sediakan bahan je. Kupas bawang, potong ayam n daging, goreng kelapa, goreng kacang. Tahun ni segala gala sendirian berhad. Boleh tahan berpeluh gak aa ketiak aku. Phuiii.. :P

Macam biasa, dan Alhamdulillah. Menjadi uolss. Tapi xde plak gambar utk aku tunjuk bukti.

Raya pertama aku kerja pagi.


Tahun ni tema peach. Satu family, aku asben n Aqil. Setiap tahun pon aku akan decide tema masa beli kain. Takde perancangan awal. Ok, ade gak aa yang tanya sal baju. Makcik beli kain, pastu makcik g beli lace n hantar tailor. Lace biru tu aku pandai pandai je beli, tapi masuk je ngan warna peach kan.

 
Anak bujang raya kat ofis mama while ayah ke masjid untuk sembahyang raya. Behave sangat ni, behaveeee *nangis. Anak aku ni memang banyak cakap, plus aktif berlari ke sana sini. Nasib laa ramai yang tolong jaga. Syukur, boleh mama buat keje. :)


Kami satu family, masa ni asben da datang ofis. Makan juadah came came. Ekekeke. Oh ye, sampin Aqil tu saje beli biru match kan dengan tudung n lace mama.



Ni ofismate. Baju merah tu si cantik manis putih gebu finas. Makcik ni pakai ape pon cantikkkk je. Yang kat tengah tu si gojes kak leen, Die ni kalo ape saje yang berkaitan dengan hitam, memang die hidup dan kompem akan beli. Si tudung biru tu tuan tanah kedaung punya blog. Hekhehek.

Ok tu jee kisah raya saya sebab raya kedua tu saya pon raya kat ofis juga. Dan tak kuasa dah aku nak hapdet sal raya kedua. Tunggu raya haji laa pulak.

p/s: bile aku nak lupa password blog niiiii..

Ct yaya.

Sunday, November 6, 2011

Selamat hari raya AidilAdha..

Assalamualaikum..:)

Selamat Hari Raya AidilAdha untuk semua.. Tak kira lah korang sambut kat mana pong, korang sambut kat kg halaman tercinta keeee.. korang sambut raya di kg halaman suami / isteri tercinta keee.. ataupong korang macam aku sambut raya di KL yang tak de cinta ni..hikkkss..

Yes, jgn nak buat buat tak tahu! Aku mmg tak balik kamponggg..aku keje! Ini namanya sistem giliran.. Ye lah, kan raya puase aku da dapat cuti..so, aku tak boleh nak gile kuasa atau tamak haloba di sini.. Makanya, keje lah aku di pagi raya dan orang lain beraya di kg halaman mereka..kikiki

Ehh, mak tak kisah pong! Sebab laki mak ade di sisi..auwwww.. Terima kasih yang tak terhingga kat die kan, sudi teman aku kat sini dan sangat memahami tugas isteri yang terpaksa keje..walauponggggggg die sebok jek suruh aku tido awal awal malam raya sebabnya die cakap nak balek kampong sorang2..heeee..

Malam raya aku plakss, hanya lah di depan tv n pc layan fb..huhu! Pastu keluar pusing bandarrr then balek umah makan2 keropok lekor..hahaha..kesian.. Tapi xpeeeeeeeeeeee, sebab esok akun ku balas dendam dengan makan rendang banyak2 kat umah makcik aku! Korang ade...?

Eh, tu jek laa.. nanti aku hapdet lagi besok.

Sebelum tu, Selamat Hari Raya AidilAdha korang sume.. Hari Raya yang cukup dkt dgn makna pengorbanan kan.. Ape pengorbanan yang dah kita lakukan.. Macam aku, aku berkorban sekarang ni tak balek kampong sbb kena keje..Hahaha.. renung renungkan dan selamat beramal..

Tata uolss..:P

Tuesday, September 6, 2011

:: selamat hari raya ::

Assalamualaikum..:)

Hai, ampunkan saya sebab terlalu slow dalam menghapdet blog..HAHA! Last entry pong pasal wedding and aku masih ade niat nak sambung entry wedding walaupong perut mummy to be da semakin ke depan..:P Sebenarnya, aku tersangat bizi sepanjang berada di kampung dan 2,3 ari sebelum balik kampong sebabnyaaa aku alahannn smapai tgk pc pong nak muntoh ( ini over! ).

Ehh, kate tajuk hari raya kann.. So, di kesempatan ini aku nak mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI maaf zahir dan batin untuk semua umat islam. Ampun dan maaf aku pinta selama aku berblogging ( walau pong baru sesangat ), aku ade menyakiti hati korang, ade terkasar bahasa yang mungkin aku tak sedar atau ade entry aku yang buat korang menyampah ( aku harap takde! ) HEHE..:)

Kite cuma manusia biasa yang mungkin ade kekhilafan di mana mana. Jangan simpan di dalam hati kerana kemaafan adelah pengubat jiwa. Mungkin kealpaan kite selama ini mampu kite sedari dengan bermaafan penuh keikhlasan. Salam Aidilfitri :)

p/s : nak hapdet kisah raya, tunggu yaaa..:)

Till then, bai peeps !

Tuesday, August 16, 2011

Rehat serehat rehatnya .

Assalamualaikum..

Hai, ohh yeahh.. ari ni ari ke 16 berpuasa. Sekejap jek rasenya kann.. Dan paling aku rase sekejap sebab aku still takde baju raya lagi. Hohh, camno tu? Errr, sebenarnya ade baju raya tahun lepas yang tak pakai lagi. Tak pakai sebab tahun lepas baju tu tak siap lagi. Lepas raya baru siap. So, aci tak kalau aku guna untuk tahun ni? Ehhh..nak yang baru jugakkk..*hentak kaki sambil pandang asben*



keadaan baju yang di anaktirikan untuk memujuk asben belikan baju raya yang baru. sebenarya, kualiti gambar juga kurang mmuaskan adalah salah satu punca baju nampak berkedut.hahaha.
 Lupakan pasal baju sebabnya, aku still nak baju raya laen. Ini pakai raya ke2. Mmg ank bongsu perangainya begini.Haha..

Korang, aku sekarang kan.. kalau masuk makanan jek musti keluar balek. Aritu, masa berbuka guwe makan macam biasa. Tapi tak boleh telan walaupong aku yang mintak asben belikan lauk tu. Mmg stok tak boleh makan. Yang aku boleh telan, meggi laa..HAHAHA! Tapi tak elok kan selalu makan meggi. So, bile tak kenyang tu..mula laa aku bising bising nak makan itu ini. Sudahnya, ape pon tak boleh telan. Yang selamat masuk dalam perut cuma ini..

yer, guwe tau nugget ini sedikit hangit. Tapi abis jek aku makan, err kongsi ngn asben. Tetibe teliur plakss tgk sos ngn thousand island tuh!
Ehh, entry ni sebenarnya nak bgtau yang aku cuti ari ni dan aku rehat serehat rehatnya ari ni. Memang lepas aku selesaikan kerja rumah, ak dok depan tv jek..ngadap lappy.. Sebab bile da ptg ptg, for sure aku akan jelepek penat.. Masak? mmg da lame TAK..haha.. Lauk kedai sajorkkk.. ohh, naseb baik guwe ade suami yang memahami.. thanks bucuk! :)

Tu jek bebelan ai.

Till then, bubye!