CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 26, 2014

Selamat menjadi dua anaknda.

Assalamualaikum =)

Nak cerita kisah anaknda.

05042014 - 05042014.

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Aqil dan berusia 2tahun. Memang akan kedengaran 'cliche' bila mak mak cakap, masa berlalu pantas. Tapi, trust me. Awak akan rase baru je ade anak, baru je bersalin bila tengok anak awak. Macam tu gak aa yg saya rase, Allahuakbar. Perit, sakit, gembira, sayu, terharu dan semua rasa yang saya rasa dua tahun lepas masih saya ingat. Dan mungkin akan saya terus ingat. Aqil hadir umpama sesuatu yang memang di nanti. Sampai sekarang pun, bila balik keje, tapi tengok anak tido, rasa macam 'haihhh, kenapa tido awal, tido lah same same'. ini di panggil #sindrommakmak . Hahahaha.

Kalo celebrate besdei - mama, ayah o aqil. Memang saya sorang jee yang akan plan. Suamiku memang rilek je, tunggu saya cakap je ape plan. Penat tauuuu nak pikir. *lappeluh
Kalo anniverseriiiii, pandai fulak die pikir. Itu pun atas paksaan bini die ni haaaa.

Ok, macam tahun lepas gak aa. Saya cuma nak raikan dengan kami bertiga je. Makna nya, tak buat besdei secara panggil jemputan. Gittewww. Nampak sangat mama kau nii pemalashhh. Hahaha. So plan awal, nak beli kek n makan kat umah. Lepas tu nak hire photoghrapher untuk ambik family potraite. Nak cari tempat menarik, nak pakai baju same theme, mama pakai cemana, ayah pakai cemana, besdei boy pakai cemana sume dah pikir. Tapi harus mama yang palin vogue. Hahahaa.

Dalam masa 2weeks before besdei ( i know its too late), saya cari photoghrapher. Pm thru fb tanya quotation and so on. But, nobody reply. Entah laa. Taktau nak cakap, xbetul ke kalo kite tanya harga dulu? So, saya tak jumpa photoghrapher untuk plan tersebut. Kalo ade pon, kat kelantan sane nun. Jadi, saya tukar plan. Mari lah ayah, kita g Genting. Memang, memang Genting punya outdoor dalam renovation. Saya tak kisah pon, mungkin suami saya yang kesah. Hahahaa. Kalo outdoor boleh di gunakan pon, saya taknaik benda benda tu sume. Rollercoster and so on. Ai is penakut.

Tujuan hari itu, adalah untuk Aqil. All about ur day sayangku Aqil ( mama harap besar nanti Aqil baca). Mama dan ayah nak Aqil hepi. Main dan gembira lah sepuas hati mu anak. Dan Aqil memang seriously excited, masa sampai dan nampak bangunan bewarna tu, dia dah cakap dalam kereta 'bestnyaaaaa'. Suruh ayah cepat parking, tapi awak sume tau lah weekend meamng always penuh. Masuk je kat dalam indoor tu, die teus nak main. After settle beli tiket sume, here we goooooo. Silakan anak, main lah. Mama pon nak jugak. Hahahaha.


naik kuda, dia punya suka naik kuda ni sampai 4x gakk aa mama g beraturr.


masa nak makan, beli kek secoet ni untuk anaknda, takpe sayanggg.. bln6 ni mama beli kek besau nau nau yee..

potong pon ngan susu jewww..hahaha. tengok mulut aqil tewww

HAHAHAHA.. nganga mulut besauuu

dah ayah pulak nak kena beratur ngan dia naik kudaaa..

cintahati. gaduh baik merajuk pon tetap cinta hati. :P

yang ni da nak balik. Matiklaa gambar sume tunggang terbalik. koserr.

masa Aqil nak naik benda ni aku da cuak, takut nanti aqil terkeluar daripada pintu tu. Takutnya aku sampai laki aku cakap, awak je lebih lebih risau, aqil ok jeeee. Fineee lah!

ilovethem.

theyloveme *nakjugak

aqil sebok pandang benda lain. mama nampak gemok.


It wasssss funnnnn! Harga untuk indoor theme park ni myr32 per person. Price for child saya tak ingat sebab Aqil tak perlu bayar. Under 90cm is free of charge. Kebetulan pulak masa kami nak beli tiket ade promotion untuk sign in member card for free which is awak dapat diskaun and some benefit if shopping or makan kat restoren tertentu la. So, tiket kami cuma myr52 shj. Naik ler byk kali pon, lantak muu laaa selagi tak muak boleh je.

Untuk saya yang dah lama tak datang Genting ni, seronok la. Boleh lepak, chill, rilek dan lupakan kerja sekejap. Gembirakan anak. Bila dia gembira, dengan kita sekali pon gembiwaaaa.

Terimakasih ya Allah untuk 05042014.

Semoga Aqil menjadi anak yang baik, dengar kata mama ayah, membesar dengan sihat, jadi orang berguna dan sentiasa ingat mama n ayah. Mama dan ayah akan terus gembirakan Aqil, didik Aqil, memberi nasihat kepada Aqil dan sentiasaaaa ada untuk Aqil.

Sayangku Aqil, Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
Selamat ulang tahun sayang, selamat menjadi dua, selamat segala gala.

Mama yang menyayangimu,
Ct yaya.

*Thanksreadingkawan!




Wednesday, March 12, 2014

Boyfriend i tajuknya.

Assalamualaikum.. =)

Kisah dan situasi.

Kisah 1.

Isnin lepas asben dan Aqil pickup aku kat ofis. Masuk dalam kereta, aku sembang ngan aqil.

" anak mama dah makan?"
"akan" (makan)
"makan ape? , makan nasi eh"
"mam acik" (makan nasi)
"makan banyak ke sikit"
"nyakkk" (banyak)
"makan sendiri ke ayah suap"
"shuaapp" (suap)

Masa dia jawab sume yang aku tanya, aku sendiri pon tak sangka. Die belum cukup 2tahun kot. Lepastu pulak, bukan setiap masa dia jawab macam ni. Mungkin dia ikut mood dia. *positif* hahaha.

"Adik, ari ni adik duduk ngan ayah best tak"
"Beshhhhh" (best)

Terus kembang hidung laki aku. Dia halfday dan jaga Aqil kat umah.

Pandai betul ambik hati ayah. Nanti kalo mama tanya best ke tak duduk ngan mama, kalo dia cakap "tak", ciapppp dia!


Kisah 2.

Aku beli baju, lepas tu cuba baju tu depan Aqil.

"Adik, mama comel tak"
"Ameii nyaaaaaaa" (comel nya)

HAHAHAHAHA, yang ni mmg aku nak tergelak. Puji tak hagak hagak. Tapi takpe, pandai ambik hati mama. Mama awak pulak, perasan nak mamp kan, ade tanya anak macam tu. ekekeke. Aqil is always my sonshine.


Kisahh 3.

Aqil main ball ngan ayah kat hall umah. Hall tu da macam padang, kat situ lah derang main badminton, kat situ lah main ball. serba boleh hall aku tu.

Bila dia sepak ball tu then kena dinding, otometik dia cakap " pandai nyaaaaaa".

Arghhhh kat ctu jugak aku rasa nak peluk dia. Makin besar, makin banyak perkataan yang keluar dari mulot dia. Tapi, puji diri sendiri tu jangan di amalkan Aqil. Puji mama takpe. Hahahahah.

Sebenarnya, everytime dia main ball, main badminton or dia buat ape saja, i keep on saying "pandai anak mama". Aku sebenarnya nak motivate dia supaya dia sentiasa nak buat yang lebih baik. Masing masing ade cara kan.


Kisah 4.

Aqil ni jenis yang makan nasi ikut mood dia jugak. Kadang nak bersuap, kadang nak makan sendiri. Mama layankan aje. Sebelum nasi masuk mulot dia, macam biasalah aku baca 'bismillah hirrahmanirrahim', tapi tak baca doa pon.

Tiba tiba dia angkat tangan nak baca doa. Anak aku yang next month dua tahun ni ngajo aku suruh baca doa. Dia bahasakan aku. HAHAHAHAHA.

Start dari aritu, aku tadah tangan baca doa depan dia everytime nak kasi dia makan.
Aku syak, dia belajar benda ni kat umah baby sitter. Alhamdulillah.



Menjaga dan mendidik anak ni susah. Sebetulnya, memang susah. Macam mana lah arwah mak dan abah jaga 9org anak. Abah pulak selalu takde kat rumah, keje malam lah, outstation lah. Hargai lah orang yang membesarkan kita, sebab kita tak tahu ape yang derang lalui waktu tu.

Tapiii, walaupon susah. Korang akan rasa enjoy. Ye lah, macam mana penerimaan kita terhadap sesuatu benda tu. Macam tu lah yang akan kita rasa. Anak ni anugerah, everyday kita harus sabar. Aku sendiri pon, bila anak demam, bila dia tak nak makan, aku yang rasa nak nangis. Lagi baik demam tu pegi kat laki aku laa dari dapat kat anak aku. Ehh? Hahahaha

Bulan depan Aqil 2tahun, aku masih belum ade ape ape perancangan pun.

Kalau celebrate pon, kami bertiga saje. Tahun pertama dan tahun kedua adalah tahun yang penuh dengan mama dan ayah. Whatever it is, we love you so much son!

Ct yaya.. :)


Saturday, February 22, 2014

cerita borak? boleh ajee..

Assalamualaikum.. =)

Begini lah aku kalau lama tak hapdet. Blur jadi nyaaa.

*pause*


Masih berfikir. Apa nak cerita ye.


*sigh* datang lah idea.


HAHAHAHAHAHA.

Okey2, mari bertanya kabar. Mari imbas kembali duaributigabelas. Mari berharap yang baik baik untuk duaribuempatbelas. Mau?

Dalam pada aku lama tak hapdet blog, sebenarnya banyak yang aku nak cerita. Kisah Aqil yang dah jadik anak bujang, kisah ulangtahun kawin *winkwink* , kisah aku jalanjalan , kisah tempat kerja, kisah kawan kawan terbaik yang aku ada, kisah famili yang tersayang, kisah orang yang asyik buat aku stress pon ade. Banyak yang tak berkesempatan, kan? itsokay, kita chill. kita rileks. kita start hapdet blog balik tahun ni. hahaha..

Ape harapan korang utk duaribu empatbelas ye? Aku nak gak tau, sebab aku ni kan loser. Takde azam pon. Kesah plak lah aku ade azam ke tak. #libasrambutckettt

Mungkin aku ni jenis yang go with the flow. Aku ikut je aturan hidup aku, sebab nak tak nak kena hadap gak, ye tak. Tapi kalo aku tak suka, bukan sume aku boleh terima. Aku diamkan, sampai masa sampai tahap tu, pandai pandai la.

Ok, back to topik. Azam xde, harapan ade. Aku nak hidup baik baik dengan suami dan anak. Bukan lah sebelum ni tak baik baik. Tapi kita mengharapkan yang terbaik. Orang yang macam aku, setiap hari hadap benda sama je. Kerja - anak - suami = cukup. Sesekali tu aku curi gak masa ngan kawan kawan, tu pon dua tiga jam je. Aku akan rase, arghhh rindu gila nak balik umah. Betul lah kata orang, home is where the heart is. And my heart is - suami - anak. ecehhh. Takpe, orang bujang akan rase gak nnti. :)


anak aku da besar kan korang? 

ecehhhh.. konon gambau candid. #maafkansyayangbersilaatasmeja

Tu je dulu ye. Nanti kita borak borak lagi k?

p/s : ni sume pic lama. maksud aku bukan yang terbaru. kuasa nak transfer lam laptop aihh.
p/s yang kedua : kita kawan kawan kat instegerem nak? ctyaya_88 k?

Okbaiiiii.