CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label abah. Show all posts
Showing posts with label abah. Show all posts

Saturday, March 23, 2013

kisah semalam.

Assalamualaikum..:)

Memang betul ni, kisah yang terjadi semalam.

Aku keje pagi semalam, jadi waktu keje sampai pkul3. Dah keluar ofis tu baru teringat nak tgk fon. Lorr, abis betri rupenya. Jadik, kite on balek. Ade mesej misscalled dari abah. Sambil beli tiket lrt, aku pon call abah. satu deringan, dua deringan.. Ok, abah dah angkat call.

(Perbualan anak dan abah berterusan)..
'Abah sihat tak ni? Dah makan?
'Abah dah makan, tak sihat sangat, abah macam takleh jalan, sakit lutut.
( Fineeee, kalo dengar abah cakap macam ni memang suara sendiri akan bergetar)
'Abah jangan laa buat keje sangat. ( itu je aku mampu cakap)
'Kalo abah tak buat, sape lagi nak buat'..
'Abah, nanti call lagi eh..tren da sampai'..

Titik.

Memang manusia yang bernama ct yaya ni cengeng.

Tren belum sampai, aku terpaksa cakap macam tu sbb sedih. Sedih memikirkan keadaan abah di kampong. Laju laju mesej suami..

' Sedih.. tadi call abah, abah cakap xsihat xleh jln sgt.. lutut abah sakit..'

Dan suami aku takbalas mesej sampai aku balek umah selepas amek aqil dari umah bby sitter. Argghhh..die mmg bizi laa tu, aku fikir sendiri. Tapi kenapa tak reply. Tunggu sampai petang takde sebarang mesej dari die. Fineeee..

Ct yaya, awak boleh start merajuk sekarang. heh!

Dan cintahati balek keje lambat. Selepas aku siap sembahyang maghrib, die baru balek. Aku keluar saje dari bilik, die bersuara..

'Minggu depan amek cuti, kite balek tengok abah ye..'

Okeyyyy, simpan laa merajuk kau dalam poket seluar ct yaya! Hati aku tersenyummmmmm.. Dalam hati, terima kasih suami. :) Die memang begini, takreply mesej bukan bermakna die tak amek tau. =,=

Inilah kisah semalam aku bersama dua lelaki kesayangan.

Abah tu kuat semangat, dah dekat 4tahun lebih duduk kat umah tanpa anak anak selepas aku mencari rezeki kat sini. Yang menemani die, anak buah aku laa. Nasib baik ade dorang. Kuranglah sikit sunyi, dan abah takboleh dengar anak anak cakap nak balek kampong. Die akan call bertanya benda yang sama. Salah satu sebab dia call aku semalam, sebab tu lah.

Suami aku memang begitu. Taksuka mesej. Suka terus call. Kalo tanya, kenapa takreply mesej.. jawapan die meeting. Dan jawapan aku.. meeting, meeting, meeting! Takboleh cite banyak pasal die, sebab die baca blog aku secara senyappp.. aku malu dan malu. Bile aku tengok die baca, die nak cover kantoi tu die cakap ' gambar saya pon ade dalam ni'.. heh! Sape suruh jadik suami.


Anak saya dah boleh jalan. Da dekat seminggu lebih. Die suke sangat berjalan menuju ke rak tv. Salah satu sebabnya, sebab boleh memanjat.


Betul lah tu, memang mama die tengah tengok primadona. Jadi, cerita semalam adelah kisah aku bersama tiga lelaki kesayangan. Abah. Suami. Anak. Terima kasih kerana menjadikan aku seorang anak. isteri. mama.

Doakan abah aku sihat ye kawan..:)

Thanks reading.


Thursday, November 3, 2011

kasihnya dia..

Assalamualaikum..:)

Bestnye cuti time org sume keje kannnnnn.. Eh2, xde laa best mane sbb laki aku pong keje..:P
Percayalah korang, time ni aku tgh best gler makan cucur ikan bilis buatan sendiri.. Ohh, ini percubaan kali kedua sebab tu lah rupa cucur ni senonoh ckit..dan rasa dia mmg umphhh bile makan dgn sos. Ini kalau mak mentua baca mesti bangga dpt menantu pandai buat cucur bilis. Tapi, abah mungkin lagi bangga sebab resipi yang die bagi kat anak bongsu menjadi..muahahaha..( ok melalut ).

Sebenarnya aku ade satu cerita nak share kat cni. Mungkin korang da baca kat fesbuk. Mungkin juga belum. Kisah ni buat aku makin mengerti Kasihnya dia.. Kasihnya seorang ayah..

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..



By: Kak Sheila
Memang betul kan, ibu yang selalu telefon tanya kat mana, buat ape, da sampai ke belum.. Tapi ayah yang selalu mengingatkan ibu..
Aku ingat lagi, dulu dulu.. balek sekolah carik nasik. Makan kat dapur ke kat dpn tb ke.. abah mesti ade utuk pesan..' makan leklok, tulang ikan tu banyak '.. Nada suara die walaupon keras, tapi penuh kasih sayang..
Dulu, kalau nak keluar pegi pasar malam ke, nak keluar beli barang ke..Aku kena mintak izin dua, tiga hari sebelum lagikkk.. Tak tau lah kenapa, tapi tu mmg cara dia kott.. Kalau keluar plak, abah bagi time balik.. Contoh, aku keluar pukul2, sebelum pkul5 aku kena ade kat umah.. Kalau tak, menjawab lah kau dgn die.. Dulu, aku cukup tak suka! Tapi sekarang aku faham..kerisauan abah mengatasi segala galanya..
Dulu, masa aku 12tahun.. Aku pernah keluar rumah tanpa bertudung. Bukan keluar depan umah, tapi aku keluar pegi bandar kat kg. Dekat jek, masa tu naek beskal. Sampai satu tempat aku terjumpa abah, abah yang melihat aku terus tanya " mana tudung?''.. Ape aku nak jawab wey? aku diam.. Abah suruh aku balik. Sampai di rumah, abah cakap.." ak pegi mana mana pakai tudung ".. Aku diam.. Dan atas sebab itulah..aku faham kenapa aku harus bertudung.. Abah menbuat aku lagi faham tentang dosa dan pahala. Dan kerana abah, sampai sekarang aku masih bertudung..
Jodoh, ya..pada aku kalau abah suka, kalau abah berkenan, kalau abah memberi restu..orang itulah plihan aku. En suami datang umah nak amek aku balek KL.. Masa tu lah aku gunakan peluang, biar abah kenal orang yang menjadi teman aku. Biar abah nilai sebab penilaian abah penting untuk aku bina kebahagiaan. Alhamdlillah, abah merestui. Tiada ape yang gembira buat orang bercinta melainkan dapat restu dari ayahnda.
Tugas abah menjaga aku mungkin telah selesai. Tapi abah xpernah berhenti memberi kasih sayangnya.. Abah tak pernah berhenti merisaukan anaknya. Cuma, aku yakin..abah merasa lega kerana tanggungjawabnya sudah beralih kepada orang yang di percayainya..
Ketahuilah abah, abah menjadikan hidup anak anak bahagia.
Tata korang.

Thursday, October 20, 2011

suara tua itu..

Assalamualaikun..=)

berharganya kasih seorg ayah..:)

Suara tua itu mendamaikan jiwa..

Suara tua itu menenangkan hati yang bergelora..

Suara tua itu membuat resah hilang tiba tiba..

Suara tua itu melahirkan tawa..

Suara tua itu mampu menghapuskan air mata..

Suara tua itu membuatkan hidup lebih bermakna..

Kerana pemilik suara tua itu adalah segala galanya..


Dua tga hari ni aku macam banyak berfikir, banyak risau, banyak sakit hati..

Tata korang.