CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, October 9, 2011

sisters .


Assalamualaikum..=)

Setiap dari kita memang mahukan yang terbaik dalam hidup kan. Life yang baik, kerjaya yang bagus, kewangan yang stabil, orang orang terbaik di sisi. Dan yang paling penting, kita sendiri perlu dan mahu di lahirkan dalam keluarga yang sempurna. Sempurna di mata aku bukan kaya, banyak wang, mampu miliki apa saja. Tapi aku maksudkan sempurna bilamana tak perlu meminta minta, tak payah bermewah kalau hati tak bahagia. Yang penting saling memahami antara satu keluarga.

Aku punya abah, punya abang dan punya kakak. Mereka melengkapkan hidup aku. Aku teringin nak buat satu entry tentang kakak. Ye, kakak. Aku ade 4org kakak. Semuanya perempuan. Motip? gile ke kakak lelaki. HAHAHA..

Meh aku nak share pasal kakak aku..:)


ini yang sulong perempuan.
Die ni da macam pengganti arwah mak. Sume benda die tau buat. Aku pong kadang kadang terharu. Dari sebelum kawin sampai la aku da kawin, mmg die jek yang banyak membantu. Dulu, aku balek ke kelantan untuk buat persediaan kahwin, die laa yang bawak aku ke hulu ke hilir carik barang, pilih pelamin. Hari aku kawin, die jugaklah yang banyak berkorban, penat, letih sume die rase..tapi die tetap berkorban. Dan sampai sekarang pon ade mslh pape jek aku call die, aku peknen aku call die. Aku nak masak, tapi xtau resipi aku call die. Yang terbaru, aku pening kepala pong aku call die. Hahaha.. nampak sgt aku lembik, asek nak ngadu jek keje!


sista yang ke2..
Kakak aku yang ni tau melaram jek! Tau melawa, tau jenjalan. Hoh, tak faham aku. Aku kalau stok nak gelak gelak, nak hepi hepi memang carik die jek. Die ni memang kepala gila gila sikit. Tapi baik hati. Masa raya hari tu kan mak yong da ngandung. So, mak yong request jek nak makan ape kompom dapat. Ai pegi umah die tgk ade mihun, aku suruh laa die goreng. Dengan siap beranta kat uma lagi mihun tuk ai..aummm.. Cakap adik bongsu kannn..hahaa..



yang ke 3..:) Mahapkan pic ni sbb aku da carik yang ok, kakak aku ni bkn suka bergambar.
 Kakak aku yang ni laa yang jaga aku selama kat KL ni..ngeee :P Aku duduk ngan die 1 family almost 3 tahun  jgk la.. die banyak membantu walaupun die tak masak kat umah.HAHA.. Dulu mase kursus ( sebelum keje ), kursus ni kat Batu Gajah Perak. Orang lain abis kursus balek ngan tren jek. Aku jgn harap nak naek tren, aku di jemput ngan kereta ok. Over kan aku. Kakak aku plakss kesian beg banyak. Padahal orang lain boleh jek naek tren beg besar ke hape.. :)


kakak bongsu :P
Die ni laa yang suka gaduh ngan aku, yang suka pinjam baju aku, suka main pakai jerk jeans aku, suka ati die jek gne krim muka aku. Macam macam barang aku yang die suka. Tapi itu sume kenangan masa zaman kat kg. Seronok walau suka gaduh sebab banyak benda yang aku share ngan die. Aku ingat lagi, die nak gi kursus. Lepastu pinjam baju aku. Bile balik kirsus baju tu hilang. Membara hati aku. Die janji nak ganti samapai sekarang xde pongggg.. Sentapatimaknak.. HAHA..

Bile tulis entry pasal family, aku rindu nak balik kampung. Rindu nak berkumpul dgn family. Tapi sekarang ni, aku lagi rindu nak balik umah jumpe asben..haahaha! Bile laa nak pukul5. Cepat lah jam woooi..

Tata peeps!

No comments:

Post a Comment