CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, March 23, 2013

kisah semalam.

Assalamualaikum..:)

Memang betul ni, kisah yang terjadi semalam.

Aku keje pagi semalam, jadi waktu keje sampai pkul3. Dah keluar ofis tu baru teringat nak tgk fon. Lorr, abis betri rupenya. Jadik, kite on balek. Ade mesej misscalled dari abah. Sambil beli tiket lrt, aku pon call abah. satu deringan, dua deringan.. Ok, abah dah angkat call.

(Perbualan anak dan abah berterusan)..
'Abah sihat tak ni? Dah makan?
'Abah dah makan, tak sihat sangat, abah macam takleh jalan, sakit lutut.
( Fineeee, kalo dengar abah cakap macam ni memang suara sendiri akan bergetar)
'Abah jangan laa buat keje sangat. ( itu je aku mampu cakap)
'Kalo abah tak buat, sape lagi nak buat'..
'Abah, nanti call lagi eh..tren da sampai'..

Titik.

Memang manusia yang bernama ct yaya ni cengeng.

Tren belum sampai, aku terpaksa cakap macam tu sbb sedih. Sedih memikirkan keadaan abah di kampong. Laju laju mesej suami..

' Sedih.. tadi call abah, abah cakap xsihat xleh jln sgt.. lutut abah sakit..'

Dan suami aku takbalas mesej sampai aku balek umah selepas amek aqil dari umah bby sitter. Argghhh..die mmg bizi laa tu, aku fikir sendiri. Tapi kenapa tak reply. Tunggu sampai petang takde sebarang mesej dari die. Fineeee..

Ct yaya, awak boleh start merajuk sekarang. heh!

Dan cintahati balek keje lambat. Selepas aku siap sembahyang maghrib, die baru balek. Aku keluar saje dari bilik, die bersuara..

'Minggu depan amek cuti, kite balek tengok abah ye..'

Okeyyyy, simpan laa merajuk kau dalam poket seluar ct yaya! Hati aku tersenyummmmmm.. Dalam hati, terima kasih suami. :) Die memang begini, takreply mesej bukan bermakna die tak amek tau. =,=

Inilah kisah semalam aku bersama dua lelaki kesayangan.

Abah tu kuat semangat, dah dekat 4tahun lebih duduk kat umah tanpa anak anak selepas aku mencari rezeki kat sini. Yang menemani die, anak buah aku laa. Nasib baik ade dorang. Kuranglah sikit sunyi, dan abah takboleh dengar anak anak cakap nak balek kampong. Die akan call bertanya benda yang sama. Salah satu sebab dia call aku semalam, sebab tu lah.

Suami aku memang begitu. Taksuka mesej. Suka terus call. Kalo tanya, kenapa takreply mesej.. jawapan die meeting. Dan jawapan aku.. meeting, meeting, meeting! Takboleh cite banyak pasal die, sebab die baca blog aku secara senyappp.. aku malu dan malu. Bile aku tengok die baca, die nak cover kantoi tu die cakap ' gambar saya pon ade dalam ni'.. heh! Sape suruh jadik suami.


Anak saya dah boleh jalan. Da dekat seminggu lebih. Die suke sangat berjalan menuju ke rak tv. Salah satu sebabnya, sebab boleh memanjat.


Betul lah tu, memang mama die tengah tengok primadona. Jadi, cerita semalam adelah kisah aku bersama tiga lelaki kesayangan. Abah. Suami. Anak. Terima kasih kerana menjadikan aku seorang anak. isteri. mama.

Doakan abah aku sihat ye kawan..:)

Thanks reading.


No comments:

Post a Comment