CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, September 4, 2012

raya raya raya!

Assalamualaikum..:)

Hari ni ada jamuan raya kat HQ company tempat aku keje, seronok! Sebab ni pertama kali aku join jamuan raya kt HQ selepas 4tahun join company. Memang, walau keje satu bumbung, bawa nama company yang sama, dapat gaji pada hari yang sama dan bernaung di bawah pucuk pimpinan yang sama..tapi, masih ramai rakan sekerja yang aku tak kenal dan pertama kali jumpa adalah tadi. Satu pengalaman yang baru.

Sebelum sampai, dari jauh lagi dah dengar bunyi muzik alunan lagu raya. Memang terasa sepeti raya lagiiiii..huihuihui.. Dengan makanan yang banyak sangat. Ada mee goreng, mihun goreng, kue tiaw, lemang, ketupat, nasi himpit, tapai, kuah kacang..mmg banyak. Tambahan cendol, air sirap ( air wajib kotttt..hehe! ), air oren dan banyak lagi makanan best best. Kang aku tulis semua kang korang jeles tak dapat join..=)

Ade laa sedikit gambar dalam camera bos guwe yang die telah tag dalam fb guwe..



Bile bab makan jek mmg agak over ckit.

amek makanan pon da byk, mmg xhengattt..


ni pic pas da blek jamuan, aku kat pantry ofis and nak balek uma. Sudah cukup sudah beraya. Kite tngu next year ongkesss..:)

 Ade buat open houz tak ? Jempot laa mak hencik..kikikiki.. sungguh tak malu!

Love : Yaya..

Sunday, September 2, 2012

WHI = Wanita hari ini

Assalamualaikum..:)

Aku rasa rutin harian aku makin bizi, bkn saje bizi..tp terlalu bizi. Kadang kadang tak tau ape yang aku sebokkan sangat. Keje kat uma? Keje kat ofis? Ape lagi yang aku bizi kan sangat tu. Nak kata keje kat ofis berlambak, ni haaa salah satu keje aku..



Duduk, berdiri kat mana mana..pastu mintak orang snap pic. Tak senonoh betoi. Sabar jek ofismate aku...kuikuikuikui..

Pastu, nak kata bizi kat umah..pon tidak laa sgt. Sebabnya, tadi pon aku sempat layan cerekarama Seruling Cintaku. Boleh tahan, ase nak tgk sebab Fathia tu comey sgt kulit gebus macam apam.

Tapi sebenarnya,yang aku nak cite tanggungjawab seorang isteri, ibu yang bekerja mmg sangat rumit. Aku takde jadual keje yang fleksibel. Maksud aku, tiap tiap hari pegi keje and balek keje pada waktu yang sama. Tidak. Aku kadang keje pagi, awal pagi da blah. Keje ptg, malam baru balek. Tsk. Mmg tsk.

Dalam diari harian aku akan ada dua senario. Contoh, keje pagi..aku akan anta anak ke umah baby sitter pagi pagi. Anak yang lena tido pon tersedar, ada sedikit rasa kasihan dan bersalah disitu. Cian anak tgh best tdo, kite pulak angkat. Balek keje pukul3, aku terus ambik anak. Mandi dan sembahyang zohor pon terkejar kejar. Kemas umah sebab keluar pegi keje pukul6.30 pagi tak sempat buat ape pagi pagi. Lepas kemas, layan anaknda dan rehat seketika. Pukul 5, ready nak bagi anak makan and mandikan die. Dodoi kan die tido, sbuk kat dapur prepare dinner. Ciap masak, anak bangun. Bergilir ngan asben nak mandi and sembahyang maghrib. Layan anaknda sampai dia tidur. Lepastu baru berpeluang makan, tengok tb n rest. Besoknya begitulah. Sampai aku rase masa rehat yang aku ada, aku harus rehat serehat rehatnya.. Say no to fb n blog. Dats y aku jarang hapdet.

Sekian, itu sahaja alasan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Ehhhh, belum abis lagi laa. Sesibuk mana pun, sepenat manapun dan seletih mana pon aku dalam rutin harian aku. Aku terlalu gembira melihat anaknda membesar di depan mata. Setiap hari aku ikuti perkembangan dia, daripada meniarap, sekarang da pandai angkat bontot. How sweeeeeeet im being a mother.

Ok, ni da abis betul betul.

p/s : boleh tak kalau WHI aku tukar ke RHI = Remaja hari ini. Aku kan feeling remaja.

Lot of love : Yaya :)

Friday, August 31, 2012

Merdeka Raya..

Assalamualaikum..:)

Ramai yang cuti esk? Haruslah kannnn.. Nama pon Hari Merdeka. Bile da lame xhapdet, taktau nak mula dari mana..mmg tersangat niceeee laa sgt. Selamat Hari Raya korangggg.. Macam mana raya? Best? Aku punya raya pong mesti lah best. Actually, aku tak dapat cuti raya tau..tapi aku dgn bijaksana nya telah menukar cuti dgn ofismate aku..huihuihui.. Dapat lah aku balek raya almost 1week..ohsem!

Balek Kelantan tercinta on 18th around 4.30pm and safely arrived 9pm, malam raya sampai weh. Memang lambat, memang tak berbuka puas kat Kelantan pon thn ni. Memang takbest. Tapi nak buat acang ane, jadual keje aku mmg gitu. Atleast aku dapat balik, syukur. Malam raya and 1st raya kat uma mentua, petang ckit gerak balek umah abah. Pastu jalan jalan umah makcik pakcik aku. Mmg syok + thn ni raya ngan anak. Paling best sbb bleh collect duit raya anak..hahahaha.. mata duitan! :)

Aku tak banyak amek pic pon. Ade la seketui dua kat camera aku, seketui dua kat camera pakcik and sepupu sepapat. Aku tunggu dorang upload kat fb, kang aku tayang la kat cni.



kesayangan..:) Ehem, tema titew warna yellow dis year.

Baheklah, kite tutup cite pasal raya. Moh kita bercerita pasal merdeka plak ye. Ambik mood utk esk. Malam ni korang sambut merdeka kat mana? Aku? Kat uma jek, dan untuk pengetahuan korang..aku tak pernah keluar malam merdeka utk gi sambut kat mana mana tempat. Tak kuasa mak hincik nak bersesak sesak ngan orang ramai, crowded pny tempat ahkak tak suka. huihuihui.. Sambut kat uma ni pon macam tak berapa sambut jek, setakat aku ngadap tv n lappy. Boboiboyy aku pon da lena. Bagi aku, merdeka bukan kira kita sambut kat mana, kita raikan bagaimana, kita tengok bunga api ke ape sume tu tidak! Merdeka bukan sahaja kita bebas dari penjajah, tapi kita membebaskan minda dari di jajah. Rasenye, aku bukan orang yang sesuai utk membicarakan pasal merdeka, sebab fahaman aku mungkin masih lagi cetek berkenaan sejarah. Tema merdeka tahun ni Janji Di tepati..kan?

Masa buka fb tadi, aku ade tengok satu pic ni. Sambutan kemerdekaan di Kelantan pada tahun 2010, sembahyang sunat / hajat beramai ramai kat padang. Itu lebih afdhal kan. Apa pun, selamat hari merdeka sume. Meh tengok bunga api sesama yawww.


ehh, ade jgk pic mak hincik!
 Baibai uolsss..:P

Sunday, August 12, 2012

kitew ade boboiboyyy part3- last part

Assalamualaikum..:)

Aku selalu berangan nak wat entry banyak part, tp asek tertangguh. Aku sedar kelemahan yang satu itu..hehe! Dan sekarang, aku sendiri taktau aku nak sambung kat mana cerita yg tertangguh tu. Maen agak agak pon boleh kan.

Selepas 4 atau 5hari aku n baby duk asing ( means wad lain lain ). Finally, kteorg boleh duk skali. Aku dan asben excited nk jaga baby. Since baby aku masih dalam pantauan doktor msa tu, aku yang kena turun ke wad kanak kanak ( baby aku masa tu masih dalam NICU).  Da kemas baju n barang2 segala nak g duduk kat wad ngan baby. Nurse inform kat kami suami isteri yang baby xboleh keluar dari NICU sebab kuning tinggi. Fine, masa tu aku down giler. Barang da kemas keluar wad ibu bersalin. Nurse bagi aku dua pilihan, either aku balik rumah dulu atau admit wad kanak kanak without baby sebab baby dalam NICU. I choose the first one. Aku kena balik. Kalau aku stay kat wad kanak kanak tanpa my baby, aku lagi tertekan. Aku balik, petang n malam aku ke HKL untuk susukan baby. Aku dah tak hiraukan pantang larang masa tu, janji aku dapat tengok baby. Dan setiap kali aku datang tengok die, aku sayu. Aku hiba dan aku menangis sebab aku nak bersama anak aku.

Ini pic bln lepas, harap maklum..:)

Satu malam je aku kat uma, pagi esok aku melawat baby..doktor mintak aku datang petang n bawak pakaian sebab kuning baby da turun tapi still kena pantau. Oh yeahhhh. suka sangat masa tu. Aku jaga dia, tukarkan pampers die, susukan die setiap masa, tido ngan dia. Itu sangat bahagia. Sunggu sungguh bahagia. Around 4malam dalam wad ngan baby, ktorg boleh discaj. Discaj petang jumaat n pagi sabtu weol gerak balek kelantan. Aku habiskan berpantang selama 60hari kat sana. Di rumah keluarga mentua. Ibu mentua yang terlalu caring sampa aku jadik segan..hehehe! Cite masa berpantang, next entry ye.auwww.. masih bermimipi nak hapdet blog raya raya ni..ekekeke..


Doa seorang ibu, semoga anak aku membesar dengan sihat. Menjadi anak yang soleh.

CT yaya..:)

Saturday, August 4, 2012

8years without u..

Assalamualaikum..:)

Ok, hapdet blog pas sahur. Sementara tngu azan subuh. Sape yg baca status fb aku semalam, mungkin tau aku nak hapdet pasal ape. Mungkin dapat agak. Ye, kisah 8tahun lepas. Kisah kerinduan aku. Kisah kehilangan aku. Kisah arwah ibunda tercinta. Sekejap sangat 8tahun itu berlalu. Memang, jangankan 8tahun. Walau berpuluh puluh tahun akan datang berlalu tanpa ibu, aku memang akan rasa masa itu sangat pantas!

Tahun lepas, aku buat entry yang sedih. Aku crita kisah kehilangan ibu. Aku crita segala galanya yang buat aku menangis. Aku crita bagaimana die menghembuskan nafas seorang diri. Bagaimana ibu kehilangan nyawa di dalam keretapi. Tahun ni, tahun kelapan, aku tak nak mengingatkan kesedihan. Aku tak nak menangis masa taip entry. Aku nak gembira mengingati die, aku nak rasa bahagia. Aku nak ingat kisah bersama ibu yang sentiasa segar dalam ingatan. Tapi semakin aku ingat kenangan, semakin aku rase aku kehilangan.

Banyak kenangan gembira bersama dia. Aku ringkaskan. Dulu, kalau aku demam. Mintak jer, nak makan ape pon dapat. Nak tido sebelah ibu, peluk die sampai pagi pon boleh. Seingat aku, masa tu aku 10thn. Aku demam. Budak kalau demam, mana nak makan. Dah malam masa tu, aku request nak makan mihun goreng kat kedai. Yang jadik mangsa, abang aku kena jalan kaki pegi beli. Dapat jek mihun goreng, aku makan dgn selera sebab ibu yang suapkan...... Sekarang, ade ke tgn seorang ibu utk suapkan aku..?

Aku ingat lagi, masa bulan pose. Masa aku darjah 6 or form1. Aku mintak ibu buatkan biskut raya yang macam chipsmore. Aku pernah makan makcik aku buat. Hati seorag ibu kan, mulia sgt. Ibu aku pegi umah makcik, belaja resipi tu dan beli bahan bahan. Die buat biskut raya tu pas sahur. Aku ingat, aku akan ingat sampai bile bile sebab ni satu satunya kenangan aku buat biskut raya ngan die.

Lagi kenangan yang meruntun jiwa aku. Setiap pagi, ibu akan sediakan sarapan. Walaupun sekadar roti bakar, sarapan pagi mesti ade. Bangun pagi nak peg sekolah, aku mesti tak sempat nak makan sarapan. Tapi seorang ibu ade cara dia. Masa aku tengah pakai kasut, ibu akan suapkan aku. Aku makan 2,3sudu pn da cukup. Ya Allah, sungguh aku rindu.

Kenangan. Tetap jadi kenangan kan. Cite ni masa ak darjah5 ke bile, lupe. Aku ngan ibu tengok rancangan masakan. Chef tu tgh goreng mee. Aku terus cakap kat ibu, aku terliur nak makan mee. Nilai kasih sayang ibu, die terus masakan mee. Die seorang ibu yang sentiasa cuba memenuhi kehendak anaknya. Sentiasa berusaha puaskan hati anak. Dan sekarang, bile aku tengok wajah anak aku sedang tido. Terdetik dalam hati aku, mampu ke aku jadi ibu seperti itu?

Kalau malam, time tengok tv. Aku ngan kakak aku mesti berebut nak tido sebelah ibu. Berebut sanagt sampai ibu cakap, kalau nak tido sebelah die..kena urut belakang, picit2 belakang die.ahahahah.. Memang kteorang sanggup. Zaman sekolah dulu, kalau tengok tv time maghrib..abah marah sebab die nak anak anak die sembahyang dulu. Abah akan cabut plug tv, sape pon tak berani pasang balik. Tapi, kalau ibu ade tengah tengok sekali..abah akan consider. hehehehe..kenangan.

Tak mungkin semua kerinduan aku pada ibu mampu aku tulis dalam blog. Simpan sedikit utk ubat hati sendiri. Aku janji tak nak menangis masa taip entry, tapi air mata menitis lagi. Terima kasih rakan blog yang sudi membaca.

Love :) ct yaya

Thursday, June 28, 2012

kitew ade boboboyyy part2

Assalamualaikum..:)

Over plak ade part 2 bagai kan. Naseb lah, aku macam tengah rajin ckit nak hapdet. Baby sedang bermain main sambil nonton tv. haha..feeling anak da besar.

Sambungan dari..

 Syukur tak terkata. Tapi, di sebabkan terlalu lama meneran..baby aku sedikit lemas. Ini memang buat aku risau, susah hati, hiba, sayu dan rase bersalah.. Sungguh, aku sampai pikir..aku penyebab baby aku lemas..

Yer, baby aku sedikit lemas. Biasanya, lepas selamat bersalin. Nurse akan letak anak kat dada kita. Tapi aku tak rase semua tu. Nurse terus bawak lari anak aku utk pastikn nafas dia ok. Alhamdulillah, lpas mandikan die..nurse bawa baby kat tempat aku dan aku sempat kucup dahi dia. Walaupun aku dalam keadaan lemah masa tu, mmg lemah giler..ade perasaan bahagia.Sembilan bulan dia dalam kandungan, bertarung nyawa bersalinkan dia..memang aku bahagia..:)


Aku dan anak ditempatkan di wad berasingan. My baby kat wad kanak kanak. Hari pertama, anak aku terpaksa guna oksigen, dan minum susu ikut tiub. Hati ibu mana tidak sayu, hati ibu mana tidak sedih dan hati ibu mana tidak menangis. Sehingga hari kelima, kami masih di wad berasingan. Hanya dua tiga kali sehari aku ke wad kanak kanak unuk menyusu sebab aku masih lemah lepas bersalin. Bagaimana rase bila kite keluar wad, balek rumah..tapi anak masih di hospital. Hanya Tuhan yang tahu gundah gulana hati aku..


To be continue..

Saje buat entry panjang dan sambung menyambung..kikikiki..:P

ct yaya

Saturday, June 23, 2012

kitew ade baby boboiboyyy..:)

Assalamualaikum..:)

Hai, lama nya kitewww cuti hapdet blog! :) Cuti bersalin pn 2bulan jek, yang aku ni cuti hapdet blog sampai 3,4 bulan kan. Oh, itu biasee..

Kawan kawan.. Alhamdulillah, aku selamat melahirkan baby boy pada bulan April lepas. *ayat macam wartawan tulis cite artis bersalin* Errr, sebenarnya nak cite sal pengalaman bersalin, tapi xtau nak start cemane.

Since aku overdue masa peknen, klinik kesihatan tempat ak checkup buat surat utk aku refer ke HKL. Finee, aku turutkan saja sebab masa tu da overdue hampir 1week. Hubby anta aku ke HKL. Sampai sampai kat sane mmg takut gile sbb nak bersalin ni woi, bukan nak checkup biase. Aku da standby baju2 n brg baby sume lam keta. After register, doc check perut n die cakap, aku kena admit wad. Dan yang paling buat aku berdebar, doc bgtau..' kite tunggu sampai pg esok, kalau puan xrasa sakit jgk..awal pg esok kite masuk ubat'. Hati mana tak gundah kan, ni pengalaman pertama. Aku tak tau pape, cuma dgr pengalaman org je.

Masa dalam wad, aku rase aku tenang. Mungkin sebab masa tu aku redha. Aku menyerah. Aku cuma nak yang terbaik utk aku n baby. Aku cuma nak bersalin cepat cepat. Aku nak tengok baby aku. Aku da bawa dia dalam perut 9bln dan aku nak rase pengalaman bersalinkan dia..baby aku yang pertama.
Abah, kakak2,mak mentua n sahabat aku xputus call n mesej. Bagi nasihat n kata2 semangat. Hanya Allah mampu balas jasa mereka.

Esoknya, dalam pukul5.30 pg.. Nurse kejutkan aku utk monitor CTG ataupun jantung baby. Baby aku ok, cuma dia nak dduk lam perut mama die jek lg..haha! Selesai CTG, doc dtg utk check jalan. Dan alhamdulillah..syukur sgt sebab da buka 4cm. Tapi, aku xrasa sakit langsung. Bukan kah itu bagus? Dan yang plg bagus, aku xperlu masuk ubat. Selepas mandi, sarapan..nurse bawa aku ke labour room. Memang. Memang perasaan bercampur baur. Hubby tunggu dan ade menemani aku sampai aku selamat melahirkan zuriat kami.

8.30pg dalam labour room, 4.30ptg baru aku bersalin. Aku pn tak tau kenapa aku tak rasa sakit sangat. Yang aku betul betul rasa sakit bile nurse masuk ubat ikut air yang die cucuk jarum kat tgn. Masa tu mmg sakit sgt sampai ak tak lepas pegang tgn hubby. Tuhan jek yang tahu sakitnya masa tu. Jalan belum buka 10cm, tapi aku da mintak nak push. 1jam bertarung nyawa, dan alhamdulillah..aku dapat lihat cahaya mata sendiri. Syukur tak terkata. Tapi, di sebabkan terlalu lama meneran..baby aku sedikit lemas. Ini memang buat aku risau, susah hati, hiba, sayu dan rase bersalah.. Sungguh, aku sampai pikir..aku penyebab baby aku lemas..

to be continued * pjg sgt la pulokkkkk..

tata..:)
ct yaya