CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, April 26, 2014

Selamat menjadi dua anaknda.

Assalamualaikum =)

Nak cerita kisah anaknda.

05042014 - 05042014.

Alhamdulillah, syukur pada Allah. Aqil dan berusia 2tahun. Memang akan kedengaran 'cliche' bila mak mak cakap, masa berlalu pantas. Tapi, trust me. Awak akan rase baru je ade anak, baru je bersalin bila tengok anak awak. Macam tu gak aa yg saya rase, Allahuakbar. Perit, sakit, gembira, sayu, terharu dan semua rasa yang saya rasa dua tahun lepas masih saya ingat. Dan mungkin akan saya terus ingat. Aqil hadir umpama sesuatu yang memang di nanti. Sampai sekarang pun, bila balik keje, tapi tengok anak tido, rasa macam 'haihhh, kenapa tido awal, tido lah same same'. ini di panggil #sindrommakmak . Hahahaha.

Kalo celebrate besdei - mama, ayah o aqil. Memang saya sorang jee yang akan plan. Suamiku memang rilek je, tunggu saya cakap je ape plan. Penat tauuuu nak pikir. *lappeluh
Kalo anniverseriiiii, pandai fulak die pikir. Itu pun atas paksaan bini die ni haaaa.

Ok, macam tahun lepas gak aa. Saya cuma nak raikan dengan kami bertiga je. Makna nya, tak buat besdei secara panggil jemputan. Gittewww. Nampak sangat mama kau nii pemalashhh. Hahaha. So plan awal, nak beli kek n makan kat umah. Lepas tu nak hire photoghrapher untuk ambik family potraite. Nak cari tempat menarik, nak pakai baju same theme, mama pakai cemana, ayah pakai cemana, besdei boy pakai cemana sume dah pikir. Tapi harus mama yang palin vogue. Hahahaa.

Dalam masa 2weeks before besdei ( i know its too late), saya cari photoghrapher. Pm thru fb tanya quotation and so on. But, nobody reply. Entah laa. Taktau nak cakap, xbetul ke kalo kite tanya harga dulu? So, saya tak jumpa photoghrapher untuk plan tersebut. Kalo ade pon, kat kelantan sane nun. Jadi, saya tukar plan. Mari lah ayah, kita g Genting. Memang, memang Genting punya outdoor dalam renovation. Saya tak kisah pon, mungkin suami saya yang kesah. Hahahaa. Kalo outdoor boleh di gunakan pon, saya taknaik benda benda tu sume. Rollercoster and so on. Ai is penakut.

Tujuan hari itu, adalah untuk Aqil. All about ur day sayangku Aqil ( mama harap besar nanti Aqil baca). Mama dan ayah nak Aqil hepi. Main dan gembira lah sepuas hati mu anak. Dan Aqil memang seriously excited, masa sampai dan nampak bangunan bewarna tu, dia dah cakap dalam kereta 'bestnyaaaaa'. Suruh ayah cepat parking, tapi awak sume tau lah weekend meamng always penuh. Masuk je kat dalam indoor tu, die teus nak main. After settle beli tiket sume, here we goooooo. Silakan anak, main lah. Mama pon nak jugak. Hahahaha.


naik kuda, dia punya suka naik kuda ni sampai 4x gakk aa mama g beraturr.


masa nak makan, beli kek secoet ni untuk anaknda, takpe sayanggg.. bln6 ni mama beli kek besau nau nau yee..

potong pon ngan susu jewww..hahaha. tengok mulut aqil tewww

HAHAHAHA.. nganga mulut besauuu

dah ayah pulak nak kena beratur ngan dia naik kudaaa..

cintahati. gaduh baik merajuk pon tetap cinta hati. :P

yang ni da nak balik. Matiklaa gambar sume tunggang terbalik. koserr.

masa Aqil nak naik benda ni aku da cuak, takut nanti aqil terkeluar daripada pintu tu. Takutnya aku sampai laki aku cakap, awak je lebih lebih risau, aqil ok jeeee. Fineee lah!

ilovethem.

theyloveme *nakjugak

aqil sebok pandang benda lain. mama nampak gemok.


It wasssss funnnnn! Harga untuk indoor theme park ni myr32 per person. Price for child saya tak ingat sebab Aqil tak perlu bayar. Under 90cm is free of charge. Kebetulan pulak masa kami nak beli tiket ade promotion untuk sign in member card for free which is awak dapat diskaun and some benefit if shopping or makan kat restoren tertentu la. So, tiket kami cuma myr52 shj. Naik ler byk kali pon, lantak muu laaa selagi tak muak boleh je.

Untuk saya yang dah lama tak datang Genting ni, seronok la. Boleh lepak, chill, rilek dan lupakan kerja sekejap. Gembirakan anak. Bila dia gembira, dengan kita sekali pon gembiwaaaa.

Terimakasih ya Allah untuk 05042014.

Semoga Aqil menjadi anak yang baik, dengar kata mama ayah, membesar dengan sihat, jadi orang berguna dan sentiasa ingat mama n ayah. Mama dan ayah akan terus gembirakan Aqil, didik Aqil, memberi nasihat kepada Aqil dan sentiasaaaa ada untuk Aqil.

Sayangku Aqil, Allah beri apa yang kita perlu, bukan apa yang kita mahu.
Selamat ulang tahun sayang, selamat menjadi dua, selamat segala gala.

Mama yang menyayangimu,
Ct yaya.

*Thanksreadingkawan!




1 comment:

  1. Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Blognya nice.
    Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete