CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 15, 2013

satu perubahan, atau pengalaman?

Assalamualaikum..:)

Aku ada baca satu note ni kat fb dan aku nak sangat share ngan korang semua. Mungkin aku kerap sgt up entri pasal anak, pasal perasaan jadik ibu, pasal Aqil. Tapi ni lah yang aku nak share ngan semua. Pada si bujang bujang, mungkin anda belum merasai lagi. Tunggu, one find day..korang akan hapdet blog hari hari pasal anak. Pada si ibu, mengaku lah yang list di bawah pernah anda alami.

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!


Ok, mari kita buat sedikit ulasan. (#kalau ayat aku ada ciri ciri bahasa melayu yang baik utk entri, sila bagi tepukan) Memang, kekuatan tu datang tanpa sedar. Ia datang masa dalam labour room lagi. haaa.. masa nak bertarung nyawa melahirkan anak, percayalah segalanya dengan usaha tenaga sendiri atas sokongan doc, nurse dan suami di sisi. Memang rindu masa mengandung, rindu masa bercakap dengan baby lam perut. Rindu menyebut kalimah Allah sambil mengusap perut yang boyot. 

Kalau pasal tak payah kunci jam, part ni aku memang jarang guna. Sebab aku selalu kunci jam, anaknda aku bukan jenis yang mnyusu malam. Before tido dan kalau die terjaga nak menyusu pon sekali sahaja. Itupun bukan tiap malam. Bagus kan? hahaha.. Yes, lebih menghormati dan menghargai ibu bapa sebab akan terdetik dalam hati ' besarnya pengorbanan mereka menjaga kita'. Kalau anak tak sihat, aku rasa..aku yang menangis, padahal aqil rilek jek main main dengan aktif. Aku da ade anak buah yang ramai, jadi aku dah terbiasa basuh dorang punya poo poo, so..no worries! 

The best part is, bila kita dapat menenagkan anak yang sedang menangis. Sumpah bangga. Bila hanya kita yang dapat menenagkan dia. Masa mandi yang singkat pon aku alami sekarang. Haih, kalau ddulu mau setengah jam. Sekarang ni, asal dapat mandi je lah. Kadang tu, tengah mandi pon aku terjerit jerit pangil 'adik, adik'. Bile bunyi suara anak tu, ok laa..

Secara peribadi, hari hari yang berlalu tu indah. macam sekarang ni, tup tup dah nak masuk 10bulan kot anak aku. Kalau keje pagi, aku nak cepat cepat balik, ambik anak kat umah babyssitter. Habiskan masa dengan die sampailah aku dodoikan die utk tido malam nanti. Kalau keje petang, dah balik malam tu cepat cepat nak sampai umah tengok anak. Bile die dah tido tu, peluk cium die ketat, kalau die terjaga, paksa suami tdokan anak balek sebab aku nak mandi, makan sume.. hahaha, ayah die jugak jadi mangsa. :P Tapi , laki aku selalu cakap.. ape yang penting, kerjasamaaa.. tolong menolong hokeyy.

Tak kira lah macam mana hari hari yang korang lalui, sila lah hargai sebab di sini bermulanya memori. 

Thanks reading kawan..:)



1 comment: