CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, January 5, 2013

dinner.

Assalamualaikum..:)

Bile korang tengok tajuk dinner tu, jangan lah anggap aku nak poyo tunjuk masakan aku bagi korang sume terliur. Tidak. Ni haaa, dinner kat luar jek. Korang tak tahu ke aku rajin masak? Hahaha.. Cume aritu jek aku skip masuk dapur. Itu normal sbb asek makan masakan sendiri jek. Heh. Alasan lagi.

Kteorang 3beranak ke tempat makan ni nama ape entah lupe laa fulak. Kat area sentul sane. Alah, yang meja makan ade pondok pondok korang nak bersila pon boleh sambil menikmati pandangan lampu neon. Kami sukeeee tempat ni. Masakan die bestttt. Dari zaman bercintaaaa lagi kami suka makan kat sini. Kalau nak tau nama restoren ni, pegi laa carik sendiri kat sentul tu.

jangan laa ingat aku makan kenyang2, bagi laki aku jaga anak.tidak sama sekali. kami makan sama sama dan anak kami main di pondok ini. hehehe..

Aqil da nak tido tu, tapi naseb boboiboyy aku jenis yang tak menangis kuat2. merengek biase jek, kalo pujuk ok laa die.

makan utk 2orang jek tapi berpinggan pinggann.

si gagah, macho, kacak, ensem, itam manis sayaaa..hahah.. jgn harap la die nak senyum. Naseb Aqil da ikut mama gelak gelak depan camera..hiksss

masa ni orang kat tepi tepi da tunggu kami blah sbb xde meja. tapi aku menggediks amek pic lagi.. hahaha
korang ingat senang ke nak pakai tudung bawal dgn anak kecik ni. Ni time aku pasrah je ni aku pakai. hahaha..

Setiap saat, masa yang berlalu jika bersama mereka terasa bahagia. Ini bukan jiwang, ini ikhlas. Suami dan anak dunia saya..:)

Thanks reading kawan.

Friday, January 4, 2013

Selamat Datang 2013.

Assalamualaikum..:)

Holohh holohh korang ni sweet sangat lah. Tunggu makcik hapdet ye? kikikiki..Bile aku tengok kat overview ni..macam ade orang masuk jek tengok blog iolss. Tertunggu tunggu letteww. Alhamdulillah, terima kasih sebab setia menjengah. Da dekat sebulan lebih aku tak hapdet. Banyak alasannya ni. Kisah bersambung sambung. Aku balek kampong almost seminggu, pastu cbuk layan adam hawa sampai episod sekarang. Al maklumlah, sudah ketinggalan. Tak payah nak bagitahu, kang aku tak hapdet kanggg. Then, anak demam. Lepastu cuti lagi 5 hari. Cuti ni kat KL jek, spend time yang betol betol berkualiti with hubby n son..:)

Oh, lupa plak. Selamat Tahun Baru. Sama sama kita hargai 2012 dan kita mensyukuri kesempatan yang diberi untuk bersama sama di tahun 2013. Asal tahun baru jek mesti nak tanya azam kan? Hmm..aku ni tak de azam. Dan rasanya tak perlu berazam kot. Cukuplah aku berdoa agar hari hari mendatang membawa kebahagiaan dalam hidup aku, suami dan anak kami serta bakal bakal bakal anak kami. Hahahaha..ade niat tu! Berdoa di beri kesihatan yang baik dan hidup kami di lindungi Allah dari perkara yang tidak baik.

Macam mana dengan tahun 2012 korang? Biasa laa..setiap tahun ade perkara manis, ade juga kenangan pahit yang dah kita lalui. Tapi percayalah, kalau korang masih kuat dan bertahan sehingga hari ini Maknanya, untuk hari hari akan datang, kita akan jadi lebih kuat. Kebahagiaan dan kesedihan, bagi aku dua dua adalah cabaran. Ye, di beri kebahagiaan untuk menguji sejauh mana kita mampu bawa bahagia. Di beri kesedihan juga untuk di uji sejauh mana kekuatan kita. Biar lah, kerana di situ lah terletak pahala kita.

Eh, da macam penceramah ala ala suam suku jek aku menulis malam ni ye.Huihuihui. Same goes to me, tahun 2012 lah aku di kurniakan anak sebagai pelengkap rumah tangga. Bahagia, tersangat bahagia. Sepertinya status seorang wanita sudah lengkap. And becoz of dat, 2012 sangat bermakna untuk aku. Moga moga duaributigabelas juga yang terbaik utk kita!

With Love,
Ct yaya.

Thursday, November 22, 2012

hujung minggu.

Assalamualaikum..:)

Last weekend on saturday aku cuti, jadik alang alang da cuti hujung minggu yang sememangnya susah jugak nak dapat..marilah kita manfaatkan bersama keluarga. Hmmm, orang key el panggil riadah
( la sangat kan )..hewhewhew..

Lepas abis tgk cite Mann kat tv3, laki aku ajak keluar. Bila tanya nak g mana tak jawab. Ye laa, makcik nak jugak pakai senonoh ckit ikut tempat yang die bawak kan. Pakcik korang jarang ajak keluar sejak ade anak, lagipon Aqil kecik lagi. Kami keluar bile perlu. Kadang kalau aku nak shopping ke ape, aku g ngan mmbe..takpon tinggalkan Aqil kat bb sitter, dating lah kami laki bini..hahaha. Bukan taknak bawak sebab susah, tapi aku rasa kesian. Kecik kecik lagi da usung ke sana ke mari. Tak sanggup aku, for me..bile die da bleh berjalan and da boleh rasa excited keluar jalan jalan..akan aku bawa ke mana sajaaaa..:)

Kalau baby ko masih merah merah ko bawak g jenjalan makan kat kedai shopim kat mall konon konon nak ukur baju mana sesuai ngan anak..memang takkk laa! Anak ko taktau ape pong nak pilih baju macam mana sesuai ngan diri die, anak ko pon bukan bleh dduk atas kerusi meja makan sekali minum ais makan kepci pizza bagai. Takde nyeeeee.. Aku cakap begini bukan kate aku tak pernah bawak Aqil, aku bawak die makan kat kedai, tu pon singgah pas balek dari umah kakak aku. Bawak die shopim tu pon sekali. Alaaa, setahun dua nnti pandai laa anak ko ajak ko plaks.

Terrrbebel plaks. Jadi, moh ler kite ke Tasik Perdana. Jalan jalan amek udara petang. Pekenalkan Aqil pada sesuatu yang baru..hewhewhew.. Biasa amek udara petang round2 keta jekkk.. Kali ni kita pusing satu tasik, lenguh kaki kottt..


aku pong xingat ape yang die seronok kan tu.


kate orang, sederhana itu indah.. tapiiii, indah ke? muehehehe..

errr, sendiri snap pic..begini lah jadinya..huihuiui..


pendukung yang setia.. mama nya jalan lenggang kangkong sajeeee..
 Begitulah masa kami.. sekejap jek pong datang cni, cuma habiskan waktu petang dengan hanya KAMI BERTIGA.. hihihihihi..:) Pic yang di tayangkan hanya ini, yang laen..sudah cukup sudah. Qualit time is only with both of you. Its wonderful time: hours minute n second actually.

Thanks reading kawan.


Tuesday, November 20, 2012

Save Gaza!

Assalamualaikum..:)

Aku da banyak sangat baca pasal Palestin kat FB, paper dsb. Hari ni aku pulak rasa aku kena menulis sedikit pasal Gaza Palestin. Sungguh, aku sedih! Aku tak tau macam mana nak describe perasaan sendiri bila baca kisah kisah Palestin. Yang paling buat hati aku luluh bila ade orang share satu pic kanak kanak terbakar dan caption tersebut berbunyi ' bayangkan jika ini anak anda'. Subhanallah, serta merta hati aku di gayut resah. Ape yang aku sudah buat utk menolong sedara seislam kita? apa?

Kecik sangat pertolongan aku. Kenapa aku cakap kecik? Sebab aku hanya share pic kat fb dan tulis, Zionis Laknatullah, Pray for Gaza. Memang kecik pertolongan ni, tapi aku tetap berharap sekurang kurangnya ade yang membaca dan mendoakan utk Palestin. Aku tak ada trofi anugerah seperti Faizal Tahir yang berniat nak jaul semua trofi utk selamatkan Gaza. Aku juga takde kasut emas seperti Christiano Ronaldo yang berniat nak jual ksut emas berharga 5.5juta utk sumbangkan pada Gaza. (sumber dari FB ).



hero yang sebenar benar hero!

 Orang asyik ulang, MCD produk israel. Tapi yang laen laen, KFC, Nestle, Starbucks, Danone, Coca Cola, Loreal n byk lagi. Itu sume macam mane? Kalau nak boikot, boikot terus semua! Mngkin Yahudi tak takut jika lancarkan serangan keatas merekan, tapi merea takut jika kita lumpuhkan ekonomi mereka. Ayuh kawan, Save Gaza!


memang kejam! Sanggup buat kat kanak kanak macam ni, tunggu nanti di Hari Perhitungan.

Ade jua yang aku terbaca dalam dalam FB, seorang bilal mati ketika keluar utk melaungkan azan. Bayi dan ibu wanita, jenazah mereka diratapi oleh sang suami. Ya Allah, syahidlah mereka. Marilah bersama sama kawan mendoakan keselamatan mereka, mendoakan kekuatan mereka, mendoakan keteguhan iman mereka.

Ct yaya~

Monday, November 12, 2012

tea time

Assalamualaikum..:)

Rajin itu perlu ye uolss. Di sebabkan rajin sudah sebati dengan diri ini, maka..lihatlah hasilnya di bawah,





























hahahaha, goreng karipap tiga bijik pon sanggup gelar diri rajin. Sila memahami.

Selamat menjamu mata sebab puteri nak menjamu selera..

Tata uolss, yaya love!

Sunday, November 11, 2012

new look!

Assalamualaikum..:)

Ehem ehem, nampak tak? nampak tak? Nampak tak blog berwajah baru. Aummmm.. Someyyy plaks rase nak bka blog sendiri setiap hari. Cehh! Aku ni bukan jenis yang sign in blogger setiap hari. Kalau tidok, da berlambak entry kan. Pastu plak aku kalau sign in pon semata mata hapdet n check overview..hewhewhew.. Aku tgk jgk laa bpe orang dalam satu hari bkak blog aku. Walau pun suam suam suku, masih ade yang sudi menjengah! Thanks.

Kisahnya, aku telah meminta pertolongan anak buah aku yang sedang cuti sekolah a.k.a lepas pmr utk godek godek repair mana yang patut sal blog aku ni. Al maklumlah, makhencik bizi manjanggg.. Tak kuasa nak ngadap laptop lama lama ubah itu ini kat blog aihhh.. Jadi, dgn rela hati anak buah aku memberi pertolongan. Lgi bertambah ikhlas die menolong bile malam ni aku mintak tolong die buatkan.. besoknyaa taraaaa.. oloh oloh sweet sungguh service cepat sangat. kihkihkih..

Lagu pon aku request suruh die tukar. Mendayu dayu sangat. Yang lagu dejavu ni ok lah ckit kot. Oh yeee.. anak buah aku pong ade blog. Sile laa follow n skodeng. cikgadisberbicara.blogspot.com. Ko tgk laa anak anak sekarang kan.. celik IT sungguh.

Marilah berfiki nak bagi upah ape kat die. hahahaha

Tata uolsss.. yaya nak g berlakon lam boboiboyyy dulu! :)

Friday, November 9, 2012

durian crepe .

Assalamualaikum..:)

Uhhhhhhuuu, masih terasa rasa durian crepe dalam mulut! Sedapnyaaa.. nikmat sungguh makanan sedap sedap nih. Hehehe.. Alkisahnya, aku tgk sana sini org dk crita psal durian crepe. Tambah pulak, kakak aku makan duria crepe ni siap post lam fb. Mana aku tak craving kan? Jadi aku telah mensurvey online yang jual durian crepe ni. Maka, berjumpa lah aku dgn MRchocolate. Lepas itu, bermula lah sesi pm n pm kat fb..hehehe.. Dan yg paling aku seronok, owner MRchocolate ni mmg baek sgt. Aku pulak mmg mencari orang yang area atau dekat dekat ngan ofis kan.

Mula mula aku tanya harga, tak sampai 10minit..mesej aku di balas. Macam ni lah orang meniaga kan. Senang sangat berurusan dgn Kak Manis n Abg Ajib. Yang paling aku suka, dorang ade delivery ke KL Sentral. Ohsem! Lagi senang keje, umpama ko makan mamee orang tolong bukakan. haahahha.. Bile da dpt info pasal harga durian crepe delivery sume..ak ajak mmbe mmbe order skali. Holohh holohh mmbe ak sweet sangat sebab berpakat pakat nak order. Tunggu ape lagi kan, call kak Manis mintak die sediakan 7pack utk delivery ke KL sentral besoknya.

Dannnn....ini lah dia,.


warna warni sweet sangat sedap sungguh tak tipu ni.
 Kat ofis, aku da bantai makan satu. Mula mula niat nak makan kat umah, sama sama merasa dengan hubby. Last sekali aku balun dulu, tak tahan wei bau durian bikin hidung mintak mulut makan jugak satu. HuHuhu.. Pastu buat balik bagi asben rasa. Dan sekarang, rasa nak order lagi berpaket paket nak makan sorang sorang. Hahahaha.. Kalau uolss tanya iolss, mmg sumpah sedap. Sangat sangat. Jadi, ape tunggu lgi.. Sila like panpage MRchocolate dan deal lah dgn kak Manis. Baek orangnya..:) Dan delivery caj juga sangat berpatutan.

Thanks reading kawan.