CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, August 4, 2012

8years without u..

Assalamualaikum..:)

Ok, hapdet blog pas sahur. Sementara tngu azan subuh. Sape yg baca status fb aku semalam, mungkin tau aku nak hapdet pasal ape. Mungkin dapat agak. Ye, kisah 8tahun lepas. Kisah kerinduan aku. Kisah kehilangan aku. Kisah arwah ibunda tercinta. Sekejap sangat 8tahun itu berlalu. Memang, jangankan 8tahun. Walau berpuluh puluh tahun akan datang berlalu tanpa ibu, aku memang akan rasa masa itu sangat pantas!

Tahun lepas, aku buat entry yang sedih. Aku crita kisah kehilangan ibu. Aku crita segala galanya yang buat aku menangis. Aku crita bagaimana die menghembuskan nafas seorang diri. Bagaimana ibu kehilangan nyawa di dalam keretapi. Tahun ni, tahun kelapan, aku tak nak mengingatkan kesedihan. Aku tak nak menangis masa taip entry. Aku nak gembira mengingati die, aku nak rasa bahagia. Aku nak ingat kisah bersama ibu yang sentiasa segar dalam ingatan. Tapi semakin aku ingat kenangan, semakin aku rase aku kehilangan.

Banyak kenangan gembira bersama dia. Aku ringkaskan. Dulu, kalau aku demam. Mintak jer, nak makan ape pon dapat. Nak tido sebelah ibu, peluk die sampai pagi pon boleh. Seingat aku, masa tu aku 10thn. Aku demam. Budak kalau demam, mana nak makan. Dah malam masa tu, aku request nak makan mihun goreng kat kedai. Yang jadik mangsa, abang aku kena jalan kaki pegi beli. Dapat jek mihun goreng, aku makan dgn selera sebab ibu yang suapkan...... Sekarang, ade ke tgn seorang ibu utk suapkan aku..?

Aku ingat lagi, masa bulan pose. Masa aku darjah 6 or form1. Aku mintak ibu buatkan biskut raya yang macam chipsmore. Aku pernah makan makcik aku buat. Hati seorag ibu kan, mulia sgt. Ibu aku pegi umah makcik, belaja resipi tu dan beli bahan bahan. Die buat biskut raya tu pas sahur. Aku ingat, aku akan ingat sampai bile bile sebab ni satu satunya kenangan aku buat biskut raya ngan die.

Lagi kenangan yang meruntun jiwa aku. Setiap pagi, ibu akan sediakan sarapan. Walaupun sekadar roti bakar, sarapan pagi mesti ade. Bangun pagi nak peg sekolah, aku mesti tak sempat nak makan sarapan. Tapi seorang ibu ade cara dia. Masa aku tengah pakai kasut, ibu akan suapkan aku. Aku makan 2,3sudu pn da cukup. Ya Allah, sungguh aku rindu.

Kenangan. Tetap jadi kenangan kan. Cite ni masa ak darjah5 ke bile, lupe. Aku ngan ibu tengok rancangan masakan. Chef tu tgh goreng mee. Aku terus cakap kat ibu, aku terliur nak makan mee. Nilai kasih sayang ibu, die terus masakan mee. Die seorang ibu yang sentiasa cuba memenuhi kehendak anaknya. Sentiasa berusaha puaskan hati anak. Dan sekarang, bile aku tengok wajah anak aku sedang tido. Terdetik dalam hati aku, mampu ke aku jadi ibu seperti itu?

Kalau malam, time tengok tv. Aku ngan kakak aku mesti berebut nak tido sebelah ibu. Berebut sanagt sampai ibu cakap, kalau nak tido sebelah die..kena urut belakang, picit2 belakang die.ahahahah.. Memang kteorang sanggup. Zaman sekolah dulu, kalau tengok tv time maghrib..abah marah sebab die nak anak anak die sembahyang dulu. Abah akan cabut plug tv, sape pon tak berani pasang balik. Tapi, kalau ibu ade tengah tengok sekali..abah akan consider. hehehehe..kenangan.

Tak mungkin semua kerinduan aku pada ibu mampu aku tulis dalam blog. Simpan sedikit utk ubat hati sendiri. Aku janji tak nak menangis masa taip entry, tapi air mata menitis lagi. Terima kasih rakan blog yang sudi membaca.

Love :) ct yaya

Thursday, June 28, 2012

kitew ade boboboyyy part2

Assalamualaikum..:)

Over plak ade part 2 bagai kan. Naseb lah, aku macam tengah rajin ckit nak hapdet. Baby sedang bermain main sambil nonton tv. haha..feeling anak da besar.

Sambungan dari..

 Syukur tak terkata. Tapi, di sebabkan terlalu lama meneran..baby aku sedikit lemas. Ini memang buat aku risau, susah hati, hiba, sayu dan rase bersalah.. Sungguh, aku sampai pikir..aku penyebab baby aku lemas..

Yer, baby aku sedikit lemas. Biasanya, lepas selamat bersalin. Nurse akan letak anak kat dada kita. Tapi aku tak rase semua tu. Nurse terus bawak lari anak aku utk pastikn nafas dia ok. Alhamdulillah, lpas mandikan die..nurse bawa baby kat tempat aku dan aku sempat kucup dahi dia. Walaupun aku dalam keadaan lemah masa tu, mmg lemah giler..ade perasaan bahagia.Sembilan bulan dia dalam kandungan, bertarung nyawa bersalinkan dia..memang aku bahagia..:)


Aku dan anak ditempatkan di wad berasingan. My baby kat wad kanak kanak. Hari pertama, anak aku terpaksa guna oksigen, dan minum susu ikut tiub. Hati ibu mana tidak sayu, hati ibu mana tidak sedih dan hati ibu mana tidak menangis. Sehingga hari kelima, kami masih di wad berasingan. Hanya dua tiga kali sehari aku ke wad kanak kanak unuk menyusu sebab aku masih lemah lepas bersalin. Bagaimana rase bila kite keluar wad, balek rumah..tapi anak masih di hospital. Hanya Tuhan yang tahu gundah gulana hati aku..


To be continue..

Saje buat entry panjang dan sambung menyambung..kikikiki..:P

ct yaya

Saturday, June 23, 2012

kitew ade baby boboiboyyy..:)

Assalamualaikum..:)

Hai, lama nya kitewww cuti hapdet blog! :) Cuti bersalin pn 2bulan jek, yang aku ni cuti hapdet blog sampai 3,4 bulan kan. Oh, itu biasee..

Kawan kawan.. Alhamdulillah, aku selamat melahirkan baby boy pada bulan April lepas. *ayat macam wartawan tulis cite artis bersalin* Errr, sebenarnya nak cite sal pengalaman bersalin, tapi xtau nak start cemane.

Since aku overdue masa peknen, klinik kesihatan tempat ak checkup buat surat utk aku refer ke HKL. Finee, aku turutkan saja sebab masa tu da overdue hampir 1week. Hubby anta aku ke HKL. Sampai sampai kat sane mmg takut gile sbb nak bersalin ni woi, bukan nak checkup biase. Aku da standby baju2 n brg baby sume lam keta. After register, doc check perut n die cakap, aku kena admit wad. Dan yang paling buat aku berdebar, doc bgtau..' kite tunggu sampai pg esok, kalau puan xrasa sakit jgk..awal pg esok kite masuk ubat'. Hati mana tak gundah kan, ni pengalaman pertama. Aku tak tau pape, cuma dgr pengalaman org je.

Masa dalam wad, aku rase aku tenang. Mungkin sebab masa tu aku redha. Aku menyerah. Aku cuma nak yang terbaik utk aku n baby. Aku cuma nak bersalin cepat cepat. Aku nak tengok baby aku. Aku da bawa dia dalam perut 9bln dan aku nak rase pengalaman bersalinkan dia..baby aku yang pertama.
Abah, kakak2,mak mentua n sahabat aku xputus call n mesej. Bagi nasihat n kata2 semangat. Hanya Allah mampu balas jasa mereka.

Esoknya, dalam pukul5.30 pg.. Nurse kejutkan aku utk monitor CTG ataupun jantung baby. Baby aku ok, cuma dia nak dduk lam perut mama die jek lg..haha! Selesai CTG, doc dtg utk check jalan. Dan alhamdulillah..syukur sgt sebab da buka 4cm. Tapi, aku xrasa sakit langsung. Bukan kah itu bagus? Dan yang plg bagus, aku xperlu masuk ubat. Selepas mandi, sarapan..nurse bawa aku ke labour room. Memang. Memang perasaan bercampur baur. Hubby tunggu dan ade menemani aku sampai aku selamat melahirkan zuriat kami.

8.30pg dalam labour room, 4.30ptg baru aku bersalin. Aku pn tak tau kenapa aku tak rasa sakit sangat. Yang aku betul betul rasa sakit bile nurse masuk ubat ikut air yang die cucuk jarum kat tgn. Masa tu mmg sakit sgt sampai ak tak lepas pegang tgn hubby. Tuhan jek yang tahu sakitnya masa tu. Jalan belum buka 10cm, tapi aku da mintak nak push. 1jam bertarung nyawa, dan alhamdulillah..aku dapat lihat cahaya mata sendiri. Syukur tak terkata. Tapi, di sebabkan terlalu lama meneran..baby aku sedikit lemas. Ini memang buat aku risau, susah hati, hiba, sayu dan rase bersalah.. Sungguh, aku sampai pikir..aku penyebab baby aku lemas..

to be continued * pjg sgt la pulokkkkk..

tata..:)
ct yaya

Monday, March 26, 2012

selamat hari kejadian kak wana n kak hanie..:)

Assalamualaikum..:)

Tetibe semangat nak hapdet blog malam malam cenggini. Dan tetbe arini ade dua entry. kihkihkih.

Ni cite 3mnggu lpas kot. Ofis kteorg wat makan makan sempena besday 2org mummy kepada 2org anak. Tengok tittle pong da tau nme sape kannn.. Yes, name besday girl ( girl laa sgt ) ialah kak wana n kak hanie maduuuu.. Kteorg buat ari ahad dan menu utama pada hari tersebut adalah nasi lemak ayam berempah hasil air tangan kak ina. Dia ni mmg masak ape pong sedap, ntah bile nak buka kedai pong aku tak taww.. Makanan tambahan lain adalah seperti agar agar merah air tangan k.loges ( dia mmg stok buat agar agar, dan agar agar die mmg warna merah je..tak pernah bawak warna hijau atau biru ). Selain tu, laksa pong ade, hasil air tanagn mak annie, kacang kacang, air bergas sume lah. Okey, lets picture tellss uolss sbb iolls letih nak taip.


ni kek aiskrim, giler sedap okeh.  Mula mula tgk macam tak menariks nyer kek ni, tapi sekali ngapppp.. gilerrr nak lagi ase.

besday woman potong kek. alahai budak kecik comey tu ank kak hanie.


makanan yang tersedia, ringkas tapi padat bile masuk dalam perut.

dis is geng suka makan. ade lagi yang xde ni.

aumm, macam amek pc ngn cikgu sekolah. haha, itu yang berbaju kurung merah jambu suraya. Die xde uniform lagi. Dan korang jgn lah tanya knpe aku xpakai uniform, mak buyong mmg camni, baju xmuat.


sume ngah tngu nak amek kek. pandai pandai lah bodek kak ina, nnti die potong kek besar2 .hhihihi

kak hanie nak pasang lilin. konon nak ltak dua btg, bajet 20an..tu yang aku xpuas ati kat belakang..hahahah

masa ni org sume pndang sane nak amek pic, tapi ak overrr nak tgk kek..kikiki
ini lah kak ina aka mak pengantin ari jamuan. kalau bab potong kek, mmg stok muka dia jek.

hembusan cinta tgk kek. ahaks!
 Memang seronok sangat. Makanan pong berlebih, sume orang boleh makan sampai malam. Membe yang keje petang boleh makan dua kali. Ehem, jamuan next month nak buat lagi. Tapi dorang nak buat time aku dalam pantang bersalin. Chaitttt, sentap 2minit.

Okbai.

Sunday, March 25, 2012

Makan jom !

Assalamualaikum..:)

Rase macam kental plak nak buat nak entry. Kalau tidok, pemalas piang!hehe.. Meh nak cite sal entry makan makan ckit. Seingat aku, ni festaim kan aku buat entry makan makan. Nampak nau pemalas kang, ye laa.. bile makanan sampai jek trus ngappp.. jadik pelupa nak snap pic. Okeh, ni kisah sebulan yang lepas. Jangan nak cakap aku suka up entry berkurun lame plaks. Cuma aku buat entry ikut susunan kejadian..hahaha..:P

Da lupe tarikh ble, tapi aku ngn ofismate makan makan kat secret recipe before balek keje. Ni haaa kak wana n kak loges yang beria. Cehh, padahal aku pong same..:P


air yg menyelerakan uolllss.. ak pnye mesti laa coklat.. awesome!

me wit kak wana. ehem, tgk air tu bikin guwe lagi terlioq.


fish and chips. Meal aku n kak wana.


tengok la pompuan ni kalau dapat makan. tak pandang kiri kanan.

ni sorang lagi. Aku punye pic tgh makan mmg nan ado sebabnye dorang xnak snap..kikiki

So, ape plaks plan ari selasa ni k.wana n kak loges? Harusss before ai bersalin..kikiki..:P

Okbai.


Friday, March 16, 2012

baru aku tahu..

Assalamualaikum..:)

Kadangkala, pengalaman orang lain boleh menjadi sesuatu yang sangat beharga bagi kita. Terpulang bagi kita bagaimana cara kita menerima, bagaimana cara kita menggunakannya.

Dulu, aku selalu tengok kakak aku orang ni masa die balek kampong..time die mengandung, bile abis solat..mesti die berdoa sambil nangis. Aku tak faham, nak bertanya tapi aku segan. Lame die berdoa, aku hanya lihat. Baru sekarang aku tahu, die mohon pada Allah, die minta pada Allah, die berdoa pada Allah..semoga di permudahkan segalanya. Sebab sekarang, aku sedang mengalami perkara yang sama. Takut, risau, bimbang..sume berlegar legar. Berharap insan tersayang mampu memberi kekuatan. Berharap, Allah mendengar doa dan setiap bisikan supaya segalanya dipermudahkan. Bersalin bukan perkara remeh, bagi diri aku.


Dulu, bile kakak aku balek kampong, die selalu minta mak atau aku urut kaki. Lenguh katanya. Masa tu aku pikir, lenguh apalah sangat kan. Tapi aku tetap urut sebab aku pasti dapat upah. Sekarang baru aku tahu, macam mana lenguh, macam mana sakitnya kaki. Sebab sekarang aku alami benda yang sama. Sampaikan lenguh kaki aku membawa pada krem kaki di malam hari.


Dulu, aku selalu tengok kakak aku masa mengandung, comel sangat dengan perut memboyot. Comel. Bile pakai baju mengandung, nampak sweet. Tambah pulak jalan bersama laki. Ouhh, sangat romantik di situ. Dan sekarang baru aku tahu, bile aku tengok diri sendiri walaupun pakai tshirt kat umah tetap nampak comel, sebabnya perut ini sangat comel. Errr, pada aku laa.. Bukan puji diri sendiri, puji perut sendiri je!


Dulu, bile kakak aku balek kampong time mengandung. Mak aku akan caring giler, masak ape yang kakak aku suka. Dengar luahan kakak aku sampai lewat malam. Berborak untuk menenangkan kakak aku sampai jauh malam. Aku hanya pikir, ape laa snagt yang dieorang sembangkan sampai takboleh tnggu esok. Baru sekarang aku tahu, bile da hampir nak bersalin, makin banyak perhatian yang kita perlukan. Makin banyak benda yang kita nak tahu. Sama macam aku, bile anak kurang gerak..cepat2 aku call kakak aku tanya kenapa. Bile perut mengeras, aku risau dan walaupun malam aku call kakak aku tanya kenapa. Walhal itu sume perkara biasa.

Pengalaman adalah sesuatu yang boleh di banggakan. Aku bersyukur dengan pengalaman. Dan berharap punya lag banyak pengalaman akan datang.

Ngantuk sudaa, nyte peepss! :)

Friday, March 9, 2012

Akhirnya pencinta wanita kahwin!

Assalamualaikum..

Salam jumaat sume..:) Syoknye duduk umah cuti cuti ni kan. Makan ati laa korang yang tgh keje tuu. Ade tak blogger yang rase macam ape yang aku rasa sekarang, bila nak sign in jek macam malas. Sebab tu lah last hapdet 2mngu lepas punye entry. Ni ai dah dapat kekuatan balek nak tulis entry..hehehe.. Macam yang aku janji nak hapdet sal abang aku kawin. Nah entry nye. Tapi awas, gambar adalah banyak. Eh, bukan banyak sangat pong. Maklumlah ini kisah sebulan lepas punye..kikikih..

Abang aku kawen on 05 Feb aritu. Abah, kakak, abang n makcik pakck kat kg sume dtg laa KL sbab majlis nye kat Gemas sane. Jauh nauu abang aku jumpe gadis pilihan.hahaha.. So, 04 Feb kteog ramai ramai konvoi ke dari KL - Seremban - Gemas. Syok kan konvoi. Sampai kat Gemas, family belah panten pompuan sediakan homestay ala ala asrama gituwwww. Abang aku akad nikah 04 Feb malam, sanding on 05 Feb. Seronok tengok orang kg gotong royong menjayakan majlis. Kalau kat Kelantan xde majlis berinai bagai, tapi kat sane adeee.. Lepas akad nikah, abang aku bersanding. Esoknya bersanding lagi. Haihhh, penat aku berarak..kihkihkih.. Tengok gambar jek laa..


Ni haaa playboy malaya, pencinta wanita akhirnya kawin.hukhukhuk

ini plak gadis pilihannyee..:)

ooii, peace bagai lepas sekali lafaz.. kat belakang tu wajah kesayangan hamba..abah!

hari persandingan, masa ni berarak nak ke pelamin anganku cantik.

korang kenal tak pengapit? aummm, ni wajah pencinta hamba..hahaha

wanita jelita bawak dulang hantaran..hukhukhuk. Dari kanan, tuan tanah blog, makcik ai, kakak aku, kakak aku, maksu aku..

Ni masa menunggu turn nak tepung tawar panten. Jaga lah abang aku, aku tabur beras banyak banyak.

1st time aku tgk abang aku sedikit ensem..hahaha.. eh, yang sebelah die manis kan? hahahaha.. korang tgk yang pegang camera godeng tu anak buah aku, dah macam photog aku tengok.


with my maksu, yang belakang pakai baju macam boria tu sume anak buah aku. Sume da jadi anak dara. Pasni majlis dorang laa plak kan.

bersandin, temanya purpleee.. nice sangat.
bagai pinang d belah belah kan..huhuhu..
family kteorang, ramai.. ade lagi yang tak boleh datang.
masa makan beradab, senyum jek laki aku kannn..mentang mentang pengapit pompuan cantek!

he's my bro.

nak selit skit pic abang aku yang kna jaga anak ni..hahaha... eh, tngu laa turn aku nanti, orang plak gelakkan aku.


da ensem baby boy is mohd afif danish.
 Pictures tell everythng. So, aku da penat nak menaip panjang panjang. Till then, jumpe lagi.

P/s : entry sendiri punye kawen xde, abang punye majlis plak aku gigih hapdet. hahaha..

With love : yaya :)