CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, April 16, 2013

Novel, spek baruuu dan makan makan besday.

Assalamualaikum..:)

Tak tau lah nak cite pasal ape, sebab lately ni jarang keluar. Pegi keje, balek keje, layan Aqil, buka fb, layan novel, layan cite korea. Haaa, tu lah keje. Yang terbaru ni aku tengok Playful Kiss. Holohhh hlohhh sweet sgt laa hero die. Jangan cakap aku jiwa k pop pulokk. Tak kuasa aku nak tengok nyanyi nyanyi k pop ni.

Koleksi novel yang belum ku tayang..



Honestly, aku sgt adore dengan penulis novel one day you'll be mine. Ayat ayat dalam novel ni buat aku gila. Tersangat laa power weyy. Jalan cerita yang buat aku nak tau nak tau dan nak tau sangat. Watak Dzul Ehsan tu, arghhh.. aku asek bayangkan arun ajis jeee. Kenapakah? Tidaklah ku tahu. Kalau nak tahu, baca lah sendiri.

Novel suamiku tak romantik tapi autistik tu aku bagi dua bintang je. Tak boring, tapi bukan jiwa aku. Dan aku malas nak ulas lebih lebih sebab kang sentap pulak penulis dia. hihihihi..


Yang sekarang aku tengah menelaah adalah kau yang ku sayang. Boleh tahan. Tapi belum sampai tahap aku bayangkan hero dalam novel ni wujud. Macam aku bayangkan Beto Kusyairi dan Arun Ajis tu. Makna nya novel ni so so jek bagi aku. Kisah Naz dan Khalish & Asam pedas untuk dia pon same. Tiga bintang. Aku tak tau lah kenapa aku kedekut bintang sangat. Tapi kisah santai macam ni buat aku rase tak mencabar nyaaa nak baca.

Tutup kisah novel, aku cerita kisah aku pulak.


Yessss, dapat spek baru. Begini lah orang rabun. hehehe.. Comey ke tidok? Tak comey pon tak pe sebab ku nak pakai kerana mataku rabun jauh. :(

Aku ni jenis tak pakai spek kalo g mana mana. Time keje jek aku pakai. Setakat nak berjalan makan angin shopping bersantai, jangan harap aku nak pakai spek. Kadang tu, kawan kawan selisih dengan aku pon aku tak perasan. Lepas tu, bile berjalan kan, orang tu dari jauh lagi senyum simpul..yang aku ni buat taktahuuuu aje. Sebenarnya, saya tak nampak dengan jelas kalo tak pakai spek. Tak pasal orang cop diri sendiri sombong pulak. Last buat spek on 2010. Haaaa.. bayangkan da berapa tahun tu.

Aku berkenan dengn spek ni. Nampak nerd ke? Ah biar lah. Dah lama ku usha yang full bingkai ni sebab aku da biase pakai yang takde bingkai, half bingkai. Now cuba yang begini plak. Masa tengok spek ni belum gaji weyyy. Jadik, aku cakap la kat cina tu. Minggu depan saya datang ye. Tiga empat hari lepas gaji, aku pegi nak buat spek ni cina tu cakap.. soriiiii sebab dah ade orang beli. See, yang aku nak jee..ade orang berkenan. Maka, kalo aku nak yang begini jugak aku kena tunggu sebab die nak kena order. Tunggu pon tunggu la. And lepastu taraaaa.. dapat jugak ku pakai. Entah sesuai ke tidak dengan muka ku. Hehehehe.

Tutup kisah tu.

Okeyyyy, masa besday Aqil aritu ade buat makan cket. Tak ajak sape sape pon. Cuma kakak ku se family.


Ini sahaja yang aku masak. Hahahaha.. Puding cocktail, mihun goreng and kek. Kek tu di tempah ye. Harap maklum. Ingat tangan aku berseni ke nak buat kek bagai. Dapat buat puding pon syukur lah. Hahaha..

Itu saja lah cerita sempena aku cuti ni. Fikir yang baik baik saje ye..

Thanks reading..:)

No comments:

Post a Comment