CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, May 14, 2013

Suami aku ustaz!

Assalamualaikum..:)

Ade yang dah baca novel ni? Aku baruuuuu je baca. Okey, memang ketinggalan. Ini pon membe bagi pinjam. Best kan novel ni, sangat bermanfaat. Sedikit sebanyak ape yang ade dalam novel ni boleh mempengaruh kita. Rugi sungguh aku tak baca dari dulu.

Banyak kisah kisah agama zaman Rasulullah yang di tulis dalam novel ni. Kagum dengan penulis. Memang tak di nafikan, kalo baca novel je mesti pasal kisah cinta, pasal hati, pasal perasaan, pasal maruah, pasal kahwin paksa yang menjadi trend kisah novel. Tapi novel ni laen, idea penulis nak mendidik kita, mendidik golongan remaja, golongan tak berapa nak remaja supaya baca novel ni bukan sekadar khayalan penulis, lalu dia masukkan unsur unsur keagamaan dalam ni. Susah lah aku nak cerita, yang aku tau banyak jugak yang buat aku terkesan.

Yang pertama, bila Ustaz Hafiz tanya isteri dia Nur Alisa, berapa kali dalam sehari kita mengingati Allah. Ok fine, jawapan aku macam Nur Alisa, lima kali kottt. Masa kita sembahyang. Tapi sebenarnya, dengan memandang kebesaran Allah pun boleh buat kita mengingati Nya. Bagaimana? Alam sekitar. Ya, alam sekitar, bukit bukau, gunung ganang, pantai, laut, sungai dan semua cipataan Allah. Secara tak langsung bila terpandangkan senarai di atas kita dalam hati pon akan terdetik ' cantiknya Ya Allah'. Haaaaaa.. kan mengingati Allah tu. Jadi, rajin rajin lah melihat kebesaran Allah.

Yang kedua, dia banyak sangat cerita kisah zaman Rasulullah, kisah hidup rasulullah. Zaman perang Badar, kaum kaum waktu itu, sahabat sahabat Rasulullah. Benda ni semua kita belajar masa sekolah kan? Jangan nak tipu, mesti ada antara kita yang dah lupa. Malah tak ingat langsung kisah perang Badar sume tu kan. Maka, elok sangat lah korang baca novel ni. Sebagai maklumat tambahan.

Yang ketiga, doa untuk kta mendapatkan zuriat, atau lebih tepat lagi zuriat yang soleh solehah.

''wahai Tuhan kami, augerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati kami dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang orang yang (mahu) bertakwa ''

Dan aku rasa, kalau betul lah di dunia ni wujud seseorang yang watak dia seperti Ustaz Hafiz, maka beruntung sangatlah Nur Alisa tu. Sebab? Boleh menghafal hampir 30juzud al quran , bangun untuk qiam tengah malam ( kata Ustaz Hafiz, sepatutnya di waktu orang lain tengah sedap tidur, kita ambil lah peuang mendekati Allah tanpa sebarang gangguan duniawi) masakkan Nur Alisa makanan sebab budak tu masih sekolah, lepas tu sanggup tunggu Nur Alisa habis belajar dan berumah tangga jarak jauh almost 3,4 tahun. Apakah sabar sungguh dia. Apa lagi yang ko nak Nur Alisa weyyy? Ok, ni hanya novel ct yaya. Keep calm.

Eh ade lagi. Yang ni rasanya terkesan banyak kot. Masa Nur Alisa baca Al Quran dan al Fatihah mengikut tajwid yang betul depan Ustaz Hafiz. Ustaz Hafiz cakap, ''jangan depan abang je baca elok macam ni, masa sembahyang nanti tunggang langgang. Sepatutnya depan Allah kita lebih ikhlas sebab niat kita walau macam mana kita sorok pon depan orang lain, Allah lebih tahu dan akan sentiasa tahu. '' Ok sila terasa sekarang kalo korang baca cepat cepat masa sembahyang. Hehehehehe.. diri sendiri pon masih merangkak. Sama sama lah kta menuju ke arah kebaikan.

Kisah yoga. Alahhh, senaman yoga tu. Orang sekarang sebok nak senaman yoga lah, itu lah inilah. Untuk kecergasan katanya. Yoga tu untuk merehatkan diri, menenagkan diri, padahal kita sepatotnya dah rasa cukup tenang dengan solt lima waktu sebab masa tu yang ada dalam fikiran kita hanya Allah. Betul kan? Secara logiknya, kita bangun duduk. Rukuk, sujud, duduk di antara dua sujud tu kan boleh jadi senaman harian. Terima kasih untuk penulis! Banyak yang dia sedarkan pembacanya.

Kalo aku nak cerita semuaaaa memang banyak. Ok, ok, nak bagitau satu lagi boleh?

Kesan meninggalkan solat. Kata ustaz Hafiz ''Solat itukan pencegah maksiat. Lisa, bila solat dah tak dapat mencegah maksiat, itu lah jadinya ( merujuk kepada kes bakar bayi luar nikah). Itu pon kalau dorang solat. Kalau tak solat, apa lagi. Jangan lupa yang kita ada CCTV atas sana nun". Bagus kan penulis. dia juga ingatkan masalah hati boleh di rawat dengan solat. Banyak manfaat faedah, penyelesaian, dan yang paling penting pahala melalui solat.

Okey okey, aku stopkan entry ni di sini. Jemu pulak korang baca. Tapi ketahuilah novel ni memang the best novel. Oh ye, novel ni akan di filemkan. Adi Putera pegang watak Ustaz Hafiz, Nora Danish plak Nur Alisa. Masa baca novel ni, aku terbayang jugaklah cikit cikit Ustaz Hafiz ni Adi Putera, cikit jer pon. Tapi, aku tak terbayang langsung ND sebai Nur Alisa. Jauh sangat bezanya. Nur Alisa bukan manja secara over begitu. Dan korang jangan risau lah, kali ni aku tak terbayang diri sendiri pon. Jauh sangat diri aku dengan Nur Alisa tu. 

Jangan lupa beli ya! Oh, penulis ni namanya Hannah Dhaniyah.

Thanks reading kawan.




No comments:

Post a Comment