CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, January 31, 2012

8 bulan yang hebat !

Assalamualaikum..

Sedar xsedar, da lebih 8bulan aku kawin. Melayari bahtera rumh tangga, hidup bersama lelaki bergelar suami, menjaga makan pakainya, berkongsi cerita dan berkongsi segala galanya dgn dia. Bahagia? Tak perlu cerita, sebab setiap kehidupan yang kita lalui, susah atau senang..bila bersama yang tersayang, kita tahu di mana letaknya bahagia kita..:)

Putaran masa memang terasa cepat. Ye, aku sendiri sekarang menanti debaran bulan 3 utk melahirkan cahaya mata pertama. Rasanya, baru sahaja semalam fasa baru ( kawin ) berlaku. Dan hari ini aku lihat perut yang membesar dan di dalamnya ada nyawa yang tercipta melalui kasih sayang kami suami isteri.

Berkawan, bercinta, bertunang, berkawin.. fasa yang telah aku lalui dengan dia. Indah, setiap hari itu indah. Cinta itu membuat hidup lebih indah, lebih sempurna bila saling melengkapi. Kadang kadang, kita tak sedar, setap hari banyak benda yang merubah kita. Perkahwinan merubah aku. Kalau dulu, balek keje aku pikir pasal aku sendiri. Tak payah susah2 nak masak. Sekarang, macam dah ade jadual yang mendisiplinkan aku.. Balek keje, aku kna buat ini ini ini dan ini.. tapi aku tak boleh merungut atau rasa penat sebab semua tu dah jadi tugas atau lebih afdhal korang sebut tanggungjawab. Aku percaya, orang yang melaluinya akan lbih memahami..

Selama 8bulan, bukan tiada gaduh..tapi asam garam rumah tangga buatkan kami lebih memahami satu sama lain. Kalau dulu, tiap tiap malam tepon. Ko ingat sekarang macam tu? tidakkk.. Sebab hari hari da jumpa kat rumah. Bercakap melalui tepon atau jumpa berdepan yang ko nak?haha.. Sebab tu lah perkahwinan itu indah dalam islam..:)



rindu naak tgk badan macam ni balek!!! :P
 Kisah 8bulan yang banyak sebenarnya utk di karang. Tapi kalau korang nak tahu, cepat cepat lah bina kisah sendiri.hahhaa..

Eh, tu jek laa.. Bye!

No comments:

Post a Comment