CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, February 20, 2013

rindu

Assalamualaikum..

Rindu.

Ya, sangat rindu. Kalau lah masa boleh di putar kembali. Rasanya, keadaan sekarang bukan seperti ini. Itu cuma kalau.. Kalau hati sudah rindu.

Ibu.

Rindu padamu..

Kadang kadang aku cemburu tengok kawan kawan, blogger blogger update status pasal ibu. Sambut besday mak dorang lah, jalan jalan ngan mak dorang lah, yang paling paling cemburu bile aku tengok dorang komen lam fb ngan mak dorang. Tak mampu tahan cemburu ini.

Setiap kejadian itu ada hikmahnya, kite tak kan faham ape hikmah yang akan datang selagi kita sendri tak merasai situasi tersebut. Macam aku, aku memang anak bongsu. Tapi bukanlah manja sangat. Biasa biasa sajaaa. Keje umah memang aku tak tahu langsung nak buat. Masak memasak lagi lah. Yang aku tahu masa tu, goreng telur dan masak air. Selebihnya, mak dan kakak aku yang buat. Tugas aku adelah sikit sikit, aku sapu umah dan mop lantai. Tu jek laa. Dan mak aku pulak, kalau dia nak pegi dapur masak ke ape ke. Die tak panggil aku tolong pon, dia akan arah kakak aku kupas bawang, masak nasi, siang lauk. Aku ni relek kat depan tv jaga anak buah. Manja angaaatt itew masa tu.

Sebab tu lah selepas ketiadaan arwah mak, aku macam kena berdikari. Walaupon masa tu aku down, aku kena kuat semangat. Kakak aku yang masih belum kawen masa tu pulak dapat keje, ofcos la die balek keje petang kan. Aku yang balek sekolah ni lah masak. Masa tu aku form4. Biasenya, aku balek sekolah terus makan, ni tak aku balek sekolah aku kena masak. MASAK ok. Penatnya hanya Allah yang tahu. Tapi tak kan aku nak suruh abah masak pulak, abah pon da tua. Ilmu masak memasak aku masa tu kosong, tak tau ape pon. Abah lah yang ajar letak bahan tu bahan ni. Kalau abah tak tahu, aku akan call kakak2 aku mintak resipi. Begitulah rutin aku sampailah aku abis stpm. Sebab tu lah sekarang, resipi masak memasak aku di pengaruhi cara abah dan kakak kakak aku. Cuma lepas kahwin ni je aku tanya membe membe, selebihnya aku carik lam google. Itu lah hikmah die. Kalau aku tak rasa sendiri situasi tersebut, aku rasa sekarang ni aku masih lagi dibawah ketiak mak. Allah dah aturkan segala galanya.

Kita merancang, Allah juga merancang. Tapi perancangan Allah maha hebat.

Kawan kawan yang masih ada ibu, hargailah dan sayangilah mereka. Jaga lah hati ibu. Jauhkanlah diri kita dari menyakiti hati mereka. Kerana sakit itu kita sendiri yang akan rasa.

Semoga aku tak akan pernah lupa untuk menitipkan doa buat ibu dlam setiap sujud dan doaku.

Thanks reading kawan..:)

No comments:

Post a Comment